Salah satu kuih raya yang kena masuk list kena ada atas meja raya adalah Almond London. Memandangkan harga biskut raya pun semakin naik, elok juga kita buat sendiri.
Untuk lebih mudah boleh guna resipi sukatan cawan Erma Azizie. Kata beliau resipi ini dah bertahun-tahun digunakan dan memang menjadi.
Biskut Almond London sukatan cawan
Bahan-bahan:
1 buku butter (250gm)
1 cawan gula halus
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan badam kisar (saya guna badam nib, bakar hingga perang, sejukkan & kisar) – boleh juga guna serbuk badam
1 sudu teh emplex
150 biji badam biji (bakar 10 minit)
Paper cup hitam
Coklat masakan
Pencair coklat atau cocoa butter (teksturnya macam lilin)
Bahan hiasan:
Badam cincang / coklat urai /gula manik
Cara membuat:
1. Pukul butter & gula guna senduk kayu hingga sebati.
2. Kemudian masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, emplex dan badam kisar.
Ads
3. Uli sampai jadi doh.
3. Bila dah jadi doh, ambil sedikit gentel kecil-kecil. Ratakan dan masukkan badam sebiji kemudian tutup dan gentel jadi bentuk bulat lonjong.
Ads
4. Bakar selama 15 minit 160° ikut oven masing-masing. Dah masak sejukkan.
5. Cairkan coklat guna kaedah double boil & ditambah sedikit pencair coklat.
Ads
5. Bila biskut dan sejuk boleh celup dalam coklat & masukkan dalam cup lalu hias guna manik / gula urai.
6. Akhirnya sekali masukkan sebentar biskut dalam peti sejuk, supaya coklat cepat mengeras. Kemudian boleh simpan dalam balang. Siap!
INFO
-Tujuan guna pencair coklat adalah supaya coklat tak lekat terlalu banyak pada biskut & bila dah keras, permukaan coklat akan lebih licin.
-Dicadangkan menggunakan paper cup berwarna hitam, supaya tidak kelihatan comot pada paper cup.
Bagi mangsa banjir kerja membersihkan kediaman yang dinaiki air memang memerlukan kudrat tambah lagi jika air berlumpur.
Bagi yang mempunyai water jet, bekalan air dan elektrik memang lebih mudah. Tapi bagi yang tiada boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Abdul Razak Razali ini.
Cara mudah buang air banjir yang bertakung dalam rumah
Kepada mangsa banjir saya kongsi kan cara mudah untuk buang air yang bertakung dalam rumah.
Bahan yang diperlukan:
1.Baldi – ditebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip
2.Getah paip atau poli pipe.
3.Karung/plastik sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip.
4. Kerusi 2 biji
Cara-caranya:
Masukkan hujung paip dari bawah baldi. Terus masukkan pada lubang plastik sampah tadi dan ikat plastik pada getah paip dengan kemas.
2. Tarik getah paip supaya plastik ada dalam baldi. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah.
3. Letak baldi atas 2 kerusi.
4. Kemudian boleh cedok air banjir tuang dalam plastik dalam baldi tadi. Air akan keluar ikut getah paip dan tak perlu angkut keluar. Pastikan terus kocak air dalam rumah supaya lumpur tak mendap.
6. Bila air habis, lumpur pun tiada sebab semua ikut air. Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.
Boleh juga rujuk lakaran grafik di bawah untuk mudah faham.
Sayur terung antara yang mudah dan selalu ditanam di sekeliling rumah. Nak tanam dalam pasu pun boleh saja.
Tapi walaupun dah berjaya tanam dan subur sering kali juga berlaku, pokok terung berbunga namun asyik gugur, tak lekat dan tak jadi buah.
Sekiranya pokok terung jadi begini perkongsian Rose Aida Salleh ini boleh membantu supaya bunga lekat dan jadi buah.
Teknik pendebungaan manual pokok terung, jika bunga tak lekat jadi buah
Tip untuk yang tanam terung dan berbunga tapi bunga asyik gugur, tak menjadi buah. Cara yang saya tunjuk ini ialah teknik pendebungaan manual terutama untuk kawasan rumah yang tiada serangga untuk proses pendebungaan.
1. Ambil cotton bud, perlahan-lahan sapu pada kelopak kuning dan terus ke stigma hijau kecil yang ditanda dengan garisan hitam.
2. Sekiranya pendebungaan berjaya, bunga akan mengecut seperti ini selepas beberapa hari.
3. Buah pula akan mula keluar beberapa hari kemudian.
Untuk lebih jelas, boleh juga lihat video ini juga.