Bagi ibu bapa yang sudah ada punya dua atau tiga orang anak mungkin sudah berpengalaman memandikan bayi yang baru lahir. Tak jadi masalah.
Tapi yang baru pertama kali bergelar papa dan mama rutin memandikan bayi ini boleh jadi sesuatu yang mencabar dan perlu ditangani dengan lembut.
Dalam tempoh masih berpantang ini untuk memandikan bayi ada beberapa adab yang perlu ibu bapa perhatikan.Sebaiknya dipraktikkan sehingga selesai 40 hari berpantang.
1. Cuci dulu kotoran
Ketika ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab.
Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
2. Seeloknya waktu dhuha
Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
3. Mula dari bahagian belakang dulu
Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
4. Gosok lembut
Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
5. Siram perlahan-lahan
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
6. Sebaiknya bapa
Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, boleh berzikir dalam hati Ya Latif, Ya Hadi.
7. Elak bahagian muka
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
8. Hati-hati bahagian pusat
Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
9. Lap sampai kering
Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala seterusnya ke bahagian badan.
Sayur brokoli memang jadi kegemaran ramai, sebab ia rangup, enak dan banyak khasiat. Kalau ke pasar brokoli antara sayur yang mesti dibeli.
Tapi bila pulang dan bersihkan sayur ini kita mesti perasan pada permukaan gugusan brokoli yang hijau ada kesan putih seakan lilin.
Kita sendiri tahu untuk memastikan sayur-sayuran segar sudah pasti ada penggunaan bahan kimia dan racun digunakan.
Menyedari perkara ini, Salmy Saznira berkongsi cara yang dilakukan untuk membersihkan kesan putih pada brokoli agar kita tak lagi rasa was-was untuk menikmati sayur ini.
Warna putih seakan lilin
Dulu Kak Mie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.
Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu. Ada perasan tak?
Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ.
Tu la Kak Mie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.
Bersih guna 3 bahan dapur ini saja
Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. Insya-Allah.
Cuba rujuk video kat bawah. Kak Mie ada buat eksperimen.
– Brokoli (kiri) sebelum direndam. – Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli (racun lilin dah hilang).
Dah beberapa hari mengundi, dakwat kat jari mesti belum hilang lagi kan. Makin lama, dakwat ini akan jadi berkeruping dan jari terasa kering, tak selesa.
Bagi yang mementingkan kekemasan dan kecantikan, mesti tak suka tengok keadaan jari yang begini. Kalau boleh nak cepat hilang.
Sebenarnya cara nak hilangkan dakwat mengundi pada jari ini senang saja, 10 minit saja jari dah bersih. Caranya dikongsi oleh pengguna Twitter Izz Sofea. Cuma sediakan krim jenis ini dan ikut langkah berikut.
Cara hilangkan dakwat mengundi yang kering berkeruping
Geram lah jari celup undi tu makin kering berkeruping. Nasib dah jumpa cara nak hilangkan, tak sampai 10 minit dah tanggal kerak hitam kat jari tu.
Cara ini senang dan tak renyah and paling penting tak dry kan skin tau.
1. First korang kena sediakan krim Veet (hair removal cream).
2. Kemudian sapu krim ini pada jari dakwat yang kering dan biar dalam 5-6 minit.
3. Lepas tu boleh boleh sental atau scrub untuk tanggalkan dakwat.
4. Boleh juga gunakan micellar water untuk lebih mudah tanggal dakwat ini dengan lebih mudah tanpa rosakkan kulit jari.
Selain itu boleh juga guna cara di bawah, tapi pastikan kulit anda bukan jenis sensitif.
Nanas antara superfood yang disaran makan kalau boleh setiap hari kerana vitamin C yang terkandung di dalamnya. Sebab itu berbaloi sangat kalau kita menanam buah ini di rumah terutama nanas MD2 yang kita tahu manis sangat rasanya.
Malah ia antara pokok buah yang boleh ditanam dalam pasu. Jika berhajat untuk menanamnya boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Azuan Abdullah.
Cara tanam nanas MD2 dalam pasu
Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je. Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci.
Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ini kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir.
Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paling penting. Kita nak media yang peroi dan poros.
Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, lembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk atau reput pangkal.
Anak benih saya guna sulur gred A. Tinggi anak benih 2 kaki lebih.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...