Anak pokok jambu madu ini antara benih yang selalu kita beli untuk tanam di rumah. Selain sedap dan manis, pokok buah ini juga mudah hidup di persekitaran kediaman.
Tapi ada juga yang dah beli anak pokok dan tanam tapi tak juga berbuah walaupun dah bertahun tahun.
Bagi memastikan pokok jambu batu ini rajin keluarkan hasil kenalah buat penjagaan. Bagi pokok ini penjagaanya mudah saja, selain baja kena rajin cantas ranting dan juga buang daun.
Inilah yang dipraktikkan oleh Momoi Santos, bagi memastikan pokok jambu madu yang baru berusia setahun berbuah lebat.
Ads
Tip yang dikongsi;
-Bila kali pertama berbuah, cantas dan buang 50% daun-daun pada ranting supaya zat-zat lari ke buah.
Ads
-Kena rajin cantas ranting yang lesu dan buang daun-daun yang tak perlu pokok akan rajin keluarkan hasil. Setiap ranting boleh tinggalkan daun 3 helai di hujung ranting.
-Supaya pokok jambu madu subur guna baja organik saja seperti habuk rumput bakar, habuk kayu bakar, sekam padi bakar atau tinja kambing.
Ads
-Supaya buah yang dihasilkan tak buruk, apabila putih, janggutnya dah habis gugur terus balut buah jambu menggunakan plastik untuk mengelakkan serangan lalat buat. Cuma gunting sedikit bucu plastik supaya udara dapat masuk.
Tip jika tinggalkan rumah dalam tempoh yang lama wajib letak duit siling dalam freezer, tak kiralah berapa sen pun.
Ini bukan cerita untuk ‘beranakkan duit’ atau elak ilmu hitam. Sebaliknya untuk memastikan keselamatan makanan dalam peti sejuk bila kita pergi bercuti dan tinggalkan rumah dua hari atau lebih.
Petua ini dikongsi oleh netizen di Facebook dan ia memang wajib kita amalkan kalau pergi bercuti. Dan ada penjelasan yang amat logik mengapa kita perlu lakukannya.
Bila kita tinggalkan rumah dalam tempoh lama untuk pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya ada kemungkinan ketika itu berlaku gangguan bekalan elektrik. Perkara ini takkan kita tahu.
Kalau gangguan hanya dua atau tiga jam ia mungkin tak memberi kesan. Ia juga tidak datangkan masalah pada alatan seperti lampu, tv, kipas dan sebagainya kerana biasanya kita akan memadamkannya.
Tapi ia akan memberi kesan kepada makanan yang ada dalam freezer seperti ayam, ikan, daging, lauk pauk dan makanan sejuk beku yang kita simpan.
Lebih-lebih lagi kalau gangguan bekalan elektrik itu berlaku dalam tempoh yang lama mungkin setengah atau satu hari. Makanan dalam freezer ini bila sudah cair dan terdedah lama sudah tentu tidak elok untuk kita makan.
Macam mana kita nak tahu dan nak elak dari makan makanan yang sudah rosak ini?
Inilah gunanya letak duit syiling dalam freezer. Ia akan memberitahu kita berapa lama peti sejuk terpadam.
Selain dari memberi kediaman ramai juga yang menyimpan hasrat membeli hartanah. Baik rumah atau tanah. Sama ada tujuan sebagai aset atau diduduki, dalam keghairahan untuk beli keduanya hartanah ini kita perlu hati-hati.
Ia supaya tidak menjadi masalah kemudian hari apatah lagi ia melibatkan kewangan yang banyak. Sebagai panduan, elak dari membeli hartanah berikut yang dalam kategori berisiko. Info berguna ini dikongsi oleh peguam Allahyarham Salkukhairi Abd Sukor.
Masih ramai masyarakat kita khususnya orang Melayu yang terlibat dengan pembelian hartanah berikut walaupun telah dimaklumkan akan risikonya. Antaranya:
Masih ramai masyarakat kita khususnya orang Melayu yang terlibat dengan pembelian hartanah berikut walaupun telah dimaklumkan akan risikonya. Antaranya:
1. Beli tanah lot banglo atau tanah pertanian yang tiada geran individu. 2. Beli tanah felda / tanah GSA 3. Beli rumah sambung bayar loan pemilik 4. Beli tanah pusaka sedangkan dalam geran masih nama si mati 5. Beli rumah subsale yang mana dalam geran masih nama pemaju dan belum dipindahmilikkan kepada nama pemilik asal (penjual) dan pemaju itu pula telah “bankrup”. 6. Beli hartanah yang bukan milik pemilik sebenar 7. Beli tanah TOL 8. Beli rumah dengan pemaju yang tiada lesen pemajuan perumahan yang sah 9. Beli rumah murah di bawah skim yang pelik-pelik 10. Beli rumah lelong yang ada kaveat
Alasan kenapa ramai orang kita beli hartanah di atas adalah kerana IANYA NAMPAK MURAH walaupun hakikatnya ianya tidaklah murah mana pun.
Apalah gunanya beli murah kalau hartanah yang anda beli tersebut tidak akan menjadi milik anda pun. Bahkan anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah dan kesusahan yang memeningkan kepala anda selepas membelinya. Adakah ianya berbaloi?
Bila saya nyatakan ianya berisko, ramai yang tanya dari sudut mana yang dikatakan berisiko tersebut? Sebenarnya risiko-risko tersebut wujud dari banyak sudut. Antaranya:
1. Hartanah tersebut tiada geran individu.
Apabila tiada geran individu, bagaimanakah ianya boleh dipindahmilikkan kepada pembeli. Sedangkan dari segi perundangan, hak, kepentingan dan pemilikan seseorang terhadap sesuatu hartanah hanya diiktiraf dan dilindungi oleh undang-undang apabila ianya telah dipindahmilikkan kepada pembeli tersebut. Contohnya beli tanah lot tiada geran individu berstatus bangunan. Mustahil ianya boleh dipindahmilikkan kepada nama anda sedangkan geran individu pun belum wujud.
2. Pemilik berdaftar dalam geran bukanlah nama pemilik sebenar.
Jika pemilik berdaftar dalam geran masih nama orang lain, bagaimanakah ia boleh dipindahmilikkan kepada nama pembeli. Jika hendak dipindahmilik terpaksalah dipindahmilikkan kepada nama pemilik asal terlebih dahulu, kemudian barulah boleh dipindahmilikkan kepada nama anda. Contohnya beli tanah pusaka yang masih nama si mati, beli hartanah dalam geran bukan nama pemilik asal dan beli rumah di mana dalam geran masih nama pemaju.
3. Terdapat halangan perundangan yang menyebabkan ianya tidak boleh dipindahmilikkan kepada nama anda sebagai pembeli. Misalnya pembelian tanah TOL atau beli tanah felda / tanah GSA, di mana pindah milik tidak boleh dibuat melainkan atas kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Begitu juga dengan beli rumah lelong yang ada kaveat di mana ianya tidak dapat dipindahmilikkan kepada nama anda melainkan kaveat tersebut dibatalkan atau ditarik balik.
4. Transaksi tersebut tidak mematuhi peruntukan undang-undang atau tidak mematuhi amalan guaman hartanah yang sebenar. Misalnya, beli rumah dengan cara sambung bayar loan pemilik asal atau beli rumah dengan pemaju yang tiada lesen pemajuan perumahan yang sah atau beli rumah melalui skim perumahan yang pelik-pelik dan tidak diiktiraf oleh undang-undang atau amalan guaman hartanah yang biasa.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...