Baru-baru ini Tun Dr. Mahathir Mohamad dinobat sebagai lelaki paling dikagumi di Malaysia. Ia berdasarkan atu kaji selidik dilakukan oleh firma penyelidikan YouGov di United Kingdom.
Tapi siapa pula bagi kategori wanita? Orangnya tak lain tak bukan adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut firma yang mengeluarkan kaji selidik individu paling berpengaruh di seluruh dunia itu, selepas Siti Nurhaliza, Tun Dr. Siti Hasmah dan Neelofa menduduki tempat kedua dan ketiga sebagai wanita paling dikagumi di Malaysia.
Sememangnya ketiga-tiga individu ini mempunyai sisi yang kuat untuk dikagumi. Siti Nurhaliza dengan pencapaian dalam bidang hiburan di dalam dan luar negara.
Siti Hasmah pula sudah tentunya kerana latar belakangnya sebagai isteri bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sementara Neelofa pula kerana popularitinya sebagai pelakon, pengacara dan juga usahawan tudung berjaya.
Turut tersenarai adalah pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof di tempat ke 10 dan Fazura di tempat ke 14 wanita paling dikagumi di Malaysia.
Sumber: YouGov
12 Tip Simpan Duit Yang Dipraktikkan Golongan Jutawan
Media sosial memberi gambaran rumah besar, kereta mahal, barangan mewah tentang maknanya menjadi orang yang kaya, berada atau jutawan.
Tapi sebenarnya kebanyakan mereka yang berada atau kaya memilih hidup seperti orang biasa. Apa yang membezakan adalah cara mereka menguruskan kewangan. Berikut adalah 12 tip jimat wang yang kebanyakan jutawan praktikkan.
1. Peraturan 24 jam
Golongan berada atau jutawan biasanya mengambil masa sehari atau 24 jam untuk memikirkan tentang pembelian barang bukan keperluan. Keesokannya hari bila fikiran sudah tenang barulah mereka buat keputusan.
2. Jauhi hutang
Tak suka berhutang, pembelian mereka adalah melalui tunai banding menggunakan kad kredit.
3. Set bajet dan ikut!
Biasanya mereka yang bergelar jutawan mengikut peraturan 50/30/20 iaitu 50 peratus bajet untuk keperluan, 30 % untuk pembelian peribadi dan 20% simpanan.
4. Sanggup berbelanja untuk pelaburan
Contohnya pada golongan ini membeli baju cantik untuk berjumpa klien adalah lebih baik dari membeli baju mahal untuk berlibur. Begitu jua dengan pembelian komputer riba yang bagus.
5. Sangup berbelanja untuk perkara jimatkan masa
Golongan ini tidak kisah untuk berbelanja pada perkhidmatan yang membantu mereka menjimatkan masa dan mengurangkan stres.
6. Pengalaman lebih berharga
Mereka yang bergelar jutawan akan sentiasa mencari cara untuk menambah pengalaman. Namun ia tidak pula ditunjukkan kepada dunia melalui media sosial. Mereka biasanya memilih untuk percutian yang lebih mencabar.
7. Selesaikan hutang cepat
Mereka mahu menyelesaikan hutang secepat mungkin supaya jelas dengan keadaan kewangan sebenar agar tidak terdorong untuk berbelanja sesuka hati.
8. Ada senarai pembelian
Walaupun memiliki banyak wang dan boleh berbelanja sesuka hati tapi golongan ini tetap mempunyai senarai apa yang mahu dibeli dan membelinya pada waktu jualan murah.
9. Tak kisah berbelanja untuk sihat dan bahagia
Jutawan tidak kisah berbelanja besar untuk hobi mereka asalkan ia menggembirakan mereka dan tidak menjejaskan kewangan.
10. Set hari tidak berbelanja
Mereka mengehadkan perbelanjaan pada hari-hari tertentu kecuali jika ada kecemasan.
11. Simpan baki
Tak kira sedikit mana pun baki, waima syiling simpanlah. Ibarat kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
12. Baiki dulu sebelum buang
Walaupun ada banyak duit tapi mereka bukanlah orang yang suka membazir. Apa yang rosak cuba dibaiki dulu, sebelum dibuang apabila tak boleh digunakan lagi.
Bersungguh Kuruskan Badan Nak Nampak Cantik Tapi Zulin Aziz Pasrah Tak Jadi Kahwin
Melalui instagram, pelakon Zulin Aziz berkongsi momen dia mencuba gaun pengantin. Ada juga video dia berbincang dengan perancang perkahwinan mengenai majlis perkahwinan. Hal ini menyebabkan ramai yang menyangka Zulin bakal menamatkan zaman bujangnya.
Pun begitu, Zulin mendedahkan yang dia tidak jadi berkahwin kerana hubungannya dengan lelaki yang dikenali sejak tahun lalu telah pun berakhir. Mengakui hatinya hancur, namun Zulin berusaha untuk melalui hari-hari dengan lebih tabah.
