Rasanya yang enak, manis dengan sedikit rasa masam selain penuh khasiat menyebabkan ramai yang cuba menanam blackberry di rumah, ada yang berjaya dan ada yang gagal.

Berpengalaman menanam pokok ini di dalam pasu di sekitar rumah, Pyan Sempoy berkongsi tip untuk bagi yang ingin cuba menanam blackberry.

Tip tanam blackberry dalam pasu

Tip Tanam Pokok Blackberry Dalam Pasu, Pilih Jenis Ini Supaya Mudah Berbuah & Tahan Lasak

Jika mahu menanam pokok blackberry dalam pasu carilah variety yang sudah terbukti mudah berbuah & tahan lasak dgn iklim di Malaysia. Saya syorkan variety Prime Ark Freedom (tak berduri) & Black Butte (berduri).

Tip Tanam Pokok Blackberry Dalam Pasu, Pilih Jenis Ini Supaya Mudah Berbuah & Tahan Lasak

Bila dah pokok, boleh ikut tips yang saya kongsikan kat bawah.

1) Pilih pasu yang g besar berdiameter 40cm ke atas.

Ads

2) Guna media tanam yang sangat gembur. Contoh saya guna tanah hitam sawit + topsoil atau tanah bekas + cocoapeat + sekam mentah + sekam bakar + kompos rumput.

Tip Tanam Pokok Blackberry Dalam Pasu, Pilih Jenis Ini Supaya Mudah Berbuah & Tahan Lasak

3) Letak tempat yang kena cahaya matahari penuh (minimum 5-6 jam sehari).

4) Siram air secukupnya. Tak lebih atau tak kurang.

Ads

Tip Tanam Pokok Blackberry Dalam Pasu, Pilih Jenis Ini Supaya Mudah Berbuah & Tahan Lasak

5) Baja kena cukup & konsisten. Ini yang saya lakukan;
– NPK 16.16.16 setiap 2-3 minggu sekali
– Mol buatan sendiri dari sisa dapur disiram seminggu sekali
– Baja tahi kelawar atau lain-lain yang organik sebulan sekali
– Baja MKP (Monopotassium Phosphate) 2 minggu sekali (tabur + sembur). Guna baja ini bila pokok dah betul-betul subur & ready berbunga (3-4 bulan ke atas).

Tip Tanam Pokok Blackberry Dalam Pasu, Pilih Jenis Ini Supaya Mudah Berbuah & Tahan Lasak

Ads

6) Kawalan serangga perosak / kulat secara konsisten 1-2 minggu sekali. Saya guna s-trex & cuka kayu selang seli, bila dah ada buah saya cuma guna cuka kayu sahaja.

Tip Tanam Pokok Blackberry Dalam Pasu, Pilih Jenis Ini Supaya Mudah Berbuah & Tahan Lasak

Semoga bermanfaat.

Sumber: Pyan Sempoy

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI