
Kalau suka buat asam pedas dan laksa, memang elok tanam sendiri pokok kesum ini. Senang bila nak guna, petik saja di laman rumah.
Cumanya ramai yang dah beberapa kali cuba tanam pokok kesum tapi tak menjadi, baik tanam dalam air atau gunakan medium tanah.
Jika dah cuba tanam namun gagal, kali ini apa kata ikut kaedah yang dikongsi
Wan Mohd Naziran melalui Facebook Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri. Kaedah yang katanya diperoleh dari Cikgu Nur Kama memang menjadi. Tak sampai 24 jam dah nampak hasilnya.
Petua tanam pokok kesum cepat subur
1. Cari bekas yang boleh menakung air. Apa-apa bekas pun boleh.
2. Isi tanah separuh penuh.
3. Penuhkan bekas dengan air, kalau guna air paip pastikan biar selama 24 jam sebelum semai kesum.
Mula tanam jam 5pm
4. Ambil bahagian pucuk kesum dengan 5-6 helai daun (top part of the plant)
5. Cucuk pucuk kesum ke dalam tanah sampai tenggelam semua melainkan pucuknya.
Jam 10pm, lima jam selepas semaian
6. Pembajaan dibuat setiap 2 minggu. Boleh guna apa jenis baja, larutkan dalam air.
Semaian kesum hidup subur selepas 13 jam ditanam
Selamat mencuba.
Sumber: Wan Mohd Naziran via Facebook Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Kalau Buat Kuih Ketayap Ikut Cara & Tip Ini Supaya Tak Melekat Dan Kulit Berlubang, Itu Tanda Ketayap Menjadi

Kuih ketayap ini memang hidangan selalu ada baik pagi atau petang. Jika selalu beli, apa kata cuba buat sendiri pula.
Sebab kuih ketayap ini antara yang senang untuk dibuat. Bahan-bahan pun memang ada saja di rumah. Buat sendiri lagi puas hati, inti kelapa pun boleh letak banyak.
Bagi yang nak mencuba boleh ikut perkongsian dari Roslina Shaari. Katanya tanda kuih ketayap menjadi elok, ada nampak lubang-lubang.
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan air pandan atau air biasa
3 sudu makan tepung ubi (supaya kulit tak mudah koyak)
3 sudu makan minyak
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga sebati.
2. Panaskan kuali dan dadarkan.
3. Bila dah melengkung di tepi maknanya kulit ketayap dah masak. Boleh angkat.
TIP
- Supaya bancuhan tak melekat pada kuali, tuang sedikit saja minyak pada kuali sewaktu mula-mula dadarkan bancuhan. Untuk kali kedua dan seterusnya tak perlu lagi letak minyak.
- Kuali kena panas baru kulit ketayap jadi berlubang.
- Tepung ubi digunakan supaya kulit tak mudah koyak.
Bahan untuk inti
1/2 biji kelapa parut – ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah – boleh kurangkan.
2 helai daun pandan – disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Cara membuat:
1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. 2. Masak hingga gula larut.
3. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
4. Bila inti dalam keadaan agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata (fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
5. Sejukkan inti.
6. Kemudian boleh letakkan inti di tengah ketayap, lipat kiri dan kanan kemudian gulung.
Resipi inti oleh: Suhana Md Isa
Kelebihan Guna Tanah Campuran Buatan Sendiri Untuk Bercucuk Tanam, Ikut Sukatan Ini Untuk Sediakannya

Bagi memastikan tanaman yang kita tanam di rumah subur, faktor tanah atau media cukup penting. Selalunya kita guna tanah campuran yang kita beli terus di nurseri. Tanah jenis ini memang membantu tanaman kita subur.
Tapi daripada beli apa kata kita buat sendiri tanah campuran ini. Lagi jimat dan cara menyediakannya juga mudah. Bagi yang banyak bercucuk tanam boleh ikut perkongsian Azuan Abdullah untuk membuatnya.
Cara buat tanah campuran yang paling mudah
Nisbah untuk buat tanah campuran ini tiada yang tepat sebenarnya, sebab ia bergantung kepada jenis dan tekstur tanah top soil tersebut.
Kebiasaan yang selalu saya buat adalah nisbah 2:1:1 dan 1:1:1. Yang saya ajar ini adalah nisbah 2:1:1. Ianya bermaksud 2 bahagian tanah top soil, 1 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik.
Ini bahan-bahan yang digunakan:
- Tanah top soil
- Pasir halus (nak guna cocopeat pun boleh)
- Tinja lembu kering (nak guna bokashi, kompos atau lain-lain bahan organik pun boleh)
- EM atau Plant Booster
Cara membuat:
1. Ambil 2 bahagian tanah top soil. Tanah ini saya ambil depan rumah saja.
2. Ambil 1 bahagian pasir halus. Ini pasir lebihan buat pagar rumah.
3. Ambil 1 bahagian tinja lembu kering. Pastikan ianya dah betul-betul kering (boleh juga guna tinja ayam, kambing bokashi atau kompos).
4. Gaulkan ke 3-3 bahan tadi hingga sebati.
5. Isikan campuran yang dah siap di dalam bekas tanaman yang kita nak guna. Saya guna tong cat terpakai saja.
6. Siram tanah campuran tadi dengan plant booster atau EM. Kadar pencairan adalah 15-20 ml untuk 1 liter air. Saya siram lebih kurang 2 liter untuk satu tong cat.
7. Jika tak ada EM atau Plant Booster, tak jadi masalah. Siram saja dengan air kosong.
8. Biarkan tanah selama satu minggu. Lepas satu minggu boleh tanam dengan pokok yang kita suka.
9. Media campuran yang lebih, saya simpan dalam tong sampah hitam sebagai stok. Tutup dan simpan ditempat redup. 2 minggu sekali siram dengan plant booster. Senang bila nak guna, terus ambil.
10. Pastikan tong cat dan tong sampah tadi ditebuk dibahagian bawah. Jika tak tebuk, tanah campuran kita akan rosak nanti.
Nisbah tanah campuran 2:1:1 ini sesuai untuk semua jenis tanaman kecuali nanas MD2. Untuk nanas MD2, saya guna nisbah 1:1:1.
Kelebihan guna tanah campuran
Kenapa bila berkebun dapur, saya suka guna tanah campuran berbanding media lain. Sebabnya bila guna tanah campuran, kita boleh jimat air. Tak ingat siram dua hari pun pokok steady jer. Tak layu.
Baja pun boleh jimat juga. Macam pokok di rumah saya, hanya 2 kali seminggu diberi air baja. Jimat tak?
Semoga bermanfaat.
Sumber: Azuan Abdullah
Cara Buat Cinnamon Roll Ekspres, Guna Paratha Lagi Senang & Rangup. Tak Perlu Buat Doh

Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka membelinya.
Tapi sebenarnya ada saja cara mudah buat cinnamon rolls ini tanpa buat atau uli doh. Sebaliknya cuma guna roti paratha saja. Lagi senang dan cepat siap. Nak lagi mudah bakar dalam air fryer saja.
Rasa cinnamon rolls ekspres ini tetap sedap, lemak, manis dan lebih rangup. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Wan Ramlah Wan Rahimi ini.
Cara buat cinnamon roll ekspres guna roti paratha
Bahan-bahan:
4 keping roti paratha
3 sudu mentega
2 sudu Nestum
2 sudu susu tepung
1 sudu cinnamon powder/ serbuk kayu manis
1/2 cawan gula perang
Cara membuat:
1. Gaul sebati mentega, Nestum, susu tepung, gula perang dan serbuk cinnamon atau serbuk kayu manis.
2. Susun 2 keping paratha. Pastikan bertindan sikit di tengah.
3. Sapu bahan yang digaul sebati tadi pada bahagian atas paratha nipis-nips.
4. Gulung perlahan-lahan dengan kemas.
5. Potong 8 bahagian gulungan tadi.
6. Susun potongan cinnamon rolls pada loyang yang telah digris mentega.
7. Panaskan air fryer 200 darjah Celsius selama 5 minit.
8. Bakar cinnamon rolls pd suhu 200 darjah Celsius selama 10 minit.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan Ramlah Wan Rahimi