Salah satu aktiviti harian yang kurang digemari kaum wanita adalah menjemur baju di ampaian. Apatah lagi jika ada banyak pakaian saiz kecil yang  menyukarkan untuk dijemur.

3 Trik Jadikan Kerja Sidai Baju Mudah & Cepat, Kain Pun Tak Menimbun
Gambar sekadar hiasan.

Bagi memastikan kerja menjemur dan mengurus pakaian bertimbun dilakukan dengan cepat dan singkat boleh ikut perkongsian dari Puan Ilidayana Sudirman.

IKLAN

Tip mudah dan cepat jemur pakaian di ampaian

Simple saja, syaratnya

1. #strategi
Serang pakaian ‘kecik-kecik’ dulu, macam seluar kecik, stokin, sapu tangan. Masa keluarkan dari mesin basuh lagi kita dah sorting. Caranya sangkut di tangan. Rujuk gambar. Sampai di ampaian, buat yang ini dengan kaedah sepitan.

3 Trik Jadikan Kerja Sidai Baju Mudah & Cepat, Kain Pun Tak Menimbun
Asingkan pakai kecil dan besar.

2. #set_masa
Untuk masa pula, selalu gunakan cerita di kaca TV yang best, masa iklan berdesup akan siapkan sidai. Iklan kat TV3 dalam 7-8 minit, Jadikan seperti exercise kerana iklan ada dua tiga kali di kaca TV.

3. #guna_hanger
Ini paling disukai, apabila dari hanger di ampaian, baju yang sudah kering dan sejuk terus saja masuk almari, jadi tak payah melipat dan kurang kerja menggosok.

3 Trik Jadikan Kerja Sidai Baju Mudah & Cepat, Kain Pun Tak Menimbun
Sediakan bakul untuk setiap seorang anak.

Info Tambahan

Tip lipat kain
1. Buat bakul masing-masing, contoh jika ada 5 orang anak, sediakan 5 buah bakul untuk mereka.
2. Sambil tengok TV, sambil lipat kain.
3. Mulakan lipat kain yang besar dulu, barulah nampak kain bertimbun akan jadi sedikit.
4. Kena biasakan anak melipat baju sendiri walaupun baru bersekolah rendah.

Artikel berkait:

IKLAN

DIY Rak Baju Bajet Dari Bakul Plastik, Duit Jimat & Pakaian Kemas

IKLAN

Cara Urus Pakaian Ikut Konsep Open Wardrobe, Tak Perlu Lipat

Selain itu:  Guna Kulit Telur, Cara Mudah Semai Sawi. Dah Bercambah Pecahkan Terus Tanam
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI