Walau dah hati-hati tetapi kejadian kereta tercalar tetap kena juga. Biarpun sedikit tapi hati tetap terguris melihat kesan ini.
Iyalah kalau ke bengkel paling tidak mungkin kena sedia duit RM200 untuk hilangkannya. Sebab itu untuk kesan calar yang sedikit ada baiknya kita selesaikan sendiri dengan cara paling mudah ini. Jimat duit.
Dikongsi oleh _myranatasha_ dengan modal RM15 membeli produk di Mr. DIY ternyata kesan calar kereta boleh saja hilang dengan.
Caranya cuma oles scratch remover pada kesan calar dan gosok dengan kain bersih.
Gosok hingga kesan calar hilang. Ulang jika masih ada.
Kalau pergi ke restoren makanan segera ini, selain ayam set nasi juga jadi kegemaran anak-anak kita. Rasa macam nasi ayam dan juga ada rasa mentega. Mungkin sebab itu anak-anak suka.
Tapi nak bawa anak selalu makan di sini, mungkin tak dapat. Satu set boleh tahan harganya. Jadi untuk langkah penjimatan kita buat sendiri. Resipinya pun ada, dikongsi oleh Syue Haida.
4 cawan beras
4 biji bawang putih – ketuk dan potong halus
1 biji bawang merah (jika suka) – hiris nipis
125g butter
Halia – ketuk biar pecah sikit
1 cawan freshmilk (apa-apa brand asalkan full cream)
1 kiub pati ayam
Garam
(Kuantiti ini untuk 5 orang makan)
Cara masak:
1. Panaskan kuali, masukkan butter tumis bawang putih. Kalau nak masukkan bawang merah tumiskan sekali sampai naik bau.
2. Masukkan halia.
3. Masukkan freshmilk dan kacau sekejap dalam 2 minit.
4. Masukkan beras yg dah dibasuh diikuti kiub pati ayam. Gaul beras sekejap dalam 3 minit.
5. Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air, sukatan air ditambahkan dengan secawan susu. (Cara saya, beras 4 cawan air 4 cawan +1 cawan susu). Masukkan juga sedikit garam dan masak seperti biasa.
Nota: Sukatan air bergantung pada jenis beras yang diguna.
Rakyat negara matahari terbit atau Jepun sememangnya terkenal dengan sikap rajin, berdisiplin dan bijak. Sudah tentu ajaran dan didikan dari ibu bapa mereka semenjak kecil menjadi pendorong utama kepada tumbesaran anak-anak yang bijak.
Perkongsian tip Bagaimana Orang Jepun Mendidik Anak Mereka? dari Baharuddin Mohamed di laman Facebooknya sangat menarik untuk dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak.
Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderung kepada kira-kira dan fakta.
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka ” mama sayang adik , adik anak yang hebat”. Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imaginasi.
Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.
Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya.
Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa Cina dan Jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak.
Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
Isteri saya selalu menggunakan teknik imaginasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaginasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imaginasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.
Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
Jika selama ini kita mungkin tidak pernah melakukan perkara diatas, mulai hari ini boleh mula amalkan dan lihat bagaimana reaksi anak. Jangan marah-marah anak kerana mereka dalam proses mengenal dan belajar, jadi why so serious? Semoga bermanfaat.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...