Bila sebut saja tentang hantaran kahwin, kita semua pasti akan teringat persalinan baju, kasut, beg, jam yang kebanyakannya barang berjenama.

Maklumlah nak dijadikan hantaran, tetamu yang datang akan menilik jadi kenalah barang yang elok dan hebat sikit. Takdelah yang mengecam.

Tapi menurut penulis buku kewangan Azizul Azli Ahmad hantaran sebegini walaupun mahal tapi sebenarnya sudah pun ketinggalan zaman, bukan trend terkini.  Pengantin yang masih menyediakan barangan ini ternyata tak ‘up to date.’

Kenapa? Sebab menurut Azizul semua barang ini adalah barang kehendak. Hantaran kahwin terkini yang sepatutnya disediakan bakal pengantin adalah barang keperluan lepas kahwin!

Ada 10 poin menarik beliau kongsi yang bermanfaat untuk bakal pengantin.

Gubahan hantaran terkini

Jika kita masih buat hantaran kahwin beg tangan, kasut, kek, jam tangan kita dah ketinggalan zaman.

Ini zaman ahmad maslan, hantaran mesti ikut keperluan.

1. Jika nak buat hantaran, mintak pihak pengantin beli barang keperluan. Bukan barang kehendak.

2. Jam tangan Tag Heuer, beg tangan Gucci, pewanggi CK, kasut LV, hp iphone X itu semua adalah kehendak dik bukan keperluan !

3. Itu semua bukan keperluan dalam berumah tangga, beg tangan gucci bukan boleh bantu masak sedap waktu perut sedang lapar.

Beli barang keperluan

4. Mesin basuh, periuk nasik, peti sejuk, seterika baju, tong gas antara keperluan lepas kahwin dik.

5. Tilam Vono atau tilam kawin juga keperluan pengantin, tak ada katil pun tak mengapa. Janji ada tilam dan bantal. Tengah manis nie tidur kat dapur pun tak mengapa.

6. “Takkan nak letak peti sejuk dalam dulang”?. Soalan dari makcik bawang!. Pegilah Seng Heng dan jadikanlah peti sejuk dalam bentuk voucer. Letak gambaq cantik dan pakaikan reben warna warni.

7. “Ishhhh…. Nanti orang gelakkan kita, tak pernah orang buat pun”. Nak bagi orang gelak atau nak hidup bahagia lepas kahwin dik?

8. “Ishhhh… Nanti takdelah gambaq cantik cantik nak upload kat insta”. Hidup kita bukan untuk berkongsi semua benda dengan orang dik, simpan sikit rasa riak tu dalam dalam!

9. Zaman ini zaman keperluan, bukan zaman letak buah plastik dalam dulang lagi dik. Kalau nak habiskan duit buat hantaran, sediakan barang keperluan bukan barang yang orang bangga ambil gambar letak dalam instagram.

10. Jangan kata abang tak payung dik, abang nak adik jadi pengantin bijak dan hebat.

Kalau nak hebat lagi, buatlah replika kunci rumah yang dah beli. Tulis ditengah kunci nama pengantin, “u telah berjaya bukakan pintu hati i”. Jadikan hantaran pengantin baru nanti.

Ha amacam? Betul tak cakap cik Azizul ni? So lepas ni bakal pengantin kena ubah minda bab barang hantaran. Sediakan barang yang memang perlu kita guna selepas kahwin. Usah beli untuk tampak mewah dan menunjuk-nunjuk ok!

 

Sumber: Azizul Azli Ahmad

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: