Siapa yang tak kenal dengan Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina sekarang. Dia pernah mencatat sejarah bila mendapat keputusan 17 A1 dalam peperiksaan SPM pada tahun 2007.
Melanjutkan pengajian di luar negara sejak usia remaja hingga kini, tak dinafikan bahasa Inggeris Dr. Amalina ini memanglah terbaeek, siap dengan ‘accent’ lagi.
Sebab itulah ramai follower yang mengikuti akaun Twitter bakal pakar bedah ini selalu memintanya berkongsi tip, dan Amalina pula tak lokek menurunkan ilmunya.
Berikut ini adalah empat tip yang dipraktikkan Amalina sejak di bangku sekolah lagi yang membantunya lancar berbahasa Inggeris.
Artikel berkait: Bakal Jadi Pakar Bedah Nur Amalina Kongsi Kisah Bertugas Pada Hari Serangan Pengganas Di Kota London
1. Kena confident, cuba cakap walau pun tak berapa pandai
2. Latih menulis dalam bahasa Inggeris, dulu melalui MSN, Yahoo Mesengger
3. Tengok tv, dengar lagu bahasa Inggeris, 4. Praktis…
Kalau diikutkan, tip Dr Amalina ni mudah saja. Belum terlambat pun kalau nak mula!
Sumber: @DrAmalinaBakri
Cara Tanggalkan Stiker Road Tax Tanpa Tinggalkan Kesan Gam Pada Cermin Kereta
Satu masalah bila nak tukar stiker road tax adalah bila ditarik akan ada kesan gam yang tertinggal.
Walaupun perkara remeh tapi kesan gam ini dilihat mencacatkan keadaan cermin kereta apatah lagi jika kereta baru.
Agar kesan gam ini tidak bertambah setiap kali menukar road tax dan anda tak stres melihat kesan tersebut, sebaiknya ikut cara yang dikongsi di media sosial ini.
Ia terbukti berkesan menanggalkan stiker road tax dengan mudah!
1. Rendam kain dengan air panas.
2. Letakkan kain tadi di luar cermin kereta, betul-betul pada stiker road tax yang hendak ditanggalkan.
3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam berkenaan cair.
4. Selepas 5-10 minit. tanggalkan stiker road tax berkenaan perlahan.
5. Dah siap! Stiker road tax tanggal dengan elok tanpa tinggalkan kesan gam.
Selamat Mencuba!
Sumber: FatinBella
Pernah Hidap Kanser Tahap 4, Kini Makin Sihat Ustaz Hanafi Kongsi Tip Pemakanan Untuk Pesakit Kanser
Tiga tahun lalu pendakwah bebas ini disahkan menghidap kanser limfoma. Kanser Ustaz Hanafi atau Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, sudah di tahap empat ketika itu.
Tapi siapa sangka hari ini dia makin sihat dan terus kuat melakukan aktiviti dakwahnya malah lebih giat daripada dulu.
Bercerita berdasarkan pengalamannya berdepan penyakit kanser, meski pun dugaan penyakit itu cukup besar namun ujar Ustaz Hanafi dia menerimanya dengan perasaan syukur.
“Bila saya disahkan mengidap kanser saya ucap syukur kepada Allah, saya sebut alhamdulillah. Kenapa? Kerana ia akan buat jiwa kita jadi lapang, hati akan jadi tenang.
“Kenapa tak sebut innalillah. Kalau sebut begitu ia baik, bagus. Tapi bagi orang-orang mukmin jiwa mereka redha. Orang ini bila diberi ujian mereka akan bersyukur.
“Syukurlah walaupun diberi sakit kanser, sebab ia mungkin jadi tiket kita ke syurga. Syukurlah walau tangan dipotong, lidah dipotong, pembedahan, radioterapi atau kemoterapi jangan lupa untuk bersyukur.
“Lagi sakit lagi sebut alhamdulillah. Insya-Allah sakit akan disembuhkan.
“Selain syukur, kita kena bersangka baik kepada Allah. Walau Allah beri penyakit kanser, jangan tinggal solat. Walau duduk terbaring di katil, solatlah, tak kisah di mana anda berada. Solat guna isyarat mata pun boleh, baca sekadar yang mampu.
“Ini kerana perkara pertama yang dihisab adalah solat. Oleh itu jangan tinggal solat walau sakit dan lemah macam mana pun,”ujarnya dalam satu perkongsian video dalam Facebook miliknya.
Tip pemakanan untuk pesakit kanser
Dalam pada itu Ustaz Hanafi melalui satu sesi ceramah yang dihadiri dengan Dr Yasmeen Farouk Mohamed beliau berkongsi tip pemakanan untuk pesakit kanser. Antaranya seperti berikut:
- Pagi kena sarapan, jika tidak asid akan naik dalam perut dan ia akan menyebabkan toksik.
- Minum kopi sebelum makan sebab ia bantu mengenyangkan. Sekiranya diambil lepas makan, semua khasiat sudah tidak ada lagi.
Minum kopi awal pagi, jangan minum waktu malam. - Makan buah sebelum makan. Jika makan buah selepas makan, ia akan menutup salur darah dan boleh menyebabkan tersumbat.
- Bagi mengelak risiko kanser disarankan pada waktu pagi amalkan minum air seperti lemon atau epal yang masam supaya dapat menukar asid menjadi alkali.
- Amalkan juga selepas makan minum satu gelas air lemon.
- Ketika memasak bawang putih jangan dimasukkan dalam pengisar atau blender kerana khasiatnya akan hilang, hanya perlu ketuk untuk pecahkannya.
- Nasi lemak bagus tapi pastikan ambil yang asas saja, tak digalakkan ditambah dengan lauk sotong atau kerang.
- Jangan beri anak makan mi atau makanan segera ia antara penyebab kanser.
Ini pula tip tambahan daripada VK selepas mendengar perkongsian Dr Yasmeen dalam satu temuramah di TV IKIM
- Cara masakan kena mudah, ikan misalnya jangan goreng sehingga garing kerana khasiatnya akan hilang, elok distim atau gril saja.
- Sayur lebih elok direbus tapi jangan sampai lembik untuk kekalkan kandungan zatnya.
- Kunyit muda boleh diratah, kerana ia mengandungi bahan anti keradangan dan mematikan ketumbuhan.
- Ikan pilih yang kecil seperti ikan sardin, tamban, kembung. Ikan kecil tidak menarik merkuri sebagaimana ikan bersaiz besar.
Ikuti juga video perkongsian Ustaz Hanafi sempena bulan kesedaran kanser November ini.
Semoga perkongsian Ustaz Hanafi ini memberi manfaat buat pesakit kanser.
Sumber: Ustaz Hanafi
3 Perkara Ini Tak Perlu Tetamu Datang Baru Nak Tukar, Yang Terbaik Seharusnya Untuk Keluarga
Bila tetamu nak datang rumah, seperti biasa barulah kita kemas rumah dan tukar apa yang patut. Keluarlah semua pinggan baru, begitu juga dengan alas meja, telekung dan sebagainya. Sedangkan bila tiada tetamu kita pakailah pinggan plastik dan pinggan kaca lama malah ada yang sumbing.
Perkongsian daripada Nurlia Mohd Nor ini mengingatkan kita bahawa tak perlu tunggu tetamu datang untuk menyediakan yang terbaik. Seharusnya kita merai ahli keluarga terlebih dahulu dengan perkara terbaik yang kita ada.
Ada 3 benda saya belajar dari arwah Mak
1) Pinggan mangkuk cantik untuk keluarga
Pinggan mangkuk untuk kegunaan family dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam.
Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal atau murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ini lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami/ anak- anak dapat merasa guna pinggan cantik kan.
Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata Abah,“Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun…”
2) Telekung solat kena sentiasa bersih
Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun tak apa asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila Mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau.
3) Sejadah pun kena cuci
Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Incik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni. Harta benda dah beli, sila guna.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Nurlia Mohd Nor