Tanam pokok kunyit di rumah memang memudahkan. Nak pakai daun kunyit ambil saja. Lagi jimat tak perlu beli, tambah lagi daun ini harganya pun makin naik terutama waktu perayaan.
Kebiasaannya kita akan tanam pokok ini dalam pasu atau di laman saja. Tapi selain itu boleh juga tanam pokok kunyit ini dalam karung seperti yang dilakukan Mohammad Aziman.
Menurut beliau cara penanaman yang dilakukan ini juga ada kelebihannya, pokok dan daun kunyit lebih subur malah untuk tuai hasil kunyit juga lebih mudah.
Rahsia pokok kunyit subur ini bukan saja kerana pembajaan dan penjagaan tapi jika penggunaan bahan organik selain tanah bakar.
Bagi yang berminat untuk tanam pokok kunyit dengan kaedah ini, beliau juga berkongsi caranya.
Panduan tanam pokok kunyit dalam karung
1. Ini karung yang digunakan, tak perlu ditebuk kerana materialnya tidak menakung air.
Ads
2. Pertama sekali, isi dulu bahagian bawah dengan daun kering. Tak perlu banyak.
3. Seterusnya masukkan batang pisang yang telah dipotong-potong. Abaikan jika tiada.
4. Masukkan sisa dapur atau sisa sayur.
5. Kemudian barulah dimasukkan tanah bakar. Tanah ini dari tempat bakar daun-daun kering. Masukkan ikut kuantiti bersesuaian, tak perlu penuh karung.
Ads
6. Kemudian boleh alihkan anak pokok kunyit ke dalam karung.
7. Seterusnya lakukan siraman dan juga pembajaan.
Tip pokok kunyit subur
-Bagi mengelakkan masalah daun pokok boleh lakukan semburan racun agrimectin seminggu sekali.
Ads
-Lakukan juga pembajaan, boleh gunakan baja Ezigrow.
-Selain pokok kunyit boleh juga tanam halia dalam karung seperti ini.
-Boleh juga polibeg saiz 24 x 24 atau plastik beras, cuma pastikan tebuk 6-8 lubang untuk pengaliran air.
-Bagaimanapun plastik beras ini tidak tahan lama, boleh digunakan untuk sekali penanaman. Ia mungkin reput selepas enam bulan.
Ramai yang tahu memandu tapi adakah kita faham simbol-simbol kecemasan yang mungkin timbul semasa kita memandu.
Dalam hal ini pemandu wanita lah yang dikatakan selalu kurang pengetahuan tentang simbol kecemasan ini. So lady driver sila ambil perhatian apa maknanya jika simbol kecemasan ini menyala. Tapi rasanya ada juga pemandu lelaki yang tak tahu kan. Jadi take note ya gais!
1. Amaran Brake Tangan
Ada masalah pada sistem brek, ABS / cecair brake berkekurangan (Low brake fluid)
2. Amaran Suhu Enjin
Cepat-cepat berhentikan kereta dan buka bonet. Biarkan sehingga suhu panas berkekurangan.
4. Amaran Minyak Enjin
Enjin kereta kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang baru.
5. Bateri Kereta
Caj bateri kurang / alternator ada masalah. Sementara nak bawak pergi workshop, boleh stop guna aircond atau radio.
6. Beg Udara
Berkemungkinan beg udara ada kerosakan & kena cepat-cepat ganti.
7. Amaran Minyak Brake
Cecair brake korang berada pada tahap rendah, periksa tahap cecair kerana ia akan berkekurangan apabila brakepads habis.
8. Check Enjin
Ada banyak faktor sebenarnya. Kurang kuasa enjin, atau elektrikal sensor korang ada masalah.
9. High Beam
Yang ni selalu je terpasang siang-siang buta. Sila tutup, nanti pemandu lain marah.
10. Pemanas Cermin Belakang
Yang ni selalunya driver guna bila keadaan sedang berkabus.
11. Amaran Penstabil Kereta
TCS berada didalam mod pilihan Off – Tidak aktif. TCS – sistem yg kawal tayar daripada tergelincir & memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan
Kalau ramai dalam famili suka makan aiskrim, elok sangat kalau buat sendiri aiskrim vanilla ini. Homemade dan lagi jimat sebenarnya.
Bagi yang nak cuba buat boleh guna cara dan tip yang dikongsi oleh Nur Halim ini. Bukan saja sedap tapi teksturnya juga halus dan lembut macam aiskrim yang kita beli. Nak buat pun mudah, guna blender saja.
Cara buat aiskrim vanilla homemade
Bagi penggemar tegar aiskrim vanilla macam kami memang jimat banyak bila buat sendiri. Buat pakai blender saja.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
1 sudu besar ovalate
2 penutup esen vanilla (nak sedap guna creamy vanilla)
1 sudu kecil tepung jagung
Cara membuat:
1. Masuk semua bahan dalam blender dan kisar
2. Kisar tak sampai 5 minit. Nak tahu dah likat atau tidak, ambil sudu kaup sedikit dan curah. Jika adunan dah bertali tandanya dah likat.
3. Curah dalam bekas dan masukkan dalam freezer. Dah keras boleh makan.
Tip
Sekiranya adunan aiskrim selepas kisar masih cair, tambah satu sudu ovalate. Kemudian tuang semula dalam adunan dalam blender. Kisar lagi hingga likat.
Jika nak buat perisa aiskrim coklat boleh guna susu coklat dan tambah emulco coklat.
Musim durian dah hampir penghujung, sekarang musim cempedak pula. Buah yang satu ni kalau digoreng memang sedap dan nikmat rasanya.
Tapi harganya boleh tahan juga mahal, tambah lagi yang siap digoreng. Ada yang cecah RM1 seketul. Sebab itulah lebih berbaloi beli sendiri dan goreng di rumah.
Bagaimanapun sebelum beli kenalah pandai pilih cempedak yang banyak isi dan manis supaya tak kecewa bila membukanya. Untuk pilih cempedak yang begini ada lima perkara yang perlu kita perhatikan semasa memilih.
1. Perhati mata/duri kulit cempedak
Pilih yang tumpul, besar-besar dan jarang. Itu tanda isi di dalam banyak. Jangan pilih yang mata duri yang tajam dan rapat-rapat, itu bermakna jerami lebih banyak.
2. Tekan kulit
Tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya. Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. Warna kekuningan, tangkai coklat
Cempedak yang sudah masak dan matang warna kuningnya lebih dominan. Elak ambil cempedak yang masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, kerana di dalamnya masih muda. Boleh juga lihat warna tangkainya. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya sudah masak.
4. Bau wangi menyengat
Cempedak yang masih separuh masak pun sudah mula berbau wangi. Tapi bezanya, cempedak yang sudah betul-betul masak aromanya lagi menyengat dan wangi.
5. Pilih yang lebih berat
Sebab nak murah, kita pilih cempedak yang kecil atau ringan. Lebih selamat pilih yang berat kerana lebih banyak isi.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...