Ikut Tip Ini Kalau Nak Basuh Langsir, Jangan Terus Sumbat Dalam Mesin Basuh!

993

 

Ketika ini ramai kalangan kaum wanita sibuk membersihkan dan mencuci kediaman sempena menyambut Aildilfitri minggu hadapan. Langsir antara yang dalam senarai, jika tidak ditukar baru.

Memandangkan saiznya yang besar, berat dan juga fabrik berbeza maka mencuci langsir kediaman harus ikut cara yang betul. Bukan main masuk saja dalam mesin basuh.

Sebaiknya jika mahu membasuh langsir, ikut aturan ini.

1. Periksa label cadangan cucian pada langsir (langsir ready-made) sama ada sesuai untuk basuhan mesin, basuhan tangan atau dry-cleaning.

2. Pastikan semua penyangkut sudah ditanggalkan pada langsir French pleat.

3. Bersihkan habuk pada langsir dengan cara mengibaskannya atau menggunakan vacuum.

4. Asingkan langsir siang (day curtain/lining/voile) daripada langsir kain tebal/biasa.

5. Untuk langsir kain tebal/biasa, cucian mesin boleh dilakukan dengan menggunakan air sejuk/biasa dengan sedikit sabun. Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ini akan menyebabkan sesetengah fabrik mengecut.

6. Langsir siang (day curtain/lining/voile) adalah nipis. Oleh itu cuba elakkan cucian menggunakan mesin. Pilihan lain adalah basuhan tangan atau dry-cleaning. Jika perlu cucian mesin, masukkan ke dalam net laundry bag yang besar dan kemudian barulah dimasukkan kedalam mesin dan dibasuh menggunakan air sejuk/biasa.

7. Langsir eyelet tidak sesuai untuk cucian mesin kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet. Jika perlu cucian mesin, masukkan ke dalam net laundry bag yang besar, sama seperti langsir siang.

8. Jika membasuh langsir di dobi layan diri, langsir kain tebal/biasa boleh dikeringkan menggunakan mesin pengering pada suhu sederhana/tinggi, bergantung pada kesesuaian fabrik.

9. Langsir apabila basah akan menjadi berat. Oleh itu jangan memasukkan lebih muatan kedalam mesin pengering kerana ini akan memendekkan hayat mesin pengering.

10. Langsir siang (day curtain/lining/voile) lebih sesuai dikeringkan dibawah cahaya matahari. Jika perlu pengeringan mesin, gunakan suhu rendah/sederhana.

11. Langsir eyelet tidak sesuai menggunakan pengeringan mesin kerana suhu yang tinggi dan putaran mesin boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet yang diperbuat daripada plastic/kayu/logam. Selain itu, kesan langsung daripada putaran akan menyebabkan bunyi yang bising serta kerosakkan pada drum pengering.

12. Langsir scallop tidak sesuai untuk basuhan mesin. Gunakan basuhan tangan atau dry-cleaning.

Sumber: Bubble Laundrette Station 18

 

Tinggalkan Komen