Minyak masak selepas mengggoreng goreng ikan, ayam dah sebagainya selalunya kita buang. Untuk buang minyak ini pun remeh. Nak letak dalam tong sampah nanti tumpah, lagi kotor.
Sudahnya ramai yang tuang dalam singki atau pun longkang rumah. Memang sangat tak elok untuk alam sekitar.
Lepas ini jangan buat dah. Daripada mencemarkan alam sekitar baiklah kita jual minyak masak ini, dapat jugak untung.
Ha…Ramai tak tahu minyak masak terpakai ini sebenarnya boleh dijual semula. Ada banyak agen yang menawarkan perkhidmatan untuk membeli minyak masak ini.
Ads
Harga berbaloi
Harganya berbaloi juga. RM1.50 bagi 1kg minyak masak. Ok sangatlah kan.
Daripada buang mulai hari ini kita simpan, dah banyak bolehlah panggil agen ini untuk kutip dan dijual pada mereka. Boleh ‘rolling’ untuk beli minyak masak baru pulak.
Antara yang dah melakukan perkara ini adalah Cikgu Zahran yang memperoleh lebih RM100 selepas menjual minyak terpakai yang dikumpul.
Ads
Minyak masak terpakai ni nak buat apa?
Apa yang mereka buat dengan minyak masak terpakai ini? Ia akan digunakan untuk menghasilkan biodiesel untuk kegunaan kenderaan berat seperti bas.
Ads
Antara ejen yang membeli minyak masak terpakai ini adalah;
Ayam masak kicap ini feveret ramai, tapi ada macam-macam versi. Yang ini untuk yang suka pedas dan ada kuah pekat sikit.
Lauk ini juga mudah disediakan dan paling best, tak perlu banyak menu ini saja pun dah cukup untuk makan dengan nasi. Kalau nak cukup boleh ikut step by step ini.
Cara buat ayam masak kicap pedas
1. Perap ayam dengan garam, kunyit, halia ditumbuk lumat dan pes cili (lebihkan jika nak pedas)dan kicap. Perap 15-10 minit.
Ini kicap yang digunakan
2. Hiris, bawang, bawang putih, halia, cili kering, tomato. Sediakan juga
daun kari, tomato, bunga lawang dan kayu manis.
3.Panaskan kuali bunga lawan dan kayu manis.
4.Tumis hirisan bawang, bawang putih, cili kering, daun kari dan juga tomato.
5.Masukkan ayam yang diperap. Lebihan perapan simpan.
6.Kacau dan tutup periuk. Biar sehingga ayam setengah masak dalam 10 minit.
7.Curahan lebihan perapan tadi. Masak hingga ayam masak sepenuhnya.
Lauk kari menjadi sajian keluarga ini sejak sekian lama, malah ketika ibu mentuanya masih ada hampir setiap hari lauk kari disajikan.
Masakan kari yang sedap ini memang buat anak beranak ini ketagih. Tak kiralah kari apapun tapi lauk ini mesti ada di meja makan. Tak lokek berkongsi resepi, Zee Basir menurunkan cara dan tip memasak kari yang dipraktikkan sekian lama.
Cara buat kari ikan merah, wajib buat setiap minggu
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah – dibersihkan & potong ikut suka
1 mangkuk santan cair – dari setengah biji buah kelapa
1 cawan pati santan dari perahan santan pertama di atas
1/2 cawan air asam jawa ( agak-agak sesuai rasa masamnya)
1 sudu makan gula
1 sudu teh ajinomoto
sudu makan penuh serbuk rempah kari ikan baba’s
3 sudu makan penuh serbuk rempah kari daging baba’s
1 cawan air
2 sudu makan rempah campuran ( biji sawi, halba, jintan yg dlm peket siap tu)
Sayur bendi & tomato
Garam secukup rasa
Bahan ditumbuk
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah kecil
1 inci halia
Cara masak kari
1. Panaskan satu senduk minyak kemudian tumiskan rempahan campuran sehingga berbau wangi dengan api kecil.
2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis sampai naik bau. Masukkan dua serbuk rempah kari tadi dan tumis dngan api paling kecil.
3. Agak-agak nampak berubah warnanya (jangan sampai hangit ya) masukkan satu cawan air dan tumis lagi sampai rempahnya pecah minyak.
4. Bila sudah pecah minyak masukkan pati santan, tumis lagi sampai pecah minyak (naik minyak). Guna api kecil sentiasa .
5. Seterusnya boleh masukkan santan cair tadi, air asam jawa, Aajinomoto, gula dan garam sedikit.
6. Besarkan api, bila santan mula mengelegak biarkan surut dalam setengah inci kuahnya kemudian masukkan ikan bersama buah tomato.
7. Masak seketika dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Rasa masin garamnya agar sesuai dengan citarasa. Siap untuk disajikan.
TIP
Serbuk rempah kari memang tak dicampur dengan air. Tumiskan dulu supaya naik wangi dan garing sedikit baru masukkan air.
