Pokok cili besar atau cili padi antara yang selalu kita tanam di kawasan rumah. Hatta duduk di apartment pun ramai saja yang menanamnya dalam pasu.
Banyak rungutan mereka yang tanam pokok cili ini, pokok tak subur, buah kecil dan sikit.
Antara perkara penting yang ramai tak tahu dalam penjagaan pokok cili adalah tentang pemotongan tunas air. Jika tidak dibuang atau dipotong ia akan mempengaruhi perkembangan pokok cili begitu juga buah cili.
Tok Serama berkongsi bagaimana mengenal pasti tunas air ini dan kenapa perlu membuangnya.
Kena buang tunas air pokok cili
Kali ini kita nak berkenalan dengan tunas air pada pokok cili.
Ads
Pertama, apakah tunas air?
Tunas air adalah tunas yang tumbuh selepas pokok cili pecah cabang. Tunas air akan tumbuh pada batang pokok cili atau lebih tepat lagi sebelum cabang pertama pokok cili.
Bila masa nak buang tunas air?
Tunas air selalunya dibuang selepas pokok cili pecah cabang. Lebih tepat lagi apabila pokok cili berusia 2 – 3 minggu. Pada usia ini tunas air akan tumbuh dengan rancaknya pada batang pokok cili.
Buang tunas air kesemuanya sebelum cabang pertama.
Kalau ada daun besar dalam 10 helai, buang dalam 8 helai, jangan melepasi Y (cabang utama)
Ads
Apa kesan tunas air pada pertumbuhan dan hasil tanaman cili?
Tunas air tumbuh dengan cepat dan banyak. Pertumbuhan tunas yang rancak dengan bilangan yang banyak memakan banyak baja.
Justeru itu secara fisiologinya, banyak nutrien pada baja akan digunakan oleh tunas – tunas air ini, berbanding kepada pertumbuhan cabang utama cili dan juga pertumbuhan buah (konsep sink and source).
Kesannya, pokok cili akan menjadi rendah bukan saiz sebenar dan bilangan dan saiz buah berkurangan.
Bolehkah kita menyimpan buah cili pada tunas air?
Ads
Tidak boleh. Ini kerana saiz buah pada tunas air adalah kecil dan bentuk buah selalunya abnormal.
Sesetengah pengusaha fertigasi turut membuang tunas air dan daun bawah selepas cabang pertama. Adakah kaedah ini betul?
Berbalik kepada prinsip sink and source, daun merupakan tempat fotosintesis, iaitu proses menghasilkan makanan pada pokok. Pada peringkat awal, adalah digalakkan menyimpan daun tua bagi membantu proses pertumbuhan pokok cili.
Selalunya, daun tua dibuang selepas penghasilan buah peringkat ke 3-4.
Adakah kaedah pembuangan tunas cili besar/merah sama dengan cili padi?
Tidak. Tunas air dibuang kesemua sekali pada pokok cili besar/merah, manakala pada cili padi, tunas air disimpan 4-5 batang.
Ini kerana tunas air pada pokok cili padi dapat menyumbang kepada penghasilan buah cili padi.
Walaupun bukan asal orang Pantai Timur tapi ramai saja yang suka makan ICT atau ikan celup tepung yang popular di sana.
Kalau tekak rasa teringin nak makan, boleh saja buat sendiri. Ikut resipi ICT yang dikongsi oleh Achik Ita Jsd Kelantanyang katanya rangup krup krap sampai petang. Selain itu ICT ikut resipi ini juga akan hasilkan banyak ‘habuk’ atau serdak. Macam ni…
Rahsianya kena pilih tepung yang betul
Rahsia untuk dapat bancuhan tepung yang rangup kata anak pemilik kedai makan dari Kelantan ini adalah pemilihan tepung beras yang betul.
Selepas try and error kata Achik Ita dua jenis tepung ini yang direkomen untuk digunakan iaitu tepung beras cap Tiga Teratai atau tepung beras Cap Golden Coins.
Cara buat ICT rangup krup krap sampai petang
Bahan-bahan
Ikan kembung/selar/sardin – dibersihkan, tos
Tepung beras pek 500g(kurang pun tak mengapa)
1 biji telur
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
2 sb gula
Secubit kapur makan
Sedikit serbuk pewarna kuning(optional)
Air secukupnya
Cara membuat:
1. Bancuh semua bahan hingga rata dan jadi ala-ala peach gitu.
2. Panaskan minyak guna api besar dan minyak yang banyak.
3. Bila minyak dah panas masuk ikan dalam bancuhan tepung dan & terus masuk dalam kuali. Jangan rendam lama ikan dalam tepung. Nanti tepung pekat tak berabuk banyak.
4. Bila tepung dah garing, ikan dah masak angkat. Boleh terus makan, hidangan untuk petang atau tengah hari pun boleh!
TIP
Jangan kedekut minyak, ikan ICT kena goreng deep fried
Bancuhan yang sama boleh buat untuk pisang/cempedak//udang/sotong/ubi/ ketuk ubi kayu,kasturi goreng
Khasiat lemon yang banyak untuk kesihatan menyebabkan ramai yang suka menanam pokok ini. Tapi malangnya ada pokok lemon yang ditanam dan dijaga tidak juga mengeluarkan hasil walaupun bertahun-tahun dibelai.
Bagi yang ada masalah yang sama mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Fairose Mohd Noor ini. Setelah 2 tahun tidak berbuah 4 cara berikut dipraktikkan hinggalah akhirnya pokok lemon yang ditanam kini meriah buahnya.
1. Pangkas ranting/cabang pokok lemon (Pemangkasan ini adalah untuk dapat cabang yang kukuh selain untuk tujuan produktiviti).
2. Gali lubang berhampiran pokok lemon (rujuk anak panah) dan masukkan sisa makanan/sisa dapur ke dalamnya. Bila penuh kambus kemudian gali pula lubang lain berhampiran pokok dan buat perkara yang sama.
3. Sambil itu sembur pokok lemon dengan cuka kayu pada daun dan batang. Cuka kayu ini berfungsi untuk melindungi pokok dari serangan perosak sambil menguatkan daya tahan pokok. Selang seli sembur cuka kayu dan baja Ezigrow.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...