Daun pokok kunyit yang ditanam awalnya elok saja subur dan lebar tapi dalam satu malam saja jadi sebaliknya.
Habis daun yang subur besar berlubang lubang dimakan ulat. Memang frust dibuatnya bila tengok pokok jadi begini.
Bagi yang geram dengan masalah ini boleh praktikkan petua yang dikongsi oleh seorang wanita berbangsa Cina.
Petua elak daun pokok kunyit dimakan ulat
“Daun kunyit dimakan ulat daun. Ulat daun pun besar-besar. Auntie Cina beri petua ini.”
Ads
1. Sediakan bahan tiga bahan berikut;
-1 sdt soda bikarbonat
-1 sdt cuka masakan
-500ml air
-Botol penyembur
2. Masukkan ketiga-tiga bahan ini dalam botol penyembur dan spray pada daun saja.
Ads
3. Lakukan setiap dua minggu untuk mengelakkan masalah berulang. Ulat memang takkan datang lagi pada daun lama atau baru.
4. Petua ini boleh juga digunakan untuk disembur pada daun pokok keladi, pokok cili, serai dan Rozelle. Memang takkan ada gangguan ulat selepas disembur.
Ads
Tip ekstra
Untuk serangga perosak yang kita tak nampak suka sembunyi-sembunyi, contohnya anak belalang & ulat-ulat, boleh juga guna semburan racun organik.
Guna saja yang mana pun, lebih kurang saja fungsinya. Ia menggunakan a bahan aktif berasal dari tumbuh-tumbuhan. Contohnya cuka kayu, minyak daun neem, pati chrysanthemum, dan lain-lain
Semburan yang berasas organik ini memang selamat untuk manusia & haiwan. Ia hanya beracun untuk serangga saja.
Ada sedikit kemahiran dan minat jadi bagi menjimatkan kos, ramai yang suka DIY untuk projek projek kecil di rumah. Antaranya nak simenkan lantai, naikkan tembok atau tambah sedikit ruang belakang rumah.
Supaya kerja-kerja DIY hasilnyanya kukuh dan memuaskan perkara asas seperti bancuhan simen sangat perlu diketahui. Perkongsian dari Lang Buana ini boleh dijadikan rujukan. Beliau berkongsi panduan bancuh simen untuk ikat bata, plaster, render dan konkrit.
1) Guna mixer – Masuk air dulu di ikuti dengan simen kemudian Pasir kasar dan Batu 3/4 jika buat konkrit.
2) Jika pasir basah (lepas hujan) JANGAN masukkan air mengikut sukatan. Masukkan air sikit-sikit dulu.
3) RULE OF MIXING – sukatan dalam unit ukuran berat. Contoh 1kg simen + 4kg pasir kasar untuk ikat bata. TAPI aku hentam je ikut 1 skop simen + 4 skop pasir kasar.
4) Kerja-kerja ikat bata termasuk konkrit semua guna pasir kasar. Pasir halus hanya untuk kemasan plaster sahaja dari segi pegangan (grip) mortar (acuan simen + pasir) pasir halus kurang grip berbanding dengan pasar kasar. Begitu juga dengan ketahannya untuk long term.
5) Elak bancuh simen di bawah (ground mixing) sebab sukar anda utk mengawal air dan gaulan. Bancuh dalam kereta sorong lebih mudah dan tidak memerlukan kuderat yang banyak untuk membancuhnya.
Bancuh dalam kereta sorong lain dengan bancuh dalam mixer dari segi susun aturnya. Masuk pasir kemundian simen dan gaul sama rata, baru masukan air.
Jika guna batu 3/4 masukkan sekali setelah campuran simen + pasir + air sudah digaul. Lebihkan air dalam bancuran itu untuk menerima batu 3/4.
6) Lebih air, mortar yang baik adalah mortar yang agak cair berbanding likat atau kurang air. Jangan risau air tidak menjejaskan kelekatan simen sebab air akan hilang semasa pengerasan mortar/konkrit melalui proses pengeluwapan.
Tukang tak suka bancuh macam ni sebab nak cepat kering dan cepat siap. Semakin lambat mengeras semakin bagus konkrit tersebut.
INFO TAMBAHAN
Nisbah bancuhan konkrit
Asas kepada bancuhan konkrit adalah pelbagai. Tetapi jarang yang ambil tahu mengenai kepentingan bancuhan ini. Sedangkan ianya mampu mempengaruhi kekuatan galas konkrit itu sendiri.
Asas kepada bancuhan konkrit yang biasa digunakan adalah G20 atau 1:2:4 yang bermaksud :
1 = Simen
2 = Pasir
4 = Batu
Untuk membancuh gred G20 bersamaan 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu.
Jadi untuk 1 beg simen 50kg : 100 kg pasir : 200kg batu
Jumlah air simen yg sesuai utk 1 beg simen OPC atau ordinary portland cement ialah antara 25 liter hingga 28 liter.
Untuk lebih jelas, 1kg simen mewakili 0.55 liter air. 1 beg simen : 50kg =50kg x 0.55 = 27.5 Liter air.
Campuran konkrit akan digredkan dengan gred- gred berikut :
a) G15 (1:3:6)
b) G20 (1:2:4)
c) G25 (1:1.5:3)
d) G30 (1:1:2)
Walau bagaimanapun untuk penambahan “safety factor” dalam pembinaan, pihak JKR menyarankan untuk menggunakan gred G25 untuk kekuatan galas yang lebih baik.
Bagi yang baru nak cuba bercucuk tanam, bayam antara yang boleh ditanam. Ia mudah, tak perlu semai dan alih anak benih. Boleh terus saja tanam atas tanah, pasu atau polibeg.
Kalau nak tanam tepi rumah pun boleh, walau tanah tak berapa luas. Caranya boleh ikut panduan berikut;
1. Campur biji benih bayam dengan pasir. Tujuannya supaya bila ditabur nanti, anak benih tak tumbuh terlalu rapat. Tapi kalau tak dicampur pun tak mengapa.
2. Gemburkan tanah, boleh campur dengan tanah merah, tanah hitam dan cocopeat. Kemudian tabur biji benih tadi.
3. Apabila anak benih tumbuh empat helai daun, jika terlalu rapat boleh cabut dan tanam di tempat lain.
4. Siram dua kali sehari waktu pagi dan petang bagi memastikan tanah sentiasa lembap supaya anak bayam cepat membesar. Anak bayam yang sedang membesar ini perlu didedahkan kepada cahaya matahari untuk subur.
5. Boleh gunakan baja organik seperti tahi ayam untuk lebih subur.
6. Bayam boleh dipetik lebih kurang 3 minggu selepas disemai dari biji benihnya. Namun ia bergantung juga kepada cara penjagaan kita.
Bayam yang dah matang jangan dibiarkan lama nanti keras. Tuai daun secara kerat dan tumbuh lagi.
Musim durian datang lagi, kalau tengok dah ramai yang menjual raja buah ni dan harganya pun mampu untuk dimiliki. Tapi bagi peminat durian, mereka tak kisah pun dengan harga asal dapat menikmati buah durian yang elok isinya, manis dan sedap.
Ada yang sanggup membayar beratus ringgit hanya untuk tiga atau empat biji durian. Disebabkan harganya yang tak murah itulah, kita kena pandai memilih durian supaya berbaloi dengan harga yang kita bayar.
Agar tak kecewa dengan isinya boleh ikut tip pilih durian yang dikongsi oleh netizen di media sosial ini.
1. Lihat tangkai
Durian yang jatuh dari pokok tangkainya bergerigi. Kalau nampak rata atau macam dipotong, ada kemungkinan durian itu dipetik sebelum masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya dengan kuku, kalau kulitnya tebal, maka isi buahnya pun tebal juga.
Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, maka warna isi buah pun kuning juga. Ada juga kes yang durian dicelup dalam pewarna kuning, tangkainya juga akan berwarna kuning, hati-hati ya.
2. Duri jarang dan besar
Jika duri durian jarang dan besar-besar biasanya isinya padat, tapi kalau duri durian dekat dekat isi durian selalunya lembik.
3. Pilihlah buah yang ringan
Durian yang berat biasanya masih mentah, isinya berair atau busuk.
4. Jangan ambil durian yang dah retak kulit
Elak ambil buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian menyebabkan isinya bercampur dengan udara. Isi durian boleh jadi masam atau tawar.
5. Ketuk dulu, dengar tak bunyi ‘bluk bluk’
Waktu pilih ketuk dulu durian. Jika terdengar bunyi “bluk-bluk” bergema, itu tandanya durian sudah matang atau masak. Tapi bila terdengar bunyi “plek-plek” itu tandanya durian belum matang.
6. Cuba goncang pulak
Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncang buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan pegang kuat. Kemudian goncang perlahan-lahan.
Jika ada rasa getaran kecil maknanya isi kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit. Manakala isi yang lembap atau terlalu lembik akan melekat pada dinding kulit durian.
7. Pilih yang ada 5 pangsa
Buah durian mempunyai pangsa (bilik-bilik) yang diisi biji dan isi buah. Pangsa durian boleh dilihat pada garis di kulit durian dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang elok isi mempunyai lima pangsa kerana isi buah biasanya lebih banyak berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.
8. Bulat banyak isi, lonjong lebih manis
Bentuk bulat menandakan isinya besar dan banyak. Durian bujur atau tidak bulat biasanya isi sedikit. Akan tetapi, buah yang lonjong selalunya lebih manis dan sedap berbanding buah yang bulat.
9. Cium bau
Dekatkan durian dengan hidung dan cium baunya, jika ia berbau kuat kemungkinan besar buahnya manis. Tapi jika sudah tidak ada bau, kemungkinan buahnya sudah masuk angin dan rasanya hambar.
Semoga durian yang kita pilih tidak mangkak atau yang tidak manis. Ok jom pergi beli!
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...