Mekanik tukar alat ganti sesuka hati tanpa izin dan akhirnya kita kena bayar lebih. Sepatutnya RM500, tiba tiba datang bil kena bayar RM1000.
Atau mungkin ada bahagian yang rosak sikit saja, tapi bengkel caj macam nak tukar enjin baru?
Situasi ini tak dinafikan memang berlaku, tambah-tambah pula di musim perayaan macam sekarang bila mana ramai yang ke bengkel servis dan baiki kereta sebelum pulang ke kampung.
Ads
Jangan diam kalau mekanik tukar alat ganti tanpa izin
Jika terkena di batang hidung sendiri, jangan diam diri! Menurut peguam Gandhi Panala, pengguna sebenarnya boleh buat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sehingga RM50,000! Ya, sebanyak itu hak anda dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
“Mekanik tak boleh sewenang-wenangnya caj atau baiki kenderaan tanpa kebenaran pemilik. Jika ditipu, pengguna boleh tuntut pampasan dan tindakan pembetulan,” jelas Gandhi menerusi satu video di TikTok.
Ads
Ini cara failkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
Jadi, kalau kena tipu dengan bengkel, apa yang boleh kita buat? Ini langkah mudah untuk failkan tuntutan di TTPM:
Ads
Failkan kes secara online di laman web rasmi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
Sediakan bukti kukuh – laporan polis, resit bayaran, gambar atau video sebagai sokongan.
Hadir ke tribunal pada tarikh pendengaran yang ditetapkan.
Tak perlu peguam! Anda boleh wakili diri sendiri dalam tuntutan ini.
Jangan biarkan mekanik yang tak jujur ambil kesempatan! Hak kita sebagai pengguna ada, cuma kita kena tahu cara nak pertahankan. Dah terkena? Jangan tunggu lama, terus ambil tindakan!
@lawyergandhi Replying to @randa manis 🚗 Mekanik Tipu? Tuntut Hak Anda di Tribunal! Pernah kena caj melampau atau mekanik buat repair tanpa izin? Anda boleh buat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan tuntut sehingga RM50,000 🔹 Hak Anda di Bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999: ✅ Mekanik tak boleh caj atau buat repair tanpa persetujuan anda! ✅ Jika ditipu, anda boleh tuntut pampasan atau tindakan pembetulan! 📌 Cara Buat Tuntutan di TTPM: 1️⃣ Kumpul bukti – resit, gambar, WhatsApp dengan mekanik 2️⃣ Fail tuntutan online di 👉 ttpm.kpdn.gov.my 3️⃣ Hadir ke tribunal pada tarikh pendengaran yang ditetapkan ⚠️ Tidak perlu peguam! 📢 Pernah kena? Komen pengalaman anda. Share supaya lebih ramai tahu hak mereka #HakPengguna#TribunalTuntutan#MekanikTipu#JanganKenaTipu#30hari30undang2#lawyergandhi#ttpm♬ like JENNIE – JENNIE
Telefon pintar terutama yang mahal sebaiknya kita jaga dengan elok supaya prestasi atau fungsinya lancar.
Antara rutin penting yang perlu kita buat tapi ramai tak tahu adalah dengan menekan butang restart sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kenapa ia penting?
Menurut laporan portal Reader Digest dengan melakukan rutin ini seminggu sekali ia mampu
Mengembalikan semula memori
Mengelakkan ‘crash’
Menjadikan telefon pintar berfungsi lebih lancar
Memanjangkan jangka hayat bateri
Laporan tersebut juga memetik penjelasan seorang konsultan teknologi yang menerangkan bahawa setiap hari kita menggunakan aplikasi dalam telefon pintar dan apps ini sebenar tidak ditutup selepas kita gunakan sebaliknya diletakkan dalam keadaan yang membolehkan ia dibuka lebih pantas pada masa seterusnya.
Setiap hari juga kita menggunakan banyak applikasi dan apps yang pelbagai ini perlahan-lahan akan memakan memori dan kuasa bateri hingga menyebabkan bateri kita habis terlalu cepat.
Tapi dengan hanya menghidupkan semula telefon pintar atau restart, ia akan melancarkan pembukaan apps, memori dan menghapuskan segala link atau apps yang pernah diguna hingga memakan kuasa bateri telefon pintar.
Oleh itu jadikan rutin mudah berikut sebagai amalan seminggu sekali ;
1. Seminggu sekali restart/ power off telefon pintar
2. Biarkan selama sekurang-kurangnya seminit
3. Hidupkan semula telefon pintar
Puas hati kalau selepas mop lantai nampak permukaan bersih berkilat. Tapi selalu terjadi walau sudah dimop tetap tak nampak berkilat malah melekit pula.
Berikut ada tip yang dikongsi oleh Mizs Lynda untuk memastikan lantai rumah bersih an berkilat selepas dimop.
“Saya suka tengok kalau lantai rumah berkilat. Selagi tak kilat selagi tu tak sah,”ujarnya.
Kata beliau seminggu sekali ia akan membersihkan lantai rumah dengan cara di bawah ini
1. Tuang air panas suam dalam baldi.
2. Campurkan dengan satu penutup cecair pelembut pakaian (Downy) bersama 5 titis cuka. Kacau.
3. Kemudian boleh mop satu rumah.
Hasilnya lantai akan bersih berkilat. Tapi katanya elakkan guna cuka makan banyak kerana akan menyebabkan lantai melekit.
Selain daripada rutin ini, katanya beliau untuk akan mengemop lantai menggunakan pencuci lantai biasa setiap hari.
Tip ini sesuai sangat bagi yang baru nak belajar masak pulut atau selalu masak tapi asyik tak menjadi.
Cara ini juga lebih mudah, masak guna rice cooker saja. Supaya pulut yang dimasak elok hasilnya boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mil Wawa.
Tip masak pulut guna rice cooker, elok menjadi & tak berkerak
Tip untuk Kak Long yang baru kawin untuk suami suka makan pulut. Ramai kawan-kawan yang baru nak belajar masak, tak tau nak masak pulut dengan elok.
Tip dari saya guna rice cooker lagi mudah. Caranya;
1. Jangan rendam pulut nanti bila masak lagi lembik.
2. Cuci beras pulut macam nak masak nasi, lebihkan sedikit air dari paras pulut.
3. Letak sikit je garam supaya rasa lemak-lemak sikit. Tak banyak ya sikit saja.
4. Letak sedikit minyak masak. Contoh : 2 cawan beras pulut, saya letak 2 sudu besar minyak matahari. Kacau dan terus on suis dan biarkan dia masak.
5. Kemudian boleh senduk, periuk pun tak melekat.
Tak berkerak atau melekat pun pada periuk
Tip kalau pulut dah masak terlebih air / lembik
Jangan risau, letak sekeping roti kosong dan on suis balik. Tapi jangan letak roti coklat atau kismis nanti pulut jadi lain. Selepas itu boleh lihat keajaibannya. Pulut akan masak elok.
Cermin pandang belakang yang pada setiap kereta berfungsi untuk memudahkan pemandu melihat bahagian belakang kereta tanpa menoleh.Tapi perasan tak ada satu klip di bahagian...