Chicken tenders ini antara makanan kegemaran anak-anak sekarang. Kalau makan di restoren makan segera atau kafe harganya boleh tahan mahal.
Walhal menu ini sebenarnya antara yang cukup mudah jika mahu buat sendiri di rumah. Menggunakan isi ayam boleh buat sekali dengan sos ranch homemade yang sedap untuk dicicah.
Dikongsi oleh Syalfarina Razali, boleh guna resipi beliau untuk menghasilkan chicken tenders yang rangup dan juicy. Malah rasanya boleh jadi lagi sedap dari makan di restoren makanan segera. Jimat pun jimat!
Cara buat chicken tenders dan sos ranch enak
Bahan untuk chicken tenders
½ kg ayam bahagian dada, potong memanjang
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam
Sedikit serbuk mixed herb (jika ada)
Tepung goreng segera (apa-apa jenama)
2 sudu besar tepung beras (campur sekali dengan tepung segera)
Air sejuk (dalam mangkuk berasingan)
Ads
Cara penyediaan
1. Cuci ayam bersih, kemudian gaul semua bahan perapan.
2. Simpan dalam peti sejuk dan perap selama 1 jam untuk rasa lebih meresap.
3. Selepas sejam ambil ayam perap dan buat tiga Langkah ini, celup dalam tepung tepung segera. Kemudian celup air sejuk akhir sekali celup tepung semula. Ulang hingga ayam habis.
Ads
4. Pastikan tepung bersalut sempurna untuk hasil rangup.
6. Goreng dalam minyak panas, 8–10 minit hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Bahan sos ranch
2 sudu besar yogurt (Greek/pure)
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar krim keju (cream cheese)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
2 sudu besar madu ( ikut manis yang disukai)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit serbuk mixed herb
Sedikit daun dill kering (jika ada)
Sedikit perahan lemon
Sedikit susu segar (jika perlu cairkan)
Ads
Cara penyediaan
1. Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Rasa dan sesuaikan ikut selera. Siap!
TIP
Jika mahu hasilkan kuantiti banyak, gandakan sukatan ayam dan simpan frozen.
Chicken tenders ini sesuai juga dijadikan isi wrap, sandwic dan burger.
Buat sendiri patty ayam, senang kita nak buat sendiri burger bila bila masa. Berbaloi, sebab anak-anak pun memang suka makan burger kan.
Tambah pula sekarang harga hidangan burger pun tak murah terutama kalau nak makan sekeluarga. Untuk jimat belanja kita buat sendiri, lagipun bahan-bahannya kebanyakannya memang dah ada di rumah.
Buat sendiri patty ayam homemade
Bahan-bahan
400g isi dada ayam
2 biji kentang
1 btg lobak merah
1 biji telur
1 biji bawang holland
2 sk serbuk lada hitam
2 sk serbuk lada putih
1 sk chilli flakes
1 sk mixed herbs
6 sb tepung ubi kayu
2 sb mentega
Cara membuat
1. Kisar isi dada ayam, kentang, lobak dan bawang dalam ‘food processor’ sehingga halus.
2. Campurkan bahan-bahan lain dalam mangkuk. Uli sebati. Lapikkan acuan di atas kertas pembakar. Kepalkan adunan dan bentukkan ikut acuan.
3. Kemudian, bolehlah kukus sebentar patty yg sudah siap selama 3 minit sebelum di simpan dlm peti sejuk beku.
4. Patty boleh di grill sebentar atas kuali dan sedia untuk dinikmati. Boleh beli roti burger atau gunakan roti keping biasa pun boleh untuk buat hidangan burger homemade. Kita buat dia!
TIP
Simpan patty dalam bekas kedap udara, boleh tahan 2 hingga 3 bulan dalam peti sejuk beku.
Boleh juga tambah bahan-bahan lain seperti keju atau jika mahu lebihkan rasa pedas.
Kuetiau kungfu ini antara hidangan yang selalu makan di gerai. Jarang sangat kita buat sendiri di rumah.
Hakikatnya hidangan kuetiau kungfu ini boleh saja kita buat sendiri dan caranya taklah sesusah mana. Kalau nak cuba boleh ikut caranya dikongsi oleh Akma Abdullah. Bahan-bahan yang digunakan boleh ikut kesesuaian kuantiti kuetiau.
Cara masak kuetiau
Pecahkan telur, masukkan lada hitam, kicap dan masukkan kuey teow. Gaul hingga rata.
Panaskan minyak, goreng kuey teow yang dah digaul tadi.
Angkat dan ketepikan.
Cara sediakan kuah
Seterusnya sediakan bahan untuk kuah seperti berikut;
Isi ayam – potong kecil
Udang
Sotong
Telur
Bawang putih – cincang halus
Bunga kobis
Putik jagung
Lobak merah
Pak choy
Cili padi
Tepung jagung
Sos tiram
Kiub ayam
Lada hitam
Cara masak kuah
Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai kekuningan.
Masukkan ayam dan air, biarkan sampai mendidih dan ayam masak.
Masukkan udang dan sotong.
Masukkan carrot, putik jagung, bunga kobis dan cili padi.
Masukkan sos tiram, kiub ayam, lada hitam dan garam.
Masukkan telur yang dah dikacau, dan gaul dengan cepat.
Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air
Akhir sekali masukkan pak choy. Pastikan kuah tak cair dan tak pekat sangat. Jika cair tambah tepung jagung.
Siap, boleh hidangkan panas-panas dengan cili kicap.
Kalau dalam rumah ramai peminat dodol, elok juga kalau belajar buat sendiri.
Jika nak makan sekeluarga saja boleh ikut sukatan dan resipi yang dikongsi oleh Suzana Nurin Ilham untuk dapat hasil dodol lebih 2KG yang terlajak sedap.
Cara dan bahan pun senang, cuma perlu kacau je. Boleh kacau dalam periuk non stick atau lebih mudah guna periuk Noxxa.
Dodol homemade yang terlajak sedap!
Bila anak puji dodol mana buat sedap, hilang rasa penat kacau dodol. Di sini saya kongsi resipi terlajak sedap.
Bahan-bahan:
1 kilo gula merah + 5 cawan air } satukan, masak, tapis dan biar sejuk
1 kilo santan
500 gm tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
Secubit garam
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan tapis dalam periuk non stick.
2. Kacau selama 1 1/2 jam. Jika guna periuk Noxxa, steam 10 minit dan tekan stirfry kacau sampai masak.
3. Resipi ini boleh dapat 2 kilo lebih dodol. Hasilnya…
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...