Umum mengetahui bahawa pelakon berbangsa Cina berbakat besar, Adam Corrie Lee telah menimang cahayamata pertama selepas 10 tahun berkahwin. Banyak kali isterinya mengalami keguguran, namun berkat kesungguhan dan doa yang dipanjatkan setiap hari, akhirnya pasangan ini dapat menimang anak sendiri.
Setelah seminggu bergelar bapa, Adam Corrie menceritakan pengalamannya menjadi bapa. Tak tidur malam adalah perkara biasa bagi bayi yang baru berumur seminggu.
Ini dah jadi rutin setiap mlm.. pukul 2:30 pg hingga subuh.. Mata #adamFatehLee buka. Suara mak sampai serak.. ?pengalaman berharga . ・・・ Rutin setiap mlm.. ini video kejadian 2 hari lepas. Berjaga setiap mlm minta susu dan ajak berborak.. . #AdamFatehLee #adamcorrie #adamfazi❤️
Baby Lee dah ada nama betul
Genap seminggu usia seseorang bayi, hukumnya sunat untuk diberikan nama yang baik. Adam Corrie mengumumkan nama anaknya iaitu Adam Fateh Lee bin Adam Corrie Lee. Malah bayi ini turut dicukur rambutnya. Kata Adam Corrie, dia cukur sendiri saja. Majlis akan dibuat kemudian.
IKLAN
Yalah, baru seminggu bersalin, mesti isterinya masih belum cukup sihat untuk buat majlis.
Bagi Mak Fateh habis berpantang dan sihat dulu, itu kata Adam Corrie
Assalamualaikum.. Hari ini genaplah 7 hari usia Baby Lee. Pada hari ke 7 disunatkan umumkan nama bayi. Dengan ini saya Baby Lee adalah Adam Fateh Lee bin Adam Corrie Lee @adamfatehlee Dan hari ini juga disunatkan utk bercukur