
Nasi ayam claypot, selalu menu ini kita makan di food court tapi nak buat sendiri pun boleh.
Tak perlu ada claypot pun, guna periuk nasi biasa saja tetap menjadi. Apa yang penting bahan cukup dan teknik masak betul.
Pastikan ada ayam, ikan jeruk dan cendawan untuk dapat rasa asli nasi ayam claypot. Sebenarnya bila masak dalam periuk biasa ini lebih mudah. Sekali masak boleh makan satu keluarga, puas hati.
Buat Sendiri Nasi Ayam Claypot Dalam Periuk Biasa
Bahan untuk nasi
3 ½ cawan beras (guna cawan metrik, masak seperti nasi putih biasa)
½ ekor ayam – dipotong
200g cendawan shitake (lagi banyak lagi sedap)
1 ½ keping ikan tenggiri jeruk
Sawi pak choy secukupnya
Sedikit daun bawang – dihiris
1 biji cili merah besar – hiris memanjang
1 ½ senduk minyak masak untuk menumis
Bahan Gaul Ayam
Halia sebesar 1–2 ibu jari – hiris
8–10 ulas bawang putih – hiris
5 biji cili padi merah – hiris
5 biji cili padi hijau – hiris
3 sudu makan minyak bijan
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan stok ayam (atau 2 kiub pati ayam)
4 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap masin
1 sudu makan lada sulah
½ cawan air
Cara Penyediaan
1. Hiris cendawan, halia dan bawang putih
2. Gaulkan ayam dengan minyak bijan, kicap, sos tiram, hingga rata.
3. Kemudian masukkan halia dan bawang putih yang dihiris bersama cili api, lada sulah, stok ayam dan air. Gaul hingga sebati.
4. Panaskan minyak secukupnya dan goreng hirisan cendawan, halia dan bawang putih tadi hingga naik bau.
5. Masukkan ikan masin bersama ayam yang digaul dengan bahan tadi bersama dengan kuahnya. Masak hingga mendidih kemudian tutup api.
6. Ambil periuk berisi nasi yang siap dimasak lalu susun ayam diataskan dan curah kuah hingga rata. Tutup periuk dan panaskan hingga kuah menggelagak.
7. Masukkan sayur pak choy dan cili padi yang dihiris. Tutup api, sedia dihidangkan Ketika masih panas.
Tip masak nasi ayam claypot
Jika nak rasa lebih wangi, boleh tambah sedikit minyak bijan di atas nasi sebelum dihidang.
Untuk tekstur nasi lebih ‘smoky’ seperti claypot, biarkan nasi sedikit berkerak di bahagian bawah periuk.
Sumber: Mariana Zainal
Baca Lagi: Cara Buat One Pot Nasi Ayam. Nasi & Ayam Masak Sekali Saja, Senang & Sedap