Mungkin ada yang rasa cantik bila mengenakan solekan tebal malah sampai satu tahap tak akan keluar rumah tanpa mekap mampan.
Awas ya bagi anda yang ada perasaan begini sebab dari aspek psikologi ia merupakan petanda masalah.
Kajian mengatakan sering memakai solekan tebal bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan kulit tetapi sebenarnya ia menganggu kesihatan mental.
Sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Psikologi Sosial mendedahkan, kebiasaan mengenakan mekap tebal akan menyebabkan wanita kurang keyakinan diri. Sekaligus, membuatkan mereka tidak suka dengan diri sendiri.
Satu kajian telah dijalankan ke atas pelajar universiti Scotland yang sering mengenakan solekan dan tidak mengenakan solekan.
Hasil kajian mendapati responden yang memakai alat solek hanya untuk memuaskan diri mereka sendiri.
Tapi, tabiat memakai solekan tebal setiap hari sebenarnya boleh menyebabkan mental terganggu. Menyebabkan rasa rendah diri dan rasa wajah sendiri buruk tanpa solekan
Jadi buat anda yang suka bersolek tebal mungkin boleh belajar kurangkan tabiat ini sedikit demi sedikit agar tidak dipandang semacam selepas ini.
Sumber: Vemale
Wanita Ini Kongsi Cara Berkesan Kecutkan Jerawat Tanpa Parut, Guna Masker ‘Berangin’ Dari Kayu Manis & Buah Pala
Masalah jerawat ini memang menakutkan orang perempuan, terutama kalau tiba-tiba timbul dekat hidung dan atas bibir tempat yang menonjol sangat.
Sebutir dua mungkin boleh tahan lagi tapi bila timbul beramai-ramai boleh buat kita rasa segan nak keluar rumah.
Buat yang bimbang rawat masalah jerawat ini guna krim jerawat yang kita tahu penuh dengan bahan kimia boleh cuba petua ini.
Caranya amalkan ‘masker berangin’ perkongsian Fyza Shah. Masker campuran serbuk kayu manis, buah pala, lemon dan madu ini bantu kecutkan jerawat selain hilangkan parut. Paling best masker ini juga bantu kulit jadi lebih licin dan bersih.
Jom ikuti perkongsian petua Fyza Shah
Geram kan bila kulit banyak parut dan jerawat suka naik. Dah sapu macam-macam tapi dia degil jugak nak berumah tangga atas muka.
Kulit jenis sensitif memang susah tul nak hilang parut jerawat. Tapi senang pula naik jerawat. Aduhhhh, stress naw cam nak cabut kuku. Jumpa orang terasa malu.
Macam biasa, Fyza gigih cari petua yang mudah tapi berkesan tak menyakitkan
Selongkar beberapa lama, akhirnya jumpa. Ini la dia petua yang buat jerawat kecut perut. Parut tenggelam hilang dari radar.
Takde parut pun boleh buat jugak untuk kulit lebih licin dan bersih.
Bahan-bahan mudah:
1 sudu serbuk kayu manis
1 sudu serbuk nutmeg (buah pala)
1 sudu jus lemon
1 sudu madu
Mix semua sampai jadi pes tebal. Sapu je kat muka selama 20 minit. Rasa mint berangin. Tenang dan damai je. Tak pedih tak menghakis. Selamat dan terbukti berkesan.
Cubalah, Fyza dah berkali-kali buat dan hasil dia kulit cerah dan licin.
Jangan lupa rajin amalkan suplemen dalaman supaya kulit yang berjerawat cepat kecut. Cerah dan putih secara natural. Fyza Memang makan Gorgeous Skin Booster.
Sumber: Fyza Shah
Baju Kurung Lengan Lipat Tunku Tun Aminah Jadi Bualan. Bakal Jadi Ikutan
Sebaik berita Puteri Sultan Johor ini akan bernikah dengan jejaka dari Belanda Dennis Muhammad Abdullah diumumkan ramai yang membayangkan bahawa majlis perkahwinan diraja ini akan berlangsung penuh gilang gemilang.
Paling ditunggu sudah tentu penampilan Tunku Tun Aminah Iskandariah. Dengan status puteri raja dan beliau sendiri dilihat sebagai fashionista rata-rata membayangkan busana yang disarung pada hari bahagianya itu mewah dan gah sekali.
