Bahagian dapur terutamanya jenis kaca memanglah tempat yang susah nak pastikan sentiasa bersih. Kalau cuba bersihkan pun tetap akan ada kesan minyak dan hitam walaupun guna sabun.
Tapi ada cara yang boleh dipraktikkan untuk pastikan dapur tempat memasak ini bukan saja bersih tapi berkilat. Menariknya cara yang dikongsi oleh Idel Hayarnulis ini tak gunakan air pun. Apa yang diperlukan hanyalah tepung gandum saja.
Bagi yang nak mencuba boleh ikut perkongsian ini.
Cuma tabur tepung
Tabur tepung pada bahagian permukaan dapur kaca kemudian gosok dengan tangan. Tak perlu letak air.
Kemudian lap dengan kain bersih, terus nampak dapur bersih berkilat.
Selamat mencuba
Sumber Idel Hayarnulis
Formula Mudah & Cepat Hapus Serangan Perosak Tanaman, Buat Air Semburan Bawang Putih & Cili Api
Kalau tanam pokok sayur di rumah selalu akan kena serangan perosak. Sama ada aphid, teritip atau white fly. Jika dibiarkan memang tak hidup tanaman kita dan penting ia kena segera dihapus supaya tak terjangkit pada tanaman lain.
Salah satu cara cepat, mudah namun berkesan untuk hapuskan perosak ini adalah dengan menggunakan membuat air semburan menggunakan bawang putih dan cili api. Jika terkena semburan ini sekejap saja perosak ini mati. Cara untuk membuat air semburan ini dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Guna bawang putih & cili api formula mudah hapus perosak
Pagi-pagi orang blender bawang putih dan cili api. Tapi bukan untuk breakfast, untuk buat kawalan perosak secara organik. Nak spray pada semua tanaman yang ada di rumah ni. Formula ni sangat mudah dan cepat. Namun bila kena pada perosak, mati kering semuanya
Cara buat pun sangat senang. Guna bahan yang ada di dapur saja.
1. Sediakan bahan berikut;
-Bawang putih : 1 ulas
-Cili api : 3-5 biji
-Air kosong : 1 liter
(Untuk hari ini, saya buat untuk kapasiti 5 liter. Jadi guna 5 ulas bawang putih dan 20 biji cili api).
2. Masukkan cili api bersama tangkainya sekali dalam blender. Masukkan juga bawang putih yang telah dikupas. Tujuannya supaya ia hancur sekata.
3. Masukkan air pada paras separuh blender. Kisar hingga hancur lumat.
5. Tapis dan tuangkan pati bawang putih dan cili api ke dalam alat penyembur. Tambahkan air untuk cukupkan 5 liter.
6. Boleh campur sekali dengan mol lain. Untuk hari ini, saya campur sekali dengan mol ikan (5 ml / liter air) dan mol batang pisang (3 ml / liter air).
Kacau hingga sebati dan biarkan 2-3 minit.
7. Gunakan spray kabus dan spray pada bawah dan permukaan daun. Pastikan semua bahagian daun kena untuk menjamin keberkesanannya.
8. Boleh ulang 2-3 kali seminggu berdasarkan tahap serangan perosak.
9. Untuk semburan 2-3 kali seminggu, tak perlu tambah mol lain. Campuran bersama mol memadai 1 kali je seminggu. InsyaAllah, hasil tanaman terkawal daripada perosak yang serius.
Semoga bermanfaat
Sumber: Azuan Abdullah
Selain Pokok Ular, 5 Tanaman Ini Juga Mampu Bersihkan Udara Dalam Rumah
Baru-baru ni ramai yang berkongsi kelebihan menanam pokok ular atau lidah ular dalam rumah. Ia mampu membersihkan udara dalam rumah secara semula jadi kerana melepaskan karbon diaoksida waktu malam dan menukarnya kepada oksigen.
Bagi yang tiada air freshner setidak-tidaknya pokok ini mampu memberi udara yang lebih bersih dalam kediaman.
Ini yang diviralkan tapi sebenarnya ada lagi beberapa jenis pokok yang boleh kita tanam dan letakkan dalam rumah untuk fungsi yang sama. Malah ada antara pokok ini mampu menyerap racun dalam udara dalam kadar yang tinggi.
Pokok-pokok ini juga hijau dan cantik untuk menyerikan kediaman, jadi daripada tanam pokok bunga yang kita tak tahu manfaatnya lagi elok tanam yang ini.
1. Pokok sirih gading
Pokok yang dikenali juga sebagai Devil’s Ivy ini kalau diperhatikan selalu ditanam dalam pejabat. Sangat cantu kalau diletakkan dalam pasu kecil. Ia menyerap fomaldehyde dan toksin berbahaya yang lain.
2. Aloe Vera
Selalu kita tanam pokok ini di luar rumah. Kegunaanya yang kita tahu untuk kecantikan kulit saja. Tapi ada lagi kebaikan pokok aloe vera ini. Kalau diletakkan dalam rumah ia mampu membunuh bahan kimia berbahaya di udara seperti benzena. Daripada terbiar di halaman bawa masuk dalam rumah ya.
3. Monstera deliciosa
Daun pokok ini memang cantik. Sangat bermanfaat jika diletak dalam rumah kerana mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.
4. Dracaena
Spesies dracaena (sanderiana dan marginata) menjadi penapis kepada udara yang berkuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah.
5. Spider plant
Kelebihan meletakkan spider plant dalam rumah ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.
Sumber: Tips Hias Rumah
Cara Cuci Tangki Steam Iron Yang Berkarat. Mudah & Boleh Buat Sendiri
Seterika wap atau steam iron ini memang banyak fungsi yang memudahkan kerja menggosok baju.
Tapi bila dah lama menggunakannya akan muncul masalah tangki seterika yang berkarat. Untuk atasi masalah ini, ramai yang pilih hantar ke kedai untuk servis, walhal kita boleh saja mencucinya sendiri.
Dikongsi oleh Repair Iron Bangi boleh guna langkah yang ditunjukkan ini jika ingin mencucinya sendiri di rumah.
Cara cuci tank iron yang berkarat
Sementara repair iron saya record video ni. Jika tahu cara dan bahan yang nak guna, senang je nak cuci.
1. Pertama sekali tanggalkan tank dari tapak menggunakan bagi mengelakkan terkena air ketika proses mencuci dijalankan.
2. Tutup saluran air di bahagian bawah tangki supaya air tak terkeluar.
3. Kemudian masukkan pencuci tangki steam iron sebanyak 2 liter di dalam tangki seterika.
Pencuci tangki ini boleh dibeli di Shopee. Klik SINI
4. Biarkan bahan pencuci di dalam tangki selama satu jam.
5. Selepas satu jam keluarkan air pencuci tadi daripada tangki seterika hingga habis ke dalam bekas.
6. Apabila tangki sudah kosong, tuang air panas bagi membilas untuk membuang baki kotoran. Goncang-goncang tangki supaya semua kotoran keluar.
7. Selesai membilas bolehlah pasang kembali tapak tangki dan sedia untuk digunakan semula.
Selamat mencuba.
Sumber: Repair Iron Bangi