Kesan minyak hitam bawah kereta kalau Nampak jangan buat tak tahu ya. Ini sebenarnya petanda masalah kereta.
Kalau dibiarkan, enjin boleh cepat panas dan mula rosak satu-satu. Masalah kecil macam ini kalau cegah awal, tak sampai pun RM100. Tapi kalau abaikan, silap gaya kena overhaul dah ribu-ribu. Jadi, bila nampak tompok hitam, cepat-cepat check. Boleh ikut panduan yang dikongsi oleh ZAM Auto Accessories.
Apa perlu periksa bila nampak kesan minyak hitam bawah kereta
Ada kesan minyak hitam bawah kereta? Periksa beberapa perkara ini dulu.
Minyak hitam ini bukan sekadar pelincir, tapi ia bantu sejukkan enjin juga. Bila sudah bocor, enjin boleh jadi panas cepat. Bila enjin panas, banyak part lain pun mula ada masalah. Jangan ingat minyak bocor tak ganggu apa-apa.
Selalunya minyak keluar dekat bahagian bawah enjin, tapi puncanya boleh datang dari atas. Mungkin dari;
-gasket penutup head
-oil filter tak ketat
-sump dah bocor.
Sekali pandang macam biasa saja, tapi kalau biar, boleh jadi parah.
Ads
Ada juga kes gasket lama dah keras. Bila hidupkan enjin, tekanan minyak tinggi, terus meresap sikit-sikit. Mula-mula sikit, lama-lama satu lantai penuh tompok hitam.
Minyak bocor ini bukan setakat comot saja, tapi bahaya kalau kena bahagian brek atau wayar. Boleh jadi licin atau sampai brek tak makan.
Ads
Lagi satu, kalau minyak kurang sangat, enjin akan jalan kering. Bila dah kering, bahagian dalam enjin boleh haus dengan cepat. Masa itu bukan setakat tukar gasket, silap-silap overhaul terus.
Kalau nampak tompok hitam bawah kereta, lap dulu, kemudian hidupkan enjin dan tengok dari mana mula menitik. Rutin ini mudah saja tapi ramai terfikir nak buat. Nak tunggu problem jadi besar baru nak risau.
Ads
Kadang-kala masalah ini boleh elak awal sewaktu servis jika mekanik periksa betul-betul.
Minyak hitam murah nak tukar, tapi bila bocor dan abaikan, boleh bawa masalah yang bukan main mahal kosnya. Jaga dari awal, tak pening kepala nanti.
Puding ada banyak jenis antara yang sedap dan disukai ramai adalah puding laici. Makan pulak puding yang dah disejukkan waktu cuaca panas memang nikmat.
Cuma puding ini memang jarang orang jual, kalau nak makan kena buat sendiri. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari Aida Sarina. Resepi ini dipelajari dari ibunya dan digemari oleh rakan dan ahli keluarga.
Cara buat puding laici sedap dan mulus tak berketul
Bahan A
1 tin susu cair
1 cawan air laici
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
Bahan B
25g agar-agar tali
10 cawan air
250g gula pasir
1 sudu kecil garam
1 ketul kecil gula batu
3 helai daun pandan – carik dan ikat simpul.
Ini cawan yang digunakan untuk menyukat
Cara membuat:
Campur semua bahan A, sebatikan dan ketepikan
2. Didih semua bahan B atas api sehingga semua larut.
3. Bila bahan B sudah larut, kecilkan api, masukkan bahan A ke dalam bahan B, kacau sebati dalam 4-5 minit sahaja. Jangan biar sampai mendidih nanti berketul, kemudian tutup api.
4. Kemudian, boleh tapis dan masukkan dalam bekas pilihan. Sama ada nak buat dalam loyang besar terus atau bekas kecil kecil.
5. Selepas itu boleh carik carikkan laici dan masukkan dalam puding. Kalau nak buat surprise laici tenggelam, boleh terus bubuh laici masa puding masih cair.
Kalau nak biar nampak laici kat atas permukaan sikit, boleh bubuh laici masa dah sedikit mengeras. Bila tak panas sangat, boleh masukkan dalam peti ais. Makan sejuk sejuk baru sedap.
INFO
Satu adunan ini saya masuk bekas tak penuh dapat 46 bekas. Kalau letak penuh sampai garisan dapat dalam 40 bekas.
Puding ni boleh adjust nak kurang/lebih sikit air jika suka puding yg lebih pejal/lembut, ikut preference masing-masing.
Ini bekas yang digunakan untuk isi puding laici
Kalau suka manis, boleh lebih kan gula. Ikut sukatan ini tak manis sangat, tak tawar sangat.
Sesiapa yang nak share, nak buat jualan, nak buat makan makan, silakan. Moga semua pahala sampai kepada mama dan abah saya.
Ikan cencaru ini memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan jaket ikan tenggiri yang keras ini ada tekniknya. Boleh ikut perkongsian Mazlina Haji Ismail.
Teknik buang kulit ikan cencaru supaya isi tak tercabut
Cara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Nampak macam masak kicap tapi bukan ya. Ini adalah daging goreng basah atau dipanggil juga daging goreng berlengas.
Basah dan berlengas kerana kombinasi sos membuatkannya jadi seperti berkuah dan sedap sungguh. Paling best, cara membuatnya pun mudah sangat. Makan lauk ini ulam timun pun dah cukup.
Cara buat daging goreng basah
Bahan-bahan
800 gm daging, daging lemak dan daging urat
3 sb kunyit serbuk
3 sb pes cili Maepranom (boleh juga guna cili boh)
2 sb kicap
1 sb sos tiram
3 sb sos cili dan sos tomato
2 sb sos ikan
Garam dan perasa ( secukup rasa)
1/2 keping gula nisan
1 biji limau nipis
Bahan sayur sayuran
6 biji cili padi merah dan hijau
2 biji bawang Holland
Lada solok dan lobak merah jika suka
Cara memasak
1. Daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul rata.
2. Kemudian goreng daging dengan minyak dan api perlahan. Gaul sebati.
3. Masukkan pes cili, gaul rata. Masukkan air dan masak daging sampai empuk.
4. Selepas daging empuk masukkan semua jenis sos dan kicap, gula nisan kemudian goreng sampai masak.
5. Masukkan sayur dan goreng sampai sedikit layu. Masukkan perasa dan perah sedikit limau nipis. Kacau sebati kemudian boleh matikan api. Siap!
Pemberian SARA RM100 atau bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini membuatkan kita kecoh seketika. Ramai yang menyangka RM100...