Namun 14 Ogos lalu pada hari pernikahan dan persandingannya Tunku Tun Aminah membuat kejutan yang cukup manis sekali bila tampil dengan persalinan pengantin yang begitu sederhana, jauh dari jangkaan kita semua.
Mengenakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga, penampilan Tunku Tun Aminah yang ringkas itu nyata jadi bualan netizen hingga ke hari ini.
Ternyata pemilihan busana tersebut itu juga ada ceritanya yang tersendiri.
“Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.
“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya.
“Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisional Johor tulen untuk majlis perkahwinan itu nanti,” kata Tunku Tun Aminah dalam satu wawancara bersama The Royal Johor Press.
Busana tersebut jadi pilihan puteri ini untuk istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.
Lengan baju kurung dilipat
Selain penampilan sederhana, ada satu lagi perkara menarik tentang baju kurung Teluk Belanga yang dikenakan oleh puteri tunggal Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ini.
Bahagian lengan baju kurungnya dilipat hingga kelihatan agak senteng. Ramai wanita perasan akan perkara ini malah tertanya-tanya kenapa.
Kalau diperhatikan ciri yang sama juga ada pada busana perkahwinan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Enche’ Besar Kalsom Abdullah (foto lama).
Bukan sesuatu yang baru, pemakaian baju kurung lengan lipat itu sebenarnya merupakan satu gaya dan elemen pada busana Johor asli. Malah lengan lipat ini juga turut diaplikasikan oleh lelaki Johor ketika mengenakan baju melayu Teluk Belanga.
Ada yang berasa janggal melihatnya, namun gaya tersebut cukup indah dikenakan oleh seorang puteri malah ramai yang memuji keputusan Tunku Tun Aminah memilih busana tradisi Johor ini pada hari perkahwinannya yang sekali gus mengangkat budaya negeri itu.
VK juga jangkakan stail baju kurung Teluk Belanga lengan lipat yang dikenakan Tunku Tun Aminah ini menjadi ikutan wanita bukan setakat di negeri Johor saja selepas ini.
Kredit foto : Facebook The Royal Johor & Johor Southern Tigers
Guna Air Filter Bukan Paip, Hasilnya 4 Bulan Saja Jerawat Serius Dah Pulih
Kalau dilihat masalah jerawat gadis ini memang serius. Siapa tak risau kalau satu muka timbul jerawat macam ni yang bukannya kecil.
Tapi tanpa menggunakan produk mahal gadis ini berjaya merawat kulit wajahnya dalam masa 4 bulan saja. Berikut adalah perkongsian daripada ig | thepurrface @fahnaaa
Do & Don’ts
Based on my experience ya
1) Cut Toner, cleanser, serum etc.
2) Guna Oil Free Moisturizer
3) Gantikan Face Wash dgn Micellar water
Steam muka 3 hari sekali
Cara nak steam
– Wipe out all the dirts dgn micellar water
– Bilas muka dgn air suam+garam bukit
– Ambil air panas isi air panas separuh,rendam uncang green tea sampai kembang
– Lepas dah kembang, tambah air panas sampai full
– Add sikit garam bukit
– Steam dalam 10 minit
– Ambik tisu dan tarik semua whitehead in upward motions
– Bilas dgn air sejuk
Buat masker sendiri
Ok settle steam . Now next. Homemade Mask. Ambik uncang teh tadi, campur dgn madu dan jadikan mask dekat muka (ni paling mudah) atau raw aloe vera + raw honey. Pastikan getah dari daun aloe vera dah habis keluar ye baru guna to prevent irritation 3) beras + susu masker
3 bulan lebih semua bump, acne kecik2 semua hilang. Before that, masa jerawat teruk saya terus jumpa Dr. Makan accutane utk sebulan redakan bengkak. Lepas tu proceed dgn these steps.
Hanya guna air filter basuh muka
Sambung sikit utk Daily Routine
1) Pagi – basuh muka dgn air suam dan garam bukit.
2) Cuci dirts dgn micellar water even pakai bedak je (penting).
Strictly guna air filter sahaja for the few months. Air paip memang elak dari kena muka kecuali ambik wudhu’.
Isi air filter dalam botol campur dengan garam bukit. Letak tepi bilik air jadi setiap pagi tak culas nak cuci guna air masak dan garam bukit.
Sumber: ig | thepurrface