
Selain menghalang cahaya masuk dalam rumah, langsir juga berfungsi untuk mencantikkan kediaman. Sebab itulah ia wajib ada di setiap rumah.
Tapi nak menyediakan langsir pada setiap tingkap di rumah biasanya memerlukan modal yang besar.
Bukan saja untuk beli langsir tapi untuk membuat rod penggantung langsir. Dah beli kena upah orang pulak untuk pasang.
Namun kalau modal belum cukup, boleh saja ikut cara jimat ini untuk buat rod atau batang langsir. Modalnya cuma RM5 saja untuk satu tingkap.
Bahan diperlukan:
- Paip PVC – ukuran ikut panjang tingkap
- Wall paper
- Penyangkut berpelekat
Cara membuat:
1. Balut paip pvc dengan wall paper dengan kemas.
2. Lekat penyangkut berpelekat di kedua hujung tingkap belah atas untuk menggantung rod.
3. Masukkan langsir dan letakkan rod pada penyangkut yang digam kemas. Dah siap!
Boleh buat untuk rod langsir pintu sliding atau tingkap biasa.
Sumber: Petua Ibu
Cara Mudah Tanggalkan Kesan Lekatan Stiker Pada Bekas Plastik. Cuma Guna Tisu & Minyak Masak

Bila beli bekas makanan plastik mahu pun nak guna semula bekas plastik ini, selalu akan ada stiker tanda harga.
Ada yang senang dibuka tapi selalu juga yang melekat dan tinggalkan kesan hingga nampak tak cantik. Dah cuci, sental pun tak nak hilang.
Jangan buang pulak ya, sebenarnya nak buang kesan lekatan stiker ini mudah saja. Caranya dikongsi oleh ahli kimia, Fatimah Salim.
Cuma guna minyak masak dan tisu dapur
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
INFO:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.
Sumber: Fatimah Salim
Elak Pakaian Melekap Pada Badan, 5 Cara Hilangkan Elektrik Statik Pada Baju & Tudung

Pernah tak bila nak pergi kerja atau nak keluar kita dah siap-siap pakai baju baru perasan baju tu tiba-tiba jadi melekap pada badan.
Atau pun dah penat-penat gosok tudung tapi bila pakai tak menjadi sebab asyik melekat kesan daripada elektrik statik. Tension kan!
Biasanya itulah kali terakhir kita pakai baju atau tudung sebegini sebelum kita simpan terus dalam almari.
Kalau terjadi ini lakukan 5 tip ini untuk menghilangkan kesan elektrik statik tersebut.
1. Gesel pakaian dengan penyangkut baju jenis besi
Logam ini bertindak menyerap bahan yang menghasilkan elektrik statik itu. Atau boleh juga gosok logam pada kulit sebelum mengenakan pakaian ini terutamanya kain sutera.
2. Selit pin di bahagian dalam pakaian
Pin yang diperbuat dari logam ini akan menyerap elektrik statik yang terhasil dan mencegah kain dari menempel pada kulit.
3. Guna spray rambut
Semburkan penyembur rambut biasa pada pakaian kemudian barulah dipakai. Jaga jarak supaya cairan tidak meninggalkan bekas pada pakaian.
4. Sembur dengan air
Masukkan air dalam bekas penyembur lalu sembur pada bahagian kain yang melekap pada kulit.
5. Lembapkan kulit
Sapu losyen pada bahagian badan di mana pakaian melekap pada kulit. Lembapan ini akan menghilangkan kekeringan kulit yang menyebabkan pakaian melekat.
Cara mencegah
Elektrik statik ini terhasil apabila pakaian bergesel ketika proses membasuh pakaian. Anda boleh mencegah ia terjadi dengan:
- Masukkan cuka putih ketika proses membilas pakaian. Elak dari meletakkannya bersama dengan sabun. Cuka putih boleh melembutkan kain dan mencegahnya dari menjadi keras dan kering.
- Masukkan kertas aluminium yang dijadikan seperti bebola ke dalam mesin cuci masa membasuh pakaian. Tapi masukkan ia sewaktu baru memulakan cucian, bukan sewaktu pengeringan.
- Jika pakaian terkena elektrik statik selepas dikeringkan kemungkinan pakaian ini terlebih kering. Sebaiknya gunakan suhu rendah atau kurangkan waktu pengeringan.
Cara Susun & Simpan Mainan Anak Supaya Rumah Nampak Kemas. Jangan Letak Semua Dalam Satu Bakul!

Rumah yang ada anak-anak kecil biasanya memang akan banyak mainan. Selalunya ini jugalah menjadi penyebab utama rumah nampak bersepah.
Tapi kalau sampai tahap kaki selalu terpijak mainan anak sebab setiap sudut ada mainan anak maka mungkin dah sampai masanya untuk kita buat pengurusan alat mainan anak ini.
Caranya dikongsi oleh Hani Mynis yang sentiasa berkongsi ilmu pengurusan rumah tangga dengan netizen di media sosial.
Kurang mainan lagi bagus untuk perkembangan mental anak
Tahun lepas terbaca satu artikel mengatakan kurangnya alat mainan utk anak sebenarnya bagus utk perkembngan mental dan sosial si anak. Ia sgt memberi impak dalam cara Hani uruskan mainan Aqil
So dah setahun Hani praktik cara penyimpanan dan pengurusan mainan Aqil ni, so far sangat mudahkan nak mantain rumah kemas dan bersih tanpa mainan Aqil memenuhi lantai macam dulu.
Boleh ikut cara ni
Perkongsian ini secara general je kalau tak sesuai, boleh disesuaikan mengikut situasi anak dan rumah. Ni pun Hani ikut berdasarkan pemerhatian waktu Aqil pergi therapy, pembacaan dan sedikit pengalaman (baik dan buruk). Happy organising.
1. Beli rak penstoran atau guna je apa yg ada
2. Bakul, Lego, hotwheel cars, bola, tools
3. Bakul cake puzzle, animals, blocks, fishing
4. Buku, train set, bowling set, board games simpan dalam kotak yg dia sediakan sekali dgn part yg kecil.

5. Cooking set (main masak dgn dia), transportation (segala jenis kenderaan), stationery
6. Simpan mainan utk ke pantai/swimmg pool dlm satu bekas.

Tip urus mainan anak
So ni tips pengurusan mainan Aqil sbg rujukan:
- Seminggu sekali buat spot check mainan. Cthnya kalau ada beberapa part tu dah hilang menyebabkan mainan tu tak berfungsi dgn baik, discard terus. Cthnya mcm jigsaw puzzle ke. No use simpan kalau tak lengkap.
- Limitkan satu jenis mainan satu set sahaja. Contoh mcm set keretapi sekali dgn landasan atau set bowling, satu set dah cukup.
- Asingkan set mainan (lagi-lagi yg jenis kecil) dalam bekas kecil. Elakkan humban semua jenis dalam satu bakul besar. Kalau mainan besar takpa juga.
- Ajar anak main one set at the time. Ni Hani belajar masa bawa Aqil ke kelas terapi speech delay. Sebab bila keluarkan satu-satu set, boleh ajar anak utk fokus lebih lama kat mainan tu. Takdalah anak jadi rambang mata semua benda nak main.
- Kemas sebelum ambil set lain. Memang susah nak buat mulanya. Tp mmg kena ajar. Kena tahu personaliti anak mcm mana. Ada yang dgn disuruh je terus dia buat. Ada yg kena buat sama-sama.
- Label, ya Hani dan label tak boleh dipisahkan. Senang nak kemas mainan dan nak amik mainan apa utk bermain masa tu. Lagi pun sng kita nak trace mainan apa yg anak dah ada kat rumah so tak yah membazir beli set yg fungsi nya sama je.
Selamat mencuba semua!
Sumber: Hani Mynis & https://www.becomingminimalist.com/why-fewer-toys-will-act…/