Kalau terasa nak makan strawberi segar dan petik sendiri buah ini kita mesti akan teringat Cameron Highland.
Mana lagi kat Malaysia ini tempat tanam strawberi selain lokasi ini. Tapi lepas ni kita mungkin tak perlu lagi ke Cameron Highland kalau nak buat dua aktiviti ini.
Percaya tak kita sebenarnya boleh hasilkan sendiri benih strawberi ini dan tanam di halaman rumah kita macam yang dilakukan oleh Asri Meris. Jom tengok langkah-langkahnya seperti dikongsi dalam Facebooknya.
1.Kupas kulit strawberi dan letakkan di atas kertas tisu
2. Keringkan selama beberapa hari
3. Sekiranya betul-betul kering, biji benih akan tanggal sendiri. Ambil dan semai
4. Ini anak benih yang berusia 3 minggu. Tanam di balkoni, elakkan pancaran matahari terus.
5. Hanya dapat cahaya matahari pagi sampai jam 11 pagi. Siram sekali sehari
Nampak macam mudah saja kan perkongsian Asri Meris ini. Jom kita cuba. Kalau berjaya tak payah pergi Cameron Highland lagi.
Sumber: Facebook Asri Meris
Cara Baiki Sendiri Air Paip Yang Menitis Walau Tap Dah Tutup Rapat
Dah pulas rapat tap tapi air paip tetap menitis. Ini antara masalah paip yang biasa dihadapi di rumah sama ada paip di dapur atau dalam bilik air. Rugi kalau dibiarkan mengalir begitu saja.
Sebaiknya kerosakan ini dibaiki segera. Sebenarnya tak perlu pun panggil plumber kerana ia boleh saja dibaiki sendiri. Panduannya ada dikongsi Yan Lan, memang mudah saja pun.
Cara baiki sendiri air paip yang menitis walau tap dah tutup rapat
1. Pertama sekali sebelum buka skru paip, tutup dulu punca air. Kemudian baru buka cap guna skru mata leper.
2. Selepas buka cap, keluarkan skru menggunakan screw driver mata Phillip. Jika tiada screw driver bersesuaian boleh saja pusing ikut lawan jam untuk keluarkan valve dalamnya.
3. Brand yang mahal akan guna valve dari tembaga bukan plastik.
4. Bila dah keluarkan valve, kita akan dilihat di dalamnya ada 3 barang. Inilah yang selalu punca air menitis. Ia berlaku boleh jadi sebab tersekat dek keladak. Boleh ganti atau cuci (boleh beli di hardware).
4. Selepas ganti, masuk ikut slot yang betul atau ikut lubang yang betul. Paling penting bahagian kilat kena bersemuka. Kemudian masukkan seal.
5. Selepas itu masukkan semula valve tadi. Boleh pusing guna tangan. Kemudian pasang skru dan cap tadi.
Siap!
Boleh juga tonton video TikTik Yan Lan di sini.
@xovovic menitik menitik menitik.. naik la bil air lama lama cmni.. nk tukar semua?? sabar dulu!! guna kaedah ni!! #tapwater #faucet #diy #diymalaysia #lifehack #kitabuatdia #fyp ♬ Doge – Chris Alan Lee
Selamat mencuba.
Tip Jaga Mesin Basuh Supaya Jangka Hayat Lebih Lama, Sebulan Sekali Tuang Air Panas Untuk Elak Tersumbat
Mesin basuh adalah antara alatan yang penting di rumah. Kalau rosak memang boleh stres dibuatnya kerana tak boleh basuh kain yang setiap hari memang banyak.
Supaya tak rosak dan mesin basuh yang kita guna panjang jangka hayatnya boleh ikut tip yang dikongsi oleh Ridzuan Al Fattani yang berpengalaman dalam bidang penyelenggaraan barang elektrik dalam satu posting di Facebook Tukang Apa Hari Ini.
Tip jaga mesin basuh supaya jangka hayat lebih lama
Saya suka baca cerita-cerita ahli dalam group ini. Kebetulan dulunya saya juga seorang maintenance dan pernah berada dalam bidang electrical, mechanical & construction.
Dari duduk saja, saya ingin beri tip sikit. Cara mudah jaga mesin basuh untuk jangka hayat lebih lama.
1. Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut rekemen pengeluar mesin.
2. Sekali matikan suis soket lepas guna. Sebab terlalu lama dalam keadaan stanby computer board akan menjadi semakin panas. Lepas keluarkan baju off suis soket.
3. Dalam sebulan sekali masukan air panas yang dijerang selama 5 minit ke dalam tub mesin. On kan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
4. Andai kata putaran mesin semakin lemah dari sbelumnya bermakna belting telah longgar. Kalau pandai ambil spanar tegangkan di bahagian bawah mesin. Jika tidak upahlah sesiapa. Kos upah biasanya sekitar RM10-20 saja.
5. Andai kata air masuk semakin perlahan buka bahagian paip air masuk, ada filter di situ yang mungkin tersumbat.
6. Jika air masuk ok tapi air keluar tak boleh bermakna valve buang air ‘stuck’ mungkin tersangkut duit siling, objek keras atau sebagainya. Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board.
7.Rajin-rajinlah bersihkan penapis habuk dalam drum mesin. Supaya semua terperangkap untuk kita bersihkan seminggu sekali. Tengok pada kekerapan basuhan.
Cermat menggunakan peralatan elektrik memanjangkan jangka hayat peralatan tersebut tinggal dalam rumah kita. Sebab kita bukan banyak duit nak tukar mesin 2 tahun sekali kan.
Semoga bermanfaat
Sumber: Ridzuan Al Fattani
Masak Pulut Kuning Cara Orang Kelantan. Sedapnya Memang Lain & Tetap Lembut Walau Sejuk
Pulut kuning hidang dengan rendang atau sambal memang mantap gabungannya. Ini antara menu sarapan yang ramai suka.
Kalau memang dah biasa buat pulut kuning, apa kata hujung minggu ni kita buat pulut kuning yang lain sikit rasanya. Masak pulut kuning cara orang Kelantan.
Selalu pulut kuning akan ada rasa lemak dan masin-masin sikit tapi kalau masak cara Kelantan akan ada tambahan rasa manis sikit, memang sedap. Kalau nak cuba, ikut perkongsian Ismi Aishah.
Masak pulut kuning cara Kelantan
Alhamdulillah…Sarapan dengan pulut kuning dan rendang pagi ni. Pulut kuning orang Kelantan ada manis, masin, lemak santan. Guna sudip kayu untuk arung pulut, sudip ayah buat sendiri itu rahsia pulut sedap kot.
Bahan-bahan
1 kg- beras pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar garam kasar
2 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
Sedikit pewarna kuning telur
Cara memasak:
1) Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
2) Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
3) Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/arung pulut guna sudip macam saya guna sampai rata (arung sekejap saja).
4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
5) Boleh masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing, tak nak pun tak apa.
Siap. Kalau ikut cara ini pulut akan tetap lembut walaupun dah sejuk. Untuk yang baru belajar masak pulut insya-Allah menjadi jika guna resepi ini.
Selamat mencuba.
Sumber: Ismi Aishah