“Saya bersungguh-sungguh kuruskan badan sebab nak nampak cantik di hari perkahwinan nanti. Kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang. Sebabnya tidak dapat saya kongsi. Terlalu peribadi. Hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu.”
Bukan gimik murahan
Terima kasih pada semua yang mendoakan/ Ucapan tahniah itu membuat hati saya ? Untuk apalah saya nk buat gimik? Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya.
Saya dah bersedia, itu doa dalam tahajud
Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu.
Ya,saya sudah bersedia.Itulah doa dalam tahajud saya,ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.
Akhirnya saya diketemukan dengan dia. Dia menerima saya apa adanya. Saya sangat bahagia. Saya bersungguh2 kuruskan badan sebab nak nampak cantik di hari perkahwinan nanti.
Saya cipta lagu untuknya sebagai penghargaan
Kerana menghargai kehadirannya dan kesungguhannya menyunting saya untuk dijadikan isteri,saya ciptakan lagu khas buatnya.Saya nak buat kejutan dihari bersejarah itu nanti.
Segalanya sudah dirancang kemas,tinggal lagi dia dan keluarganya datang kesini seperti yg dijanjikan.Saya pun sudah sering berulang alik kesana kemari.
Lagu pun dah siap,tak sabar saya nak bagi dia dengar.Saya tulis lagu ni sepenuh hati saya tau.
Hubungan gagal, hati saya hancur
Kita hanya merancang tapi Allah sebaik2 perancang.
Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang.Sebabnya ..tidak dapat saya kongsi.terlalu peribadi.hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu.Jadi lagu yang saya dah cipta penat2 tu utk apa?nak buat apa?saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian.saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan skrg dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain.
Saya teruskan juga, semoga esok ada pelangi
Benda pun dah siap,bersusah payah saya buat,saya keluarkan duit sendiri,takkan saya nak simpan saja.saya ambil jalan ini untuk teruskan juga.Tak apalah,Jadi Saya buat music video.Saya gantikan dengan sesuatu yang baru.
Terima kasih yang mendoakan dan memberi saya kata2 semangat.Bukan mudah,saya perlukan masa nak hadap semua ini.Tapi bila saya baca cmmnt anda semua,saya sangat bersyukur sebab ramai yg sayangkan saya.
Semoga urusan ini dipermudahkan.Saya cuba menjadikan kegagalan ini sebagai kejayaan disudut yang lain.
Manalahtau harini saya meredah hujan,esok saya nikmati pelangi..
Maafkan saya???
Dan lelaki dlm gambar ini designer saya,bukan sidia. #danketikaitu
Tabah ya Zulin. VK doakan ada lelaki yang ikhlas, baik dan benar-benar ingin memperisterikan Zulin. Cepat atau lambat, itu urusan Allah. Sebagai hamba-Nya, kita usaha dan berdoa. Insya-Allah.
Zulin tetap ceria
Pagi tadi, Zulin memuat naik gambarnya tersenyum dengan caption hebat.
Terima kasih semua
Jangan risau saya baik2 sajaInsyaAllah dengan apa yg berlaku ni memberi saya semangat baru ??
VK kagum dengan semangat Zulin. Jangan sesekali ‘down’ ya Zulin. Perempuan hebat untuk lelaki hebat juga! Chaiyoookkk.
Sumber: Zulin Aziz
Sihat Pada Usia 94, Masih Boleh Pakai Pakaian 40 Tahun Lalu. Rahsia Tun M Cuma Ikut Petua Ibu
Sudah berusia 94 tahun hari ini, beliau menjadi Perdana Menteri paling tua di dunia ketika ini. Tapi itu tidak menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui negara. Malah ramai yang kagum dengan tahap kesihatan dan juga tenaga Tun Mahathir yang dilihat begitu aktif selain punya daya fikir tajam.
Tidak dinafikan beliau punya kelebihan sebagai doktor malah punya isteri yang juga seorang doktor tapi pasti ada amalan tertentu yang dilakukan dalam memastikan tubuh badan sihat pada usia menghampiri satu abad.
Menurutnya, tiada rahsia yang diamalkan cuma harus sentiasa mengamalkan hidup sihat.
“Jangan hisap rokok, minum arak dan makan terlalu banyak, itulah tiga perkara yang saya amalkan.
“Lagi satu, dalam soal penjagaan makanan, pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut pun mudah jadi besar,” katanya memetik daripada Sinar Harian Online.
Ikut petua ibu
Dalam pada itu ujar Tun Dr Mahathir hingga ke saat ini beliau masih mengikuti petua ibunya dalam menjaga pemakanan agar berat badan tidak mudah naik.
“Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah.
“Sebab itu, seluar yang saya beli lebih 40 tahun dahulu masih lagi muat,” tambahnya.
Pernah berdepan dengan masalah jantung, Tun Dr. Mahathir turut memberi nasihat agar jaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.
“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi,” katanya.
Sumber: Sinar Harian Online