
Isi Kandungan
Toggle
Satu masalah bila nak tukar stiker road tax adalah bila ditarik akan ada kesan gam yang tertinggal.
Walaupun perkara remeh tapi kesan gam ini dilihat mencacatkan keadaan cermin kereta apatah lagi jika kereta baru.
Agar kesan gam ini tidak bertambah setiap kali menukar road tax dan anda tak stres melihat kesan tersebut, sebaiknya ikut cara yang dikongsi di media sosial ini.
Ia terbukti berkesan menanggalkan stiker road tax dengan mudah!
1. Rendam kain dengan air panas.
2. Letakkan kain tadi di luar cermin kereta, betul-betul pada stiker road tax yang hendak ditanggalkan.
3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.
4. Selepas 5-10 minit. tanggalkan stiker road tax berkenaan perlahan.
5. Dah siap! Stiker road tax tanggal dengan elok tanpa tinggalkan kesan gam.
Selamat Mencuba!
Sumber: FatinBella
Makeover Pintu Rumah. DIY Mudah Sehari Dah Siap

Meskipun ruang tamu siap di deko tapi pintu stor yang biasanya terletak berhampiran dengan ruang ini diabaikan saja.
Yalah, pintu stor saja kan. Tapi sebenarnya jika ubah suai sedikit pun, mampu memberi kesan pada dekorasi kediaman. Lihat saja makeover mudah yang dilakukan oleh Pa’e Faeza untuk pintu stor rumahnya.
Makeover pintu stor

DIY transform pintu stor sebab pintu berada di ruang tamu jadi kenalah elok.
Kayu untuk buat wainscoting beli di hardware saja. Sehari saja dah siap, yang lambat cum cat sebab beli online.
Sebelum buat tetapkan ukuran wainscotting pada pintu, buat lakaran terus supaya senang untuk lekat.
Potong kayu ikut ukuran dan lekat guna gam silicon kayu.
Dah kering barulah dicat, saya guna Jotun stylish grey 7395.
Siap. Nak buat makeover ni pada pintu lain dalam rumah pun boleh juga.
Sumber: Pa’e Faeza
Kalau Buah Dari Pokok Banyak Gugur, Kutip Dan Buat Baja. Ini Caranya, Tak Membazir

Kadang-kadang terasa sayang bila tengok buah dari pokok sama ada jambu, mangga, dan sebagainya jatuh berguguran terbiar begitu saja akibat terlalu lebat.
Daripada terbazir begitu sebenarnya buah yang berguguran ini boleh kita guna semula untuk dijadikan baja cecair yang baik untuk tanaman berbunga dan pokok buah.
Caranya dikongsi oleh Norahim Ibrahim.
DIY baja cecair dari buah-buahan
Hari ni saya kutip buah jambu air yang berguguran di atas tanah untuk dijadikan baja buah.
Baja cecair yang terhasil dari peraman buah-buahan yang dah rosak ini baik untuk tanaman berbunga dan berbuah. Apa-apa jenis buah pun boleh, cuma durian payah sikit sebab kulitnya terlampau keras.
Formula asas untuk hasilkan baja cecair dari buah;
1.Nisbah buah : gula merah = 1:1
Contohnya kalau ada 1kg buah, campurkan dengan 1kg gula merah.
2. Masukkan dalam bekas dan tutup.
3. Peram selama 3-4 minggu. Boleh tambah air jika mahu.
Cara penggunaan
- Ambil 5-10ml air baja campur dengan 1 liter air. Siram ke tanah dekat pokok buah atau pokok bunga.
- Siram 3-4 kali seminggu pun tiada masalah.
Selamat mencuba
Sumber: Norahim Ibrahim
Kalau Ada Petua Cantik Guna 7 Bahan Ini, Jangan Ikut. Tak Selamat Untuk Kulit Wajah

Isi Kandungan
ToggleMasyarakat kita memang banyak petua dan kaum hawa memang gemar mempraktikkanya terutama sekali bila ia berkait dengan kecantikan.
Tapi realitinya tak semua petua yang dikongsi berkesan dan selamat. Ada sesetengahnya menggunakan bahan yang mungkin menyebabkan kesan radang dan hasil yang tidak baik.
Sekiranya ada petua yang menggunakan bahan-bahan berikut sebaiknya hindari dari mempraktikkannya.
1. Baking soda keringkan kulit
Ia mungkin kelihatan seperti bahan skrub yang biasa kita gunakan tapi hakikatnya ia tidak elok diaplikasikan pada kulit kita. menggunakannya secara terus pada kulit muka akan menyebabkan kulit kering dan hilang kelembapan jika digunakan secara rutin.
2. Ubat gigi buat kulit terbakar
Jangan letakkan ubat gigi pada jerawat atau bintik-bintik merah. ia tidak akan membantu, Ini kerana ubat gigi mengandungi bahan seperti peppermint, peroksida, perasa tiruan dan alkohol yang boleh menyebabkan kulit terbakar atau kemerahan.
3. Air panas penyebab jerawat makin banyak
Air panas akan mengeringkan kulit dan merosakkan perlindungan semula jadi kulit. Air ini juga berbahaya pada mereka yang mengalami ekzema, psoriasis atau keratosis. Ia akan menyebabkan jerawat merebak pada mereka yang mempunyai kulit bermasalah.
4. Garam dan gula rosakkan kulit
Pada kulit tubuh, garam dan gula mungkin elok sebagai skrub. Campurkan dengan minyak kelapa dan gula perang untuk menghasilkan skrub bagi tubuh. Tapi awas skrub ini agak kasar untuk digunakan pada kulit muka. Ia menjejaskan kulit wajah yang lembut dan mengambil masa untuk dipulihkan.
5. Krim tangan tak sesuai untuk wajah
Kulit pada bahagian tangan tidaklah sensitif berbanding dengan kulit wajah. Sebab itu kulit tangan tiada masalah bila mengendalikan produk pembersih setiap hari. Tapi kulit wajah tidak begitu.
Sebab itu jika ada petua meminta menggunakan krim tangan pada wajah ia sebaiknya tidak diikuti. Krim ini boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan radang malah alahan.
6. Lemon
Banyak petua yang menyarankan menggunakan lemon untuk menghilangkan bintik hitam, pigmentasi, jeragat dan jerawat.
Apabila mengoles jus lemon pada wajah kesannya cukup mendalam. Minyak yang terkandung dalam buah ini juga bersifat ‘phototoxic’ yang mana akan menyebabkan kulit ‘terbakar jika terus terdedah kepada matahari sejurus selepas menggunakannya.
7. Kulit kayu manis
Banyak petua yang mengatakan serbuk kulit kayu manis cukup berguna untuk merawat jerawat, bintik hitam dan pigmentasi. Tapi ramai yang tak tahu serbuk kulit kayu manis ini adalah panas, ia boleh menyebabkan kulit terbakar, kering dan kemerahan.
Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada kulit wajah yang mungkin mengambil masa untuk dipulihkan.
Lepas ni kalau ada produk yang menyarakankan menggunakan bahan-bahan ini terus pada wajah, sebaiknya fikir dua kali. Bimbang bukan kulit wajah makin elok tapi sebaliknya.
Sumber: Brightside.me