Macam mana ya tanam pisang terbalik? Sebenarnya ini adalah kaedah tanaman yang digunakan oleh pekebun Thai.
Ada banyak kelebihan bila tanam pokok pisang menggunakan kaedah ini. Antaranya anak pokok pisang atau sulur yang tumbuh lebih banyak, pokok juga lebih kukuh dan paling menarik pokok pisang yang ditanam dengan cara terbalik ini berbuah rendah.
Bagi yang nak cuba cara tanam pisang terbalik boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Joran Sempoi.
1. Potong batang pisang rapat ke pangkal umbi.
2. Buang semua akar-akar halus dan bersihkan dengan air.
3. Begini keadaan umbi yang dah dibuang akar halus.
4. Gali lubang dan masukkan umbi tadi dalam keadaan terbalik dan kambus paras-paras saja.
5. Siram pagi dan petang setiap hari. 2 sulur dah kelihatan.
6. Keadaan anak pokok pisang lebih kurang sebulan.
7. Bila pokok dah besar dan banyak sulur kena pindahkan. Tinggalkan 2-3 pokok saja. Kalau anak pokok banyak nanti induk kurang subur sebab terpaksa berkongsi baja dengan anak-anak pokok.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Joran Sempoi.
Pangkas & Buang Daun, Tip Supaya Pokok Limau Subur Banyak Tunas & Cabang Baru
Ramai yang tanam pokok limau di rumah, sama ada limau kasturi, nipis, purut atau lemon. Tapi masalahnya ada yang tanam tapi pokoknya macam hidup segan mati tak mahu.
Tak subur, daun, tunas atau cabang baru pun tak meriah. Bagi yang ada masalah ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoi ini.
Tip pokok limau banyak tunas & cabang baru
Tip ini untuk menumbuhkan banyak tunas dan cabang baru pokok limau dan boleh dipraktikkan pada apa jenis pokok limau yang ditanam. Caranya;
1. Potong ranting separuh atau ikut suka nak potong panjang mana.
2. Kemudian buang daun pada hujung bekas potong. Banyak mana nak buang ikut suka jugak ya.
3. Lagi banyak daun yang dibuang lepas pangkas, lagi banyak tunas baru akan keluar nanti. Kalau cuma pangkas tapi tak buang daun, yang tumbuh mungkin 1-2 tunas sahaja.
Boleh cuba sendiri, tiga gambar ini adalah hasilnya.
Tip untuk pokok limau berbuah
- Letak baja buah & pangkas.
- Jika tanam dalam pasu boleh buat kaedah buat stress air dulu dalam 2 minggu. Caranya:
- Sekiranya hari-hari siram 5 liter air, kurangkan jadi 1-2 liter sahaja, itu pun jangan siram hari-hari. Bila daun nampak agak layu baru siram.
- Selepas 2 minggu baru pangkas & letak baja buah yg tinggi unsur P&K..cth baja MKP (0-52-34). Selepas itu boleh siram seperti biasa semula.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Pyan Sempoy
Kalau Selama Ini Letak Tong Gas Dalam Kabinet Bertutup, Sila Alih! Tak Selamat
Hampir kebanyakan rumah kita akan ada tong gas yang digunakan untuk memasak. Tong gas ini pula biasanya ia diletakkan di dalam kabinet dapur yang ditutup. Yalah, letak diluar nanti tak elok pula.
Tapi sebenarnya cara ini tidak disarankan untuk keselamatan. Tempat letak tong gas seharus mempunyai pengaliran udara yang baik dan bukan dalam kabinet bertutup. Ia untuk mengelakkan berlakunya kejadian buruk di rumah.
Selain daripada cara letak tong gas ada beberapa lagi panduan keselamatan penggunaan tong gas di dapur yang disyorkan Petronas.
Cara selamat kendalikan tong gas memasak
1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
2. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
3. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Do and dont’s
- Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas.
- Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
- Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
- Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
- Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
- Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
- Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
- Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.
Mengesan kebocoran gas
- Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
- Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
- Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
- Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.
Sumber: hmetro.com.my
5 Trik Nyahkan Bau Tak Kepam Dalam Rumah Terutama Lepas Memasak
Keadaan kediaman sekarang yang tak banyak tingkap menyebabkan setiap kali memasak satu rumah akan berbau. Apatah lagi kalau menumis sambal atau menggoreng ikan, memang melekat baunya.
Walau tingkap dan pintu yang ada dibuka, baunya tetap ada. Bagi menyahkan aroma tak sedap lepas memasak ini, boleh praktikkan cara ini.
1. Rebus daun limau purut
Ambil lima atau enam helai daun limau purut kemudian rebus. Ketika merebus aroma limau ini akan mewangikan kediaman. Tutup api kemudian biarkan air rebusan daun limau tadi dalam keadaan terbuka.
2. Kulit limau dan kulit kayu manis
Rebus kulit limau dengan air kemudian masukkan serbuk kulit kayu manis. Masak hingga ia naik bau dan biarkan sejuk. Masukkan dalam botol semburan dan sedia digunakan untuk mewangikan ruang dapur atau ruang lain.
3. Hiris daun pandan
Hiriskan daun ini kecil-kecil seperti mahu membuatkan bunga ramoai. Kemudian letakkan saja di dalam bekas terbuka. Ruang akan jadi harum semerbak dengan bau pandan.
4. Potong limau kasturi
Lagi petua guna limau tapi limau kasturi. Hiris nipis limai dan letak dalam bekas atau mangkuk berisi air. Biarkan di atas meja, agar bau limau ini memenuhi ruang. Selain itu ini juga boleh jadi elemen hiasan meja.
5. Selit arang
Bagi menyahkan bau masakan yang kurang menyenangkan, boleh letakkan arang di dalam pasu bunga hiasan. Ia akan menyerap bau dengan cepat.