Selalu kita beli saja di kedai runcit, tapi sebenarnya kalau suka bercucuk tanam kentang pun kita boleh tanam sendiri.
Kalau ada tanah lapang boleh buat batas tapi kalau tiada boleh juga tanam dalam polibeg, tiada masalah. Cara penanamannya pun mudah, untuk benih beli saja kentang di kedai tu ya.
Dikongsi oleh Mahadzir Hashim ini cara penanaman kentang jika ingin cuba tanam di rumah.
Cara mudah tanam kentang di laman rumah
Keperluan untuk menanam kentang :
Ubi kentang
Tanah sebagai media penanaman batas atau polibeg
Baja NPK
Sungkupan (bahan tambahan jika ada ie. cocopeat)
Langkah penanaman
Langkah-langkah menanam kentang dan penjelasannya seperti di bawah.
1. Cambahkan ubi
Kumpulkan ubi kentang yang sudah mempunyai beberapa tunas pada setiap biji. Susun ubi kentang secara menegak di dalam bekas atau kotak. Letakkan di dalam bilik yang gelap selama 2 minggu. Pada peringkat ini, ubi kentang tidak perlu disiram. Selepas 2 minggu, pucuk akan mula keluar dari tunas pada ubi kentang.
Ads
2. Sediakan batas
Ukuran batas yang terbaik ialah dengan kedalaman 6 – 8 inci dan jarak antara batas 2-3 kaki. Bagi penanaman dalam polibeg paling sesuai ialah 24 x 24 inci.
3. Tanam ubi
Bagi penanaman di atas batas, aturkan ubi kentang dengan jarak 1 – 2 kaki antara setiap ubi.
Bagi penanaman di dalam polibeg pula, isi tanah di dalam polibeg sebanyak separuh daripada ketinggian polibeg tersebut. Tanam satu ubi atau satu potongan tunas sahaja di dalam setiap polybag. Kemudian, kambus ubi dengan ketinggian tanah kira-kira 4 inci.
Ads
4. Siraman dan pembajaan
Penyiraman dan pengairan amat penting bagi tanaman kentang. Pastikan tanaman kentang mendapat kadar air secukupnya dengan tanah sentiasa lembap tetapi tidak menakung air.
Kedua-dua jenis pembajaan organik dan kimia sesuai diberikan kepada tanaman kentang. Baja organik boleh dicampurkan dalam tanah sebelum penanaman dilakukan. Kadar pembajaan kimia pula ialah NPK Biru dengan kadar 0.5 kg per 100 kaki persegi.
Pembajaan perlu dimulakan 2 minggu selepas menanam dan diulangi setiap 4 minggu kemudiannya. Hentikan pembajaan 2 minggu sebelum menuai.
Ads
5. Tambah tanah
Bagi tanaman kentang, penambahan tanah adalah perlu. Berlainan dengan tanaman makanan lain lebih-lebih lagi bagi pokok kentang yang ditanam di dalam polibeg.
Tanah perlu ditambah 3 – 4 inci lebih tinggi dari permukaan tanah sedia ada. Tujuannya ialah untuk membanyakkan penghasilan kentang oleh pokok kentang.
6. Tuai
Pokok kentang mengambil masa 70 – 120 hari untuk matang dan menghasilkan ubi. Tuaian boleh dilakukan apabila daun pada pangkal tanaman mula menguning.
Makan asyik berselera, masalah juga. Kalau begini setiap hari tak mustahil boleh naik 5-6 kg sebulan. Jika risau tentang peningkatan berat badan, mungkin boleh cuba perkongsian oleh Eka Zahra
Mengamalkan air rebusan lemon yang diambil dari seorang rakan dari Indonesia air ini dikatakan cukup berkesan. Tak sampai seminggu minum air berat badan sudah turun 1 kg, malah dia sendiri juga nampak perubahan pada perut yang kempis.
Minum 2 hari turun 1kg
Hari ni nak kongsi resepi minuman yg boleh kurangkan selera makan. Perkongsian dari seorang rakan dari Indonesia yang ada bisnes kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.
Atas nasihat doktor, dia yang mempunyai masalah ahli keluarga obes mengamalkan minuman ini dan berjaya turunkan berat badan walau baru seminggu.
Saya pun cubalah dan memang boleh kawal selera makan memandangkan saya setiap hari masak dan suka pulak makan kuih muih. Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg. Ini resepinya (hasil bergantung badan masing-masing yea).
Cara buat air rempah, lemon & madu
Bahan-bahan
1 liter air
2 batang serai diketuk
2 batang kulit kayu manis
4 inci halia diketuk
5 kuntum bunga cengkih
1 biji lemon dihiris
Madu
Cara membuat
1. Didihkan air
2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU
3. Masak selama 5 minit.
4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon
5. Biarkan 1 jam
6. Bila nak minum tambahkan madu
7. Minum sebelum sarapan, makan tengahari dan sebelum tidur.
Antara perkara penting untuk kediaman nampak kemas adalah memastikan ada tempat khusus untuk meletakkan pakaian kita yang sememangnya banyak.
Kena ada almari atau kabinet khusus untuk pakaian. Tapi kalau bajet tak banyak boleh buat open wardrobe menggunakan rak dan palang penyangkut baju seperti yang dipraktikan oleh Aimi Ismail.
Beliau mengubah suai ruang rehat famili menjadi open wardrobe menempatkan pakaian satu famili agar lebih teratur.
Makeover ruang rehat famili jadi open wardrobe!
Ini ruang rehat tingkat atas. Memang dari asal buat tempat iron baju dan tempat gantung baju kerja dan baju sekolah anak yg siap diiron untuk seminggu.
Cuma upgrade supaya lebih organize dan sedap mata memandang, tenang di jiwa. Sebab bilik semua dah full.
Tunggu organizers for socks, handsocks, tie sampai… Socks anak beranak selalu tak cukup pasangan.
Open wardrobe project
Tempat letak baju dan tempat lipat baju yg berlori-lori
Kos: lebih kurang RM400 (termasuk vinyl 2 boxes)
Almari, upgrade yg ada cuma tukar warna.
Bahan-bahan yang digunakan
Plywood (tebal 12mm): 1 keping 8 kaki X 4 kaki (saya mintak kedai potong ikut ukuran, atas 3 keping (4 kaki X 1.5 kaki), bawah 2 keping (4 kaki X 1 kaki) Besi L: 12 inci,10 inci Mulig bar: 5 Cat Jotun: 1L Vinyl: 2 kotak (36 keping, 1 kotak) Lazada Storage, dust cover (beli di Lazada) Frame, cermin lekat di almari (beli di kedai Eco)
Mulig bar
Untuk cat dindingTempat letak toto, comforter, cadar dan sebagainyaIni untuk stokin supaya tak hilang sebelah.
Baru-baru viral masakan Thai omelette yang harganya RM13. Mesti ramai yang nak rasa kesedapan telur ini. Jadi jomlah kita buat, jimat sikit rasanya. Caranya dikongsi oleh Rozmaliza Omar.
Buat sendiri Thai omelette
Bahan-bahan
3 biji telur A
7 ekor udang cuci bersih
Segenggam daun Thai basil *
Daun bawang *
Cili padi hijau *
Cili padi merah *
Bawang rose hiris (guna bawang ini)
Sos ikan brand Tiparos
Garam secukupnya
Serbuk perasa 2 jenis
Gula perang (jangan guna gula putih)
Cara membuat:
1. Hiris semua bahan bertanda, masukkan dalam telur dan campur kesemua bahan lain.
2. Pukul hingga rata dan sebati. Goreng menggunakan minyak baru. Wajib minyak baru setiap kali buat omelette. Dah siap tabur dengan taugeh.
Cara buat Prik Nam Pla
1. Cincang bawang putih 5 ulas dan cili mengikut kepedasan masing-masing
2. Sos ikan (agak-agak tenggelamkan bahan cincang)
3. Sedikit sos Golden Mountain
4. Perah asam limau
5. Gula Thai/ gula somtam satu sudu.
6. Kacau semua bahan dalam mangkuk, siap! Hidang dengan Thai omelette tadi.
Tercekik tulang ketika makan, petua biasa yang dipraktikkan ramai adalah makan gumpalan nasi atau pisang.Petua ini boleh jadi berkesan tapi mungkin juga menyebabkan masalah...