Bila terhidu aroma cookies ini waktu jalan-jalan di shopping complex mesti teringin nak beli.
Memang sedap tapi harganya boleh tahan. Kalau beli RM10 memang sekali hadap dah habis.
Jadinya kalau nak makan puas kita belajar buat sendiri. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Myra Chaqkey.
Cara membuatnya juga mudah, resipi guna sukatan cawan saja. Tak perlu guna mixer, gaul saja. Hasil cookies rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.
Buat sendiri biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos
Bahan A:
250 gram Butter
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Kacau semua bahan ini hingga sebati.
Bahan B:
Ads
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
2 cawan cip coklat
Cara membuat:
1. Kacau rata semua bahan A hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan bahan B kecuali cip coklat. Gaul dan kacau rata.
Ads
3. Kemudian baru tambahkan 2 cawan cip coklat. Gaul.
4. Apabila dah menjadi adunan, sejukkan dalam peti sejuk dalam setengah jam.
4. Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan. Sudukan sedikit adunan atas loyang. Jarakkan untuk beri ruang biskut mengembang.
Ads
5. Masukkan dalam oven, letak rak tengah. Bakar selama 20 minit, pada suhu 150 darjah atau ikut kesesuaian oven masing-masing. Guna api atas bawah.
6. Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak.
Bila dah masak, beginilah hasilnya. Biarkan sejuk sikit baru makan atau simpan dalam bekas kedap udara.
Pewangi kereta antara yang selalu kita beli untuk diletakkan dalam kenderaan bagi menghapuskan bau-bauan yang tidak sedap dalam kereta.
Biasa bila beli kita akan letak di corong aircond bahagian pemandu atau sebelahnya. Ataupun kita letak di atas dashboard kereta.
Sebenarnya tempat yang tepat dan berkesan untuk meletakkan pewangi kereta bukanlah di sini.
Menurut satu perkongsian @stdetailingjb di akaun TikTok , tempat paling sesuai untuk meletakkan pewangi adalah di bahagian kaki tempat duduk penumpang depan yang berdekatan dengan aircond
Ini kerana sebenarnya udara dalam kereta diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.
Untuk membuktikannya, boleh lihat video di bawah yang mana udara disedut pada bahagian berkenaan dan dikeluarkan menerusi ruang ‘aircond’ kereta. Boleh juga klik SINI untuk tonton video.
Kebanyakan rumah menggunakan dapur gas. Masalah yang selalu berlaku bila menggunakan dapur jenis ini adalah api akan mula jadi kecil bila lama bertahun-tahun menggunakannya.
Inilah yang melambatkan tempoh memasak. Bila jadi begini kita selalunya akan cari dapur baru saja. Tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan dengan servis sendiri dapur gas ini.
Cara nak buat tak susah pun. Kalau kaum wanita nak buat sendiri pun tiada masalah. Boleh ikut perkongsian dari Abdul Ghopar Zakaria ini. Ilmu kena tahu selagi rumah kita guna dapur gas.
DIY servis dapur gas
Barang-barang yang diperlukan
1.Playar 2.Spray anti karat WD40 3.Pemutar skru jenis bunga dan philips 4.Klip kertas 5.Surat khabar lama
Langkah demi langkah
1. Sebelum di servis apinya biru tetapi perlahan.
2. Terbalikkan dapur. Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
3. Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas. Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan. Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini.Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.
4. Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya.
5. Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas.Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.
6. Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat. Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.
7. Ini contoh retakan pada bahagian fire starter. Pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar atau external fire starter untuk hidupkan dapur gas. Usah khuatir, ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat. Ianya tidak membahayakan.
8. Tara…sudah siap di servis. Dapur ini telah dua tahun digunakan. Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama.
Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.
Untuk mudahkan kerja memasak, ramai yang buat stok lauk yang disejuk beku atau frozen. Sebagai tambahan idea lauk, boleh buat lauk kegemaran ramai ini, cencaru sumbat atau cencaru belah belakang.
Ramai ingat tak boleh frozen kan! Idea ini dikongsi oleh Zadariah Zakaria. Bagi yang nak buat lauk ini boleh ikut perkongsian beliau.
Cencaru sumbat cili frozen
Siapa gemar cencaru sumbat cili? Cara saya, buat banyak-banyak kemudian frozen kan. Waktu nak simpan packing seekor-seekor berasingan.
Bila-bila nak makan baru keluarkan dan goreng. Ada juga kawan-kawan yang beli ikan cencaru sumbat frozen ni. Ini cara membuatnya;
Bahan-bahan dikisar:
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Sedikit belacan
Gula,serbuk perasa, garam
Air asam jawa
Nota: Sukatan ikut cita rasa
Cara membuat
1. Ambil bawang besar, potong nipis kemudian gaul sekali dengan bahan dikisar.
2. Sumbat dalam ikan cencaru yang dah dibersihkan dan dibelah belakang. Letak dalam bekas/plastik berasingan seekor-seekor. Boleh simpan dalam peti sejuk beku. Atau boleh terus goreng.
TIP
Jika nampak bahan kisar agak berair, masak dulu cili selepas kisar. Kemudian baru masukkan hirisan bawang dan sumbat. Cara ini barulah sambal tak terkeluar bila digoreng.
Cara menggoreng, letak minyak agak-agak separuh tengelam ikan. Guna api perlahan. Goreng biar garing sebelah bahagian kemudian baru alih. Jangan balikkan ikan kerap ya.
Ikan belah belakang kalau nak sedap belah kedua bahagian dan sumbat sambal.
Bangle emas memang cantik dan nampak eksklusif. Sekali sarung di pergelangan tangan, penampilan pun terus naik seri. Tapi sebaiknya jangan terus beli tanpa fikir...