Bagi yang suka bercucuk tanam atau pun suka makan sayur terutama salad korang boleh praktikkan cara menanam sayur ini yang cukup mudah.
Tanam dalam botol air mineral saja. Lepas tanam, tinggal dan kemudian boleh tuai. Senangkan! Cara ini dikongsi oleh Nur Aida Md Zainuddin.
Guna teknik tanam, tinggal & tuai (3T)
Ini cara paling murah dan jimat dan senang tanam sayur teknik 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai)
1. Semai dulu anak benih. Boleh guna tapak semaian atau boleh guna sarang telur atau kulit telur. Guna apa pun janji tumbuh benih.
2. Semai guna cocopeat atau sabut. Boleh beli di nurseri satu guni RM15 (sabut ni murah).
3. Bila dah tumbuh dah naik 4 daun kira-kira 2-3 minggu alihkan ke pasu atau bekas yang sesuai. Yang ini Aida guna botol mineral sebab nak buat ala-ala hidroponik. Nak lagi cantik Google beli je bekas hidroponik.
Ads
4. Cara buat botol, potong 2 botol mineral kemudian buat lubang pada penutup mineral water. Masukkan benang/kain. Aida bagi naik sampai atas sikit supaya air nanti sampai.
5. Isi sabut sikit dalam botol mineral bahagian atas. Alihkan anak pokok ke dalamnya.
6. Tip alihkan anak pokok supaya akar tak putus guna 2 kayu buat ala-ala chopstik lepas tu tarik keluar.
Ads
7. Bahagian bawah letak air + baja AB. Sukatan baja AB 1 penutup air mineral baja A dan baja B. Campur air pada baja AB dan tinggal. Kalau air baja dah habis nanti tambahkan.
8. Peringkat awal letak di tempat teduh. Bila daud dah besar sikit beri cahaya matahari.
Ads
9. Dah sebulan lebih atau 2 bulan boleh tuai hasil. Sekejap je kan.
Nak buat kabinet dapur sekarang ini walaupun kecil modalnya boleh cecah ribuan ringgit. Itulah sebabnya VK suka sangat bila jumpa posting nih.
Macam tak percaya pulak kabinet dapur secantik ini, bajetnya cuma RM300 saja. Lagi best, buat sendiri saja. Kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Aliff Muhamad dari Facebook Idea Deko Bajet.
Harga sekarang cecah RM2k -RM3k
Assalamualaikum wbt. Disebabkan harga nak buat kabinet dapur tinggi mencecah 2k -3k. 10k pun ade. Nak jimat punya pasal. Setelah google akhirnya saya mengambil langkah untuk buat sendiri. Simple je. 100% buat sendiri.
Nak cuba buat? Saya ada sertakan gambar projek kabinet dapur diy dari mula hingga siap. Kos semua dlm RM300 lebih kurang. Jimat kan? Bagi saya jimat lah sebab tak de duit banyak sangat nak buat grand-grand. Duduk kampung je.
Ukur dan pasang frame kayu 1×2
Ukur pintu gune playwood 4mm
Buat pintu ikutlah nak design macam mana. Pasang pemegang pintu kemudian lekat kan pintu playwood
Siap 3 pintu
Dah siap cat minyak. Nak kilat cat 3 lapis.
Pasang mini magnetic ni kat bahagian dalam.
Dah siap. Cantik kan, modal cuma RM300.
Mana-mana suami yg pandai bertukang tu boleh lah buat sendiri je. Masa buat tu 2 minggu kalau buat sikit- sikit lepas balik kerja dengan hari cuti.
Selain nasi goreng guna cili kering atau ikan goreng, nasi goreng kunyit ini juga antara hidangan yang disediakan oleh orang tua kita dulu.
Memang nostalgia. Aroma kunyit waktu memasaknya buat kita tak sabar nak makan. Tambah pula warna kuning dari kunyit, nampak sedap saja di mata.
Lagi best, bahan nak buat nasi goreng kunyit dan cara membuatnya pun ringkas saja. Senang amat. Kalau nak cuba ikut cara yang dikongsi oleh Wan Luqman ini.
Cara buat nasi goreng kunyit
Bahan ditumbuk
Lebih kurang 1 inci – kunyit hidup
Cili api – kuantiti ikut citarasa
2 biji Bawang merah
4 ulas bawang putih
Ikan bilis secukupnya
Bahan lain
1 biji telur
Kailan -dipotong
Cara membuat
1.Tumbuk semua bahan di atas, boleh juga nak guna food processor
2. Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk tadi sampai garing, waktu ini aroma kunyit memang semerbak.
3. Pecah telur dalam tumisan yang sudah garing tadi dan kacau.
4. Kemudian boleh letak garam dan gula secukupnya.
5. Masukkan nasi dan gaul sebati.
6. Seterusnya boleh masuk sayur kailan atau sayur lain yang disukai. Kacau seketika dan siap untuk dihidangkan.
Kod tayar kereta, kena tahu cara baca supaya tak terbeli tayar 'expired'Bagi pemilik kereta biasanya sudah tahu bila waktu untuk tukar tayar kereta. Bila...