Waktu tengah hari panas ni dapat minum air kopi ais kaw memang sedap. Dapat pula yang kopi pekat, manis dan rasa lemak sikit memang hilang dahaga. Minum segelas memang tak cukup.
Nak buat kopi kaw begini ada sukatan dan bancuhannya, dan hasilnya boleh jadi lagi sedap dari kopi yang kita minum di kafe mahal.
Jika teringin nak hirup kopi macam ni boleh cuba ikut perkongsian dari Ben Safwan ini ya.
Macam tak percaya pulak kabinet dapur macam ini boleh buat sendiri. Hakikatnya memang boleh kalau ada sedikit kemahiran, mampu ukur saiz yang tepat, ada keberanian dan masa.
Berbekalkan semua inilah Azman Man membina kabinet dapur ini untuk isterinya yang teringin memilikinya. Bagi yang nak cuba perkara sama, perkongsian daripada Azman Man ini boleh jadi panduan.
DIY Kabinet dapur sendiri. Masa nak buat 50/50 yakin dengan tak yakin jadi. Isteri nak kabinet design ini bila dia tengok dekat Swiss masa bercuti.
Semua laci kat dalam nampak simple tapi tanya kedai harga memang agak tinggi sehingga 5 angka. Jadi beranikan diri buat sendiri.
Pergi Ikea tengok sampel kabinet dan tiru sikit-sikit. Alhamdulilah siap walaupun hampir sebulan nak siapkan. Buat sorang-sorang.
Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang barang kecil saya agak dalam RM2k siap semua. Siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais.
Kalau ada kamahiran sikit, pandai ukur saiz yang tepat, ada masa dan keberanian, insyaAllah boleh buat. Harga dapat jimat banyak kalau boleh buat sendiri.
Bagi rumah teres biasanya akan ada sedikit halaman atau ruang kosong di dalam pagar rumah. Ada yang menggunakannya untuk bercucuk tanam dan ada juga yang membiarkan saja ruang tersebut hingga penuh rumput.
Daripada dibiar begitu saja hingga menyakitkan mata, ada baiknya buat path maker seperti yang dilakukan oleh Ben Safwan untuk ruang di luar rumahnya. Caranya boleh DIY ikut perkongsian beliau.
Selain acuan path maker di atas ada lagi pelbagai jenis acuan. Boleh pilih ikut cita rasa.
Bila rasa nak makan chicken chop biasa kita ke restoren. Harganya pula selalu lebih kurang RM15 satu hidangan. Kalau sorang dua makan taklah mahal tapi kalau satu famili 5 orang, emmm boleh tahan juga harganya.
Jadinya kalau nak jimat kita buat sendiri. Homemade! Tak susah atau renyah pun membuatnya, ada resipi yang mudah. Antaranya perkongsian Wan LuQman ini.
1. Mula-mula kita perlukan ayam bahagian whole leg. Ini adalah bahagian thigh dan peha. Buang tulangnya. Untuk tulang yang bersambung dengan peha patahkan saja. Ketuk pada bahagian buku lali untuk patahkan tulang hujung, toreh dan tarik saja tulang drumstik (kalau nak senang beli saja yang dah siap dipotong untuk masak chicken chop di pasar raya).
Supaya ayam goreng juicy, rendam dalam air garam 2-3 jam proses ini dipanggil sebagai brine. Kemudian bilas ayam.
2. Batterkan ayam dalam apa-apa jenis tepung. Yang ini batterkan dalam bancuhan tepung ayam goreng serbaguna. Untuk bancuhan kering, guna tepung dari jenis yg sama, campurkan dengan baking powder. Kalau tiada tepung serba guna, boleh guna tepung gandum.
3. Bila dah gaulkan ayam dalam bancuhan batter, gaul pula dengan bancuhan tepung kering + baking powder tadi.
4. Panaskan minyak kemudian goreng. Biar dalam 5 minit, agak-agak sebelah dah keras, baru balikkan.
5. Sambil itu, kita sediakan bahan untuk sos. Ketuk 2 biji bawang putih dan sebatang seleri dihiris.
6. Bahan untuk sos :
2sb butter / marjerin
2sb sos tiram
3sb sos blackpepper (Life)
1sk lada hitam ditumbuk kasar
1sk serbuk pati ayam
7. Panaskan marjerin, bila dah cair, masukkan 2 sudu tepung gandum dan gaul dia akan jadi roux. Roux ni sebagai agent pemekat kuah. Tumis sekali bawang putih dan seleri. Kemudian masukkan semua bahan di atas. Sos blackpepper saya guna jenama Life.
8. Masukkan 500ml air. Biarkan menggelegak. Tak perlu gula sebab sos tiram akan ada rasa manis, lagipun sos blackpepper pun dah ada rasa manis. (Nak senang buat sos boleh juga guna instant brown sauce. Bancuh dengan air dan masak atas kuali. Dicadangkan brand Knorr atau Swiss Bear).
9. Masukkan daun salam atau daun bay. Ini kunci rahsia kesedapan untuk makanan berempah.
10. Ini ayam yang dah siap digoreng.
11. Untuk coleslaw, hiris halus kobis dan lobak merah. Letak krim atau susu cair, 1 sudu kecil gula, mayonis (boleh guna brand Saji atau Kimbal lebih sedap) dan perahan jus lemon sesedap rasa. Gaul sekata.
12. Masa untuk hiasan. Letak ayam goreng, tuang sos. Hiaskan daun english parsley atas ayam. Letakkan coleslaw atas salad jenis coral. Kalau nak ada warna boleh hiris tomato atau red peppers / capsicum.
Jika suka boleh buat kentang lecek. Cara membuat rebus 3-5 biji kentang sampai lembut (buang kulit). Kemudian lenyek kentang bersama gula, susu cair, chicken stok dan lada sulah. Atau boleh hidang dengan kentang goreng saja. Siap!
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...