
Refinance rumah, dulu ramai yang ingat ia jalan terakhir bila dah tersepit atau terdesak dari segi kewangan. Kira kalau buat refinance maknanya tak cukup duit.
Tapi realiti sekarang tidak begitu, semakin ramai pemilik rumah mula celik tentang strategi kewangan ini. Ia sebenarnya boleh jadi salah langkah bijak untuk mengurangkan komitmen kewangan setiap bulan.
Dalam hal ini perkongsian daripada penasihat hartanah Fazlie Idris mungkin boleh membuka mata kita. Beliau turut mendedahkan kisah klien yang beroleh penjimatan komitmen bulan lebih RM2k sebulan dan pada masa yang sama menerima wang tunai RM70k hasil melakukan refinance rumah.
Kenapa pilih refinance rumah
1. Nak kurangkan komitmen bulanan.
2. Nak guna pakai cash yang banyak dengan komitmen bulanan yang rendah.
3. Nak tukar dari joint name financing kepada single name financing.
4. Nak tukar dari conventional loan ke islamic financing (especially yang beli rumah tahun 2010 ke bawah).
5. Nak tukar interest rate / profit rate pada yang lebih rendah.
Kisah refinance yang berbaloi, jimat RM2k sebulan, dapat cash RM70k
Macam seorang klien saya ini; dia baru beli rumah tahun 2022. Dia sangat tak sangka kawasan rumah dia punya market value naik mencanak.
Bila dah buat refinance nanti, semua hutang dia akan setel. Hanya tinggal hutang rumah saja lagi. Klien ini bakal menikmati penjimatan sekitar RM2K++ sebulan.
Bukan tu je, dia gak akan terima cash jangkaan sekitar RM70K- RM75K. Ini kes paling berbaloi rasanya untuk bulan June ni.
Dari cash dan penjimatan bulanan tersebut, klien boleh buat beberapa perkara atau salah satu, antaranya:
– Main ASBF dan ASB2F guna teknik compounding selama 12tahun, then berkemungkinan besar dia boleh setelkan hutang rumah dia.
– Duit cash tu pecah ke beberapa bahagian untuk buat simpanan dan pelaburan, antaranya emas.
– Boleh guna cash yang ada sebagai modal beli rumah pelaburan.
– Jual kereta lama, then topup dengan cash yang dapat dan beli kereta baru secara cash (Range price RM130K).
– Bawa family pergi umrah / vacation.
INFO: Selagi Harga pasaran rumah lebih tinggi dari baki pinjaman, pemilik rumah boleh membuat refinance.
Sumber: Fazlie Idris