Kalau ada ruang atau laman kosong di rumah walau sedikit, apa kata manfaatkan untuk tanam cili.
Memang berbaloi memandangkan cili ini hampir saban hari kita gunakan dalam masakan. Jika nak cuba tanam, praktikkan tip berikut supaya pokok subur dan elok hasilnya. Tip dikongsi oleh usahawan tani, Coach Bahar.
Tip ringkas tanam cili di rumah
1. Pilih tempat yang dapat pencahayaan yang baik. Jika tempat redup menyebabkan nanti pokok cili kita tinggi dan berbuah kecil.
2. Anda boleh menanam di tanah atau di dalam pasu dan kini ada teknologi fertigasi.
3. Kalau guna pasu 16 x 16 boleh pokok cili hidup 6 bulan. Medium campuran tanah merah campur tanah hitam dan pasir.
4. Tanaman terus ke tanah mungkin akan bermasalah kerana tanah biasanya tak subur. Jika nak tanam juga terus ke tanah, gemburkan dulu dan rawat dulu tanah dicampur kapur dan ditaburkan dengan baja tahi ayam.
Ads
5. Selepas semai benih, masa memindahkananak pokok cili adalah antara berumur 3 – 4 minggu. Pindahkan anak pokok cili pada waktu petang. Bukan tak boleh pindahkan anak pokok waktu tengah hari. Takut terkejut dan mungkin anak pokok layu dan seterusnya mati.
6. Masa yang sesuai untuk menyiram pokok cili adalah pada waktu pagi dan petang. Pokok cili hendaklah disiram 2 kali sehari. Tapi jika gunakan sistem fertigasi, siraman dibuat secara automatik 4 – 5 kali sehari.
Biasanya 250ml setiap kali siraman. Bermula jam 8 pagi dan selang dua jam. Ianya bergantung pada saiz pokok dan cuaca.
7. Jangan tanam pokok pada lopak yang bertakung. Jika air luar terlalu banyak mungkin menyebabkan kulat.
8. Jika gunakan pasu atau polybeg, kayu pancang perlu dipasang lebih awal supaya akar tidak rosak jika dibuat pada umur matang. Kayu pancang dibuat adalah mengelakkan pokok tumbang bila berbuah lebat.
Ads
9. Gunakan baja organik seperti baja tahi ayam dalam masa pembesaran pokok. Jika gunakan baja kimia kena ikut sukatan. Jika terlalu lebih pun mungkin pokok akan mati.
Jika dibuat secara manual, pembajaan dibuat 2 minggu sekali.
10. Kehadiran semut mungkin merosakan pokok. Biasanya white fly juga akan membantutkan pembesaran pokok. Boleh gunakan baja organik iaitu campuran air dengan bawang putih.
Ads
11. Jika musim hujan, pokok perlu kerap diracun. Racun untuk mencegah bukan untuk mengubat. Waktu paling sesuai untuk meracun adalah waktu senja.
12. Cili matang bila 70% cili berkilau dan berwarna merah. Waktu paling sesuai untuk memetik adalah selepas 9 pagi ke atas kerana embun sudah kering.
13. Jangan biar cili basah. Jika nak disimpan lama, keringkan cili dulu. Jika buah telah dipetik, baja perlu cepat diberikan pada pokok semula.
Dalam masyarakat Melayu, kita diturunkan banyak petua daripada nenek moyang zaman dulu. Termasuklah petua bila makan durian yang kita ini sedang musimnya.
Selepas makan durian kita disuruh minum pula air dari pangsa buah durian. Meski zaman dulu tiada kecanggihan teknologi untuk membuat pelbagai kajian tapi hairannya mereka tahu akan khasiat dari pangsa buah durian itu sendiri.
Perkara ini diakui oleh Dr Suri Roowi dalam satu perkongsian beliau.
Biasanya sebahagian kita akan meminum air guna PANGSA DURIAN selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.
Mungkin ada benarnya. Kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis BUAH, menunjukkan bahan khasiat tinggi dalam dalam kulit buah khususnya ari buah.
Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science 3 ( 2015 ) 255 – 261 menunjukkan kulit durian bersifat antikencing-manis.
Kulit durian juga kaya dengan enzim semula jadi contohnya poligalakturonase. Justeru minumlah air guna PANGSA durian selepas makan durian.
Lebih elok jika PANGSA durian diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum. Selamat mencuba
Cara buat tiramisu sebenarnya mudah saja rupanya… Ramai sangka ia renyah tapi langkah membuat pencuci mulut yang sedang viral dan dicari-cari ketika ini cukup ringkas.
Memandangkan ramai mencari cari resipi tiramisu apa kata gunakan perkongsian Ina Azlina sebagai panduan. Resipi tiramisu ini menggunakan keju mascarpone yang dikatakan lebih enak.
1. Bancuh kopi dengan air panas hingga larut. Kemudian tambah air sejuk dua cawan. Ketepikan seketika.
2. Satukan bahan B iaitu keju mascarpone bersama gula aising. Putar hingga sebati kemudian masukkan whipping cream non dairy. Putar lagi hingga kental. Asingkan seketika.
3. Dalam pengisar, satukan bahan C iaitu keju Tatura, susu pekat, whipping cream non dairy bersama satu cawan susu segar. Kisar sebati.
4. Satukan krim ini dengan krim dari bahan B. Kacau sebati.
5. Untuk melapis, sediakan bekas yang sesuai. Celupkan biskut ladies finger dalam air kopi. Kemudian susun terus dalam bekas.
6. Sendukkan krim yang disatukan tadi lalu ratakan di atas biskut. Percikkan sedikit air kopi di atas lapisan krim tadi.
7. Ulang proses celup biskut dan susun. Kemudian ratakan krim di atasnya.
8. Simpan tiramisu ini di dalam peti sejuk semalaman.
9. Taburkan serbuk kokok sebelum dimakan. Hidangkan Ketika sejuk, memang sedap.
Minyak tumpah atas karpet memang akan meninggalkan kesan yang nyata serta melekit bula dipijak. Jika tidak dibersihkan, minyak akan terus melekat pada karpet menyebabkan bau dan tompokan pula.
Satu tip berkesan untuk membersihkan tumpahan minyak pada karpet ini tanpa ada kesan adalah dengan menggunakan tepung.
Langkah bersihkan minyak tumpah pada karpet
1. Mula-mula, taburkan tepung pada permukaan karpet yang terkena tumpahan minyak (boleh guna apa-apa jenis tepung).
2. Selepas itu, biarkan saja, tunggu sampai tepung menyerap minyak.
3. Kemudian, kais tepung yang yang sudah terserap minyak dengan menggunakan senduk atau sudip dan terus buang.
4. Akhir sekali, bersihkan lebihan tepung yang tak terserap minyak dengan menggunakan penyapu atau lebih mudah, sedut dengan pembersih vakum. Siap.
Hasilnya…
TIP EKSTRA
Selain minyak, tepung juga berkesan untuk membersihkan cecair seperti minyak dan kicap pada lantai. Kaedahnya sama cuma taburkan tepung pada cecair yang tumpah dan biarkan ia meresap pada tepung.
Kemudian boleh bersihkan gumpalan tepung dengan cara mengelap menggunakan kain. Cara ini lebih bersih dan mudah berbanding menggunakan mop.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...