Timun Jepun memang sedap buat ulam berbanding timun biasa. Lebih rangup cuma, harganya pun agak mahal.
Untuk jimat boleh juga tanam sendiri, lagi puas hati. Cara penanaman pun tak susah. Ambil masa 2 bulan saja untuk berbuah.
Cara penanaman pun ringkas saja, dikongsi oleh Shafiruz Zaini.
Tanam timun Jepun, 2 bulan dah berbuah
Pertama kali tanam timun Jepun. Ambil masa 2 bulan untuk berbuah. Tuaian pertama 2 biji, 2 hari kemudian 2 biji lagi. Banyak belajar dari group ini & youtube cara menjaganya.
Tentang cara tanam;
Ads
1. Semai biji benih guna cocopeat, siram dan letak tempat teduh.
2. Bila dah bercambah empat daun boleh pindah ke polibeg. Siram waktu pagi dan petang.
Ads
3. Bila pokok dah membesar buat pancang dan juga ikat dengan tali rafia supaya pokok boleh menjalar. Saya letak 2 tempat, ikat pokok dengan tali rafia di bawah khemah kanopi & di depan halaman rumah.
Pokok sebelah kiri yang kena cahaya lebih cepat membesar
4. Bila banding 2 lokasi pokok, di depan halaman membesar & berbuah lebih banyak. Di bawah kanopi kawasan agak panas, pokok yang kurang cahaya lambat membesar.
Ads
Pokok di halaman rumah sebelum pasang sun netting.
5. Untuk baja saya guna jenama Chitosan, tabur 1 sudu setiap 2 minggu. Di kawasan rumah banyak siput babi, jadi beli racun siput jenama Siputox, tabur waktu lewat petang, esoknya banyak siput yang mati.
6. Untuk elak pokok layu akibat panas boleh guna auto drip watering, letak botol 1.5L, titisan air boleh dilaraskan.
Hasil tanam sendiri memang memuaskan dan seronok bila petik & makan hasil tanaman sendiri.
Sama ada di kawasan rumah atau di sekitar tempat kita bekerja mesti akan ada kucing jalanan atau tanpa tuan. Bagi pencinta kucing melihat binatang ini mengiau minta makanan memang tak sampai hati.
Supaya kucing terbiar ini tak kelaparan, korang boleh DIY cat feeder ini dari botol air mineral ini. Cuma beli makanan kucing dan letak di supaya binatang ini sentiasa ada makanan.
Letak di tempat yang ada kucing terbiar. Nak buat untuk kucing di rumah pun boleh juga.
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 biji botor air mineral 10 liter
Cable tie
Gam
Cara membuat
1. Ambil satu botol untuk isi makanan, tebuk bahagian bawah botol ini anggaran 5cm panjang & 3cm lebar untuk makanan turun.
2. Kemudian guna satu lagi botol untuk takung makanan. Potong dan ambil bahagian bawah saja lebih kurang 4cm-5cm tinggi dari bawah.
3. Kemudian potong pula sikit di bahagian yang kita nak sambung pada botol tinggi isi makanan.
3. Boleh sambung guna cable tie. Kalau nak lagi cantik boleh pakai super glue. Siap.
Sekarang dah tiada masalah lagi untuk membantu kucing jalanan di luar sana. Selamat beramal.
Hidangan cheezy potato wedges atau cheezy wedges ini memang ramai yang suka. Bukan kanak-kanak saja, mak pak pun sama.
Nak buat sendiri pun memang boleh cuma rasanya tak sama dengan yang kita beli. Sebabnya nak buat kentang ini ada cara tersendiri. Bukan terus goreng saja.
Dikongsi oleh Salimah Olie, ini rahsia buat kentang wedges yang rangup di luar tapi lembut di dalam. Rahsianya adalah kentang ini wajib dikukus dulu. Selebihnya boleh ikut cara yang dikongsi.
Buat sendiri potato wedges
Rangup di luar, lembut di dalam. Ada rahsia dia ye nak bagi rangup bila goreng tu, wajib kukus dulu ubi kentangnya.
Bahan-bahan:
4 biji kentang – tak kupas kulit pun boleh, tapi pastikan basuh bersih
Mixed herb
Lada sulah
Garam
Tepung
Bahan sos:
3 sudu besar serbuk cheese nacho – bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga jadi sos.
Cara membuat
1. Kentang dipotong wedges. Kukus agak-agak lembut dalam 5-7 minit.
2. Letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Goncang biar sebati.
3. Taburkan pulak tepung jagung, gaul sebati.
4. Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing.
5. Hidangkan bersama cheezy sauce. Tambah mayones pun sedap.
Nak beli serbuk cheezy tu kat Shopee boleh klik SINI.
Bagi yang punya laman luas atau kebun, rumput dan lalang yang meninggi memang masalah. Kalau dibiar lama kerja memotong rumput lagi ambil masa. Tapi nak tak kena buat supaya tak jadi ‘hutan’.
Bagi yang ada ‘misi’ potong rumput di laman atau kebun, tip yang dikongsi oleh Airiel Ibnu Sufian boleh dipraktikkan jika menggunakan mesin rumput.
7 tip potong rumput
Mesti ramai yang geram tengok rumput laman sendiri dan nak potong tapi belum dapat buat atas sebab-sebab tertentu.
Berikut saya share beberapa tip yang boleh korang guna masa potong rumput/menebas menggunakan mesin rumput.
1. Bila nak guna Tali/Nylon?
– Untuk yang nak potong rumput biasa atau rumput tebal yang tak tinggi dari paras lutut, seeloknya pakai tali/nylon saja.
– Kalau dalam satu kawasan hanya ada rumput/tumbuhan lembut sahaja. Kalau semak jenis berkayu, better pakai mata pisau.
– Tali/nylon banyak jenis, pilihla ikut cita rasa. Trial and error sendiri sebab susah nak explain effect dia macam mana bila guna lain lain jenis tali.
2. Kelebihan pakai tali/nylon
Mudah nak potong di celah-celah bucu dinding/pangkal pokok/permukaan sempit. Tak merosakkan objek sekeliling sangat (kalau permukaan lembut rosak jugak – so, hati-hati)
3. Bila nak guna mata pisau?
Untuk semak samun macam dalam gambar di atas, memang elok sangatlah pakai mata pisau. Jenis mata pisau pulak boleh dipelbagaikan mengikut keperluan.
4. Mata pisau biasa – tak lebar
Ini khas untuk semak berkayu tapi tak heavy. Harga dekat hardware bawah RM10 je. Mudah bengkok. So, kalau semak yang hardcore, anggap salah pakai buang. Sebab lepas settle buat kerja confirm bengkok/sumbing dah pisau.
5. Mata pisau tebal & lebar
Ini untuk semak level atas sikit dari no 4. Semak berkayu atas paras peha. Saiz kayunya pun dah lebar 3-4 jari. Setakat batang ubi kayu potong macam kemuncup saja. Takde hal. Tapi hati-hati kalau bilah dah bengkok/sumbing sikit sebab dia mudah ‘melibas’ batang kayu ke betis kita. Ini cerita atas pengalaman sendiri. Betis dah jenuh lebam bantai dek batang kayu terpelanting.
6. Mata 3 (Bentuk bintang tapi 3 mata)
Ni otai segala pisau. Sapa lu mau langgar? Lu kasi tau.. Ini mata takda kasi can punya!
7. Mata bulat (macam circular saw punya mata)
Nak tebas semak, kurang sesuai. Kalau guna untuk tebang buluh, sesuai. Tapi be extra careful sebab kalau tak pegang kuat rod mesin, kita boleh terhayun rod bila mata pisau lekat dan membuatkan situasi extremely bahaya especially kalau ada orang lain sekeliling.
Inilah sedikit sebanyak tips yang dapat dikongsi. Bab ketar-ketar satu badan lepas mesin tu, normal. Jangan risau. Bila dah biasa main mesin rumput ni, ketar tu dah makin kurang.
Gambar: Tanah yang dah terbiar lebih 7 tahun. 12 hari ambil masa untuk habiskan menebas. Keluasan: Suku ekar.