Kalau masak kari saya suka gabungkan dua jenis serbuk rempah kari ikan & daging. Guna rempah jenama apa sekali pun terpulang. Tapi saya memang suka guna rempah kari jenama Baba’s sebab rasa rempah yang kuat. Cari yang ada tambahan serbuk cili lagi padu. Tak payah tambah cili kisar lagi.
Bagi memastikan ikan yang ditangkap di laut kekal segar seperti yang diinginkan oleh pembeli, ada pihak yang sanggup menggunakan bahan yang berbahaya.
Antaranya dengan menggunakan pengawet yang boleh menjadi penggalak kanser untuk ikan iaitu formalin. Kita yang tidak tahu apa-apa bila nampak ikan segar terus beli tanpa menyedari bahaya yang terselindung.
Supaya tidak terbeli ikan yang diawet dengan bahan berbahaya ini, Puan Asmah Cem yang juga pembekal ikan dan pernah menjadi penyelidik kimia berkongsi tip bagi mengenal pasti ikan yang diawet dengan formalin.
Tip kenal pasti ikan diawet formalin
Disebabkan ramai yang belum tahu tip mengenal pasti ikan yang dah diawet dengan formalin, maka saya cuba explain based on pengalaman saya sebagai pemborong/peniaga ikan dan penyelidik kimia (Bersara).
Apa itu formalin dan kenapa ia bahaya
Formalin terdiri daripada formaldehyde yang dicairkan. Mengikut kajian International Agency for Research on Cancer (IARC), formalin bersifat carcinogenic (penggalak kanser).
Kegunaan formalin adalah untuk mengawet mayat dan specimen di hospital, pengawet pada cat, kaca, perabot dan pelbagai bahan polimer dalam industri.
Penyalahgunaan formalin sangat berleluasa di Asia sehinggakan mee kuning, tauhu dan ikan masin pun diletakkan formalin supaya tahan lama. Lebih-lebih lagi barang basah seperti hasil laut yang mudah rosak.
Di Malaysia, kita hanya perlu bimbang kepada hasil laut yang dibawa dari luar negara dan ikan-kan hasil tangkapan Laut Dalam menggunakan bot C2 (bot besar) yang berada di laut 1-2 minggu untuk mendapatkan bertan-tan hasil laut yang berkemungkinan diawet dengan formalin.
Jangan beli ikan yang ada ciri-ciri ini
Jadi bagaimana nak kenal ikan yang diawet dengan formalin? Beberapa ciri berikut boleh dilihat dengan mata kasar:
1) Kulit ikan berkedut/ tidak licin/ tidak berkilat.
2) Mata ikan cengkung/masuk ke dalam soket mata. (ikan berformalin tidak semestinya bermata merah).
3) Insang ikan pucat berwarna coklat cair dan tidak merah.
4) Sisik ikan mudah tertanggal dari badan (ikan bersisik seperti merah/jenahak/senangin dan lain-lain).
5) Ikan kelihatan keras, tapi bila disiang perutnya sudah hitam dan busuk.
6) Isi ikan putih pucat, tiada darah mengalir ketika dipotong slice (ikan besar seperti tenggiri dan lain-lain).
7) Ikan boleh diletakkan di atas meja jualan dengan penggunaan ais minima. Badan ikan/seafood tetap kekal keras dari pagi ke petang (ikan tidak berpengawet perlu diletakkan dlm tong ais untuk mengekalkan kesegarannya). Lalat dan kucing kurang berminat dengan ikan berpengawet walaupun diletakkan di tempat terbuka.
9) Bau – cuba cium bau ikan/seafood yang ingin dibeli. Seafood segar berbau laut. Jika ada bau kuat menyengat, sah ada formalin.
10) Selepas dibersihkan, ikan yang sudah diawet tidak boleh disimpan dalam tempoh yang lama di dalam peti ais. Ikan tersebut akan kehilangan rasa, isi mudah hancur, dan cepat busuk.
Tip paling mudah, boleh tanya saja kepada penjual, “ikan bot balik hari ke ni bang? jeti mana?” si abang Bangladesh mungkin memberikan senyuman terindah sebagai jawapan.
Hakikatnya, hanya sebahagian kecil peniaga sahaja yang sanggup menjual ikan dari bot balik hari kerana kos operasi yg tinggi. Salah satunya Tropika Freshmart di Bangi.
Seafood di Tropika Freshmart telah dijadikan bahan research di beberapa research institute dan terjamin bebas formalin.
Jika terbeli basuh guna tip ini
Jika tiada pilihan dan terpaksa beli ikan tidak segar yang dikhuatiri mengandungi formalin? Guna tips ini.
-Selepas membersihkan ikan, rendam dengan 10% larutan cuka bersama air selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan bersih.
Mengikut kajian, kaedah ini boleh mengurangkan kandungan formalin sebanyak 0.109 microgram/ml.
Akhir kata, hidangkan makanan yang sihat dan selamat untuk keluarga tersayang. Jauhi formalin kerana ianya memudaratkan kesihatan.
Sekian dari makcik penjual ikan.
Asmah Chem,
Tropika Freshmart Bangi
(Pembekal hasil laut bebas formalin)
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...