Aktiviti berkhemah atau camping mahu pun picnic sejak dulu lagi menjadi antara acara hujung minggu terutama buat yang sudah berkeluarga.
Malah ketika ini semakin ramai yang melakukannya. Tak kira di pantai, kawasan air terjun dan sebagainya ada yang setiap minggu melakukan aktiviti ini.
Untuk keselesaan ketika bersantai, selain khemah boleh DIY side awning flysheet pada kereta begini. Cara senang dan jimat tapi cukup untuk lindung dari panas atau hujan.
Apa yang diperlukan cuma suction hook, flysheet dan pole/tiang. Caranya dikongsi oleh Muhammad Al-Fathoni.
DIY bajet side awning flysheet pada kereta
Ini DIY saya untuk SIDE AWNING flysheet kereta. Nak beli retractable side awning tu mahal, jadi boleh DIY dengan cara bajet ni. Saya dah cuba di tempat angin kencang, Alhamdulillah bertahan dengan jayanya. Penerangan ada di setiap gambar.
1. Lekatkan suction hook atas kereta. Pastikan beli yang berkualiti. Yang saya gunakan ini boleh menampung 3 kg. Paling penting, bersihkan permukaan dari sebarang habuk supaya suction tidak tercabut. Suction hook ini saya beli di Mr DIY saja.
Ads
2. Masukkan hujung flysheet pada suction hook. Adalah lebih efisien untuk gunakan flysheet yang ringan, boleh beli di kedai peralatan sukan atau online. Klik SINI untuk link.
3. Saya gunakan 3 suction hook, bergantung kepada saiz flysheet anda. Saiz flysheet ini 3×4 meter.
Ads
4.Kemudian tambah dua batang pole di hujung yang sebelah lagi. Akhir sekali, tegangkan dengan tali. Boleh beli tiang untuk mengecat yang boleh extend di hardware.
5. Pastikan panjang pole jangan terlalu pendek. Nanti terpaksa membongkok pulak berjalan bawah awning ni. Buat tinggi terus pun takpe. Kalau kereta yang memang dah tinggi tak jadi masalah.
Ads
Macam ni lah rupa dia. Ini dah test. Survive angin kencang 1 jam lebih.
Sejak dilanda virus Covid-19 tahun lepas ramai yang memulakan hobi bercucuk tanam untuk habiskan masa di rumah.
Ada juga yang baru-baru saja mencuba. Untuk beginner boleh belajar dulu cara semai biji benih. Tak perlu beli tray khas, boleh guna cawan plastik saja seperti perkongsian Mira Edora ini.
Cara ini boleh dipraktikkan untuk semai biji benih macam macam jenis sayur, sawi, bayam, cili, terung dan pelbagai lagi.
Cara mudah semai biji benih
Ini cara saya semai yang sangat mudah, tabur saja dalam cawan. Tapi tiap orang ada cara berbeza ikut mana yang selesa. Raikan perbezaan.
1) Sediakan cawan yang dilubangkan. Saya guna garfu panaskan atas api cucuk sekali untuk banyak cawan.
2) Masukkan tanah biasa separuh cawan dan peatmoss separuh cawan. Tujuannya nak jimat. peat moss mahal.
3) Tabur / susun saja benih sesuka hati. Untuk biji besar contoh jagung buat 3 pokok sebekas. Kalau cawan banyak boleh saja nak buat 1 pokok sebekas.
4) Letak cawan-cawan ini tepi rumah di tempat yang tak kena hujan. Kalau cuaca panas sangat letak pelindung contoh kotak di tepi arah matahari. Buat lubang pada penghadang. Contoh saya hadang guna papan hydroponic.
5) Siram guna mode shower 2-3 kali sehari. Jangan bergenang asal lembab saja.
6) Bila biji benih dan bercambah hingga ada 4 daun, boleh pindahkan.
Tip : kalau dalam cawan banyak anak pokok, lalukan pada air sebekas supaya peatmoss lekang, dan akar tak rosak.
Lepas mandi boleh lihat banyak rambut di lantai bilik air. Memang merisaukan terutama kalangan wanita. Bimbang nanti rambut makin nipis sampai nampak kulit kepala.
Sebenarnya salah satu penyebab keguguran rambut ini boleh jadi kerana cara kita bersyampu salah. Ha ramai yang tak tahu kan.
Dikongsi oleh Nunnajmeen yang berdepan dengan masalah keguguran rambut sebelum ini berikut adalah cara syampu rambut yang betul untuk elak rambut gugur.
3 cara bersyampu dengan betul supaya rambut tak gugur
Salah satu sebab utama rambut banyak gugur waktu kita basuh rambut, di mana cara kita syampu rambut itu salah.
Saya mula syampu rambut dengan betul 30 hari lalu dan hari ini dah nampak perubahannya. Dah kurang dah helaian rambut gugur!
Saya share 3 tip untuk syampu rambyt secara efektif
1. Urut & sikat rambut sebelum basahkan kepala
Saya suka pakai wide tooth comb jenis kayu yang giginya tumpul.
Jangan lupa urut and sikat belakang kepala juga. Dari tengkuk dan ke atas.
Buat dalam 5 minit untuk lancarkan peredaran darah.
2. Buat Double cleansing
Yang ini untuk yang shampoo selang 2-3 hari saja tau. Tak disarankan untuk cuci rambut dua kali sehari setiap hari.
Kenapa saya cakap double cleansing instead of double shampoo? Sebab seminggu sekali saya akan buat double cleansing, consists of Shampoo + Hair Treatment Rinse.
Double Cleansing in Hair Care. Ada 2 cara:
1. Shampoo + Shampoo
2. Shampoo + Hair Treatment Rinse (HTR)
Saya lebih prefer buat cara no. 2. Sebab saya buat double cleansing ini untuk bersihkan akar dan kulit kepala dari kotoran dan minyak berlebihan.
3. Jangan terus bilas
Selepas bersyampu biarkan seketika jangan terus bila. Biarkan bahan-bahan dari syampu menyerap masuk dalam akar rambut selama 5-15 minit.
Sementara tu bolehlah bersihkan tandas ke apa kan. Selepas itu barulah basuh dengan bersih.
Selain sambal, air asam ini juga antara yang boleh kita buat stok simpan dalam peti ais. Senang kalau nak makan ikan, daging atau ayam bakar. Ceduk saja.
Air asam ini juga ada macam-macam versi tapi kalau nak yang sedap dan boleh buat kita ketagih nak makan hari-hari boleh guna resipi dari Afy AL Habibi ini.
Air asam ketagih, cicah dengan ikan, ayam daging semua ngam
Kenapa saya letak namanya ketagih? Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari-hari. Rasanya memang sedap gila. Sebenarnya versi ini saya buat untuk diet. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semua ngam. Ikuti resepi di bawah okay.
Bahan-bahan:
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
Bahan tambahan:
1 biji lemon – ambil jusnya, asingkan biji ambil sekali sari buah.
3 tangkai cili padi hijau
3 tangkai cili padi merah
Cara membuat:
Masukkan semua bahan yang siap dibakar dan bahan tambahan dalam pengisar.
2. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa (segenggam besar asam jawa dan 1 1/2 gelas air) atau ikut kepekatan yang diingini.
3. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
4. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan
Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, pastikan makan terus. Tak boleh biar lama sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
Simpan emas menarik minat ramai sejak dulu memandangkan logam ini sentiasa naik. Tambah pula sekarang ada cara mudah dan selamat untuk menyimpan emas tanpa...