Antara tanaman yang biasa kita tanam di rumah selain serai, daun pandan dan cili adalah daun kunyit dan halia.
Tapi masalahnya selalu tak menjadi. Jika berdepan masalah sama boleh cuba cara yang dikongsi oleh Nor Robiah Abdrahman ini.
Ads
Cara mudah benihkan pokok kunyit & halia
Setelah menelaah beberapa artikel dan ilmu di internet, ada banyak cara sebenarnya. Tapi ini cara yang saya gunakan.
Ads
1. Beli kunyit hidup di kedai.
2. Potong razom (ubi) kepada 1-2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.
3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas bertutup (tipuware). Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
4. Biarkan 1-2 minggu pada suhu bilik. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
5. Apabila razom sudah ada tunas (biasanya 1-2 minggu), boleh ditanam di atas tanah / pasu.
6. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. InsyaAllah, dia akan membesar dengan jayanya.
Biasa berlaku di rumah kita, ada tempat-tempat yang jadi kesukaan kucing untuk kencing atau pun membuang najis.
Kadang-kadang bukan kucing belaan kita pun tapi entah kenapa suka sangat jadikan depan atau belakang rumah ‘port’ mereka membuang. Baunya memang busuk.
Dah cuci bersih tapi tetap juga kucing ni kencing dan buang najis di lokasi yang sama. Tension kan.
Bagi korang yang dah tak tahan dengan bau najis dan kencing boleh cuba kaedah yang dikongsi oleh Ella Ahmad ini. Guna bahan yang ada kat rumah saja. Senang sangat!
Bahan-bahan yang diperlukan
7-10 titis cuka makan
1/4 penutup pelembut kain
Air paip
Bekas spray
Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas spray dan goncang.
2. Sembur di tempat yang kucing suka kencing dan buang najis.
3. Sembur dua hari sekali, nak buat hari-hari pun boleh.
Menurut Ella lepas gunakan petua ini, porch rumahnya dah bebas dari bau najis dan air kencing kucing.
Selain hidangan berasas mi, menu pasta juga sudah terbiasa dengan kita termasuklah makaroni.
Jika selalu digoreng pedas seperti mi, apa kata buat buat makaroni cheese goreng seperti perkongsian Ziera Johari. Lebih enak dan menurut beliau menu ini selalu diminta oleh rakan jika datang ke rumah. Cara memasak pun mudah.
Masalah siling atau dinding ‘leaking’ di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.
Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek kerana paip bocor jiran atas atau sebelah, habis bertompok dinding atau siling. Apa juga jiran yang tak mengaku puncanya dari kediaman mereka.
Jadi apa nak buat bila berdepan dengan masalah begini? Peguam Hartanah Syazwan Mohd Jafri memberi panduan untuk anda yang dalam situasi ini.
Masalah siling atau dinding leaking
Ketahui hak pemilik rumah dalam situasi ini
Jika menetap di rumah strata seperti kondo/apartment, pasti PERNAH mengalami atau dengar kisah orang lain yang mengalami masalah SILING BOCOR atau DINDING BERAIR.
Namun siapa yang patut dipertanggungjawabkan, anda sendiri atau pemilik unit atas/tepi? Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
Unit atas akan bertanggungjawab
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGURUSAN STRATA (AKTA 757)
Seksyen 142 Akta 757 menyebut – Unit atas akan dipertanggungjawabkan untuk membayar kos membaiki kebocoran melainkan ada bukti yang menunjukkan sebaliknya. Ini maksudnya bukanlah unit atas secara automatik akan bersalah, tetapi kebarangkaliannya amat lah tinggi.
HAK ANDA DI BAWAH PERATURAN PENGURUSAN STRATA 2017 (PUA 107)
Peraturan 55 PUA 107 menyebut – Kebocoran boleh diertikan sebagai apa-apa kebasahan, kelembapan atau kesan penembusan air pada siling. Cukup sekadar kelihatan tompokan air dan tidak perlu ditunggu sehingga menjadi teruk sampai air menitik-nitik jatuh.
APAKAH TINDAKAN YANG PATUT ANDA LAKUKAN DALAM SITUASI INI?
Pertamanya, pastikan kita lapor segera kepada pihak pengurusan. Seterusnya siasatan akan dijalankan untuk cari puncanya.
Sekiranya pemilik tidak beri kerjasama untuk siasatan, pihak pengurusan boleh menguatkuasakan Peraturan 63 PUA 107 – yang membolehkan pemilik unit didenda tidak lebih RM50,000.00 atau penjara maksimum 3 tahun.
Jika jiran tak mahu beri kerjasama
Untuk isu dinding bocor, Peraturan 67 PUA 107 menyebut – undang-undang yang sama terpakai seperti isu siling bocor. Jadi tidak perlu risau.
Peraturan 61 PUA 107 menyebut – Jika unit atas/tepi tidak beri kerjasama baiki kerosakan, pihak pengurusan boleh ambil tindakan baiki sendiri kerosakan, dan tuntut semula kos kepada pemilik tersebut.
KESIMPULAN
Biasa kita dengar isu kebocoran di unit strata. Siling bocor, unit atas perlu bertanggungjawab. Dinding bocor, unit tepi lah. Perkongsian kali ini adalah untuk memastikan anda tahu hak anda jika ditimpa musibah ini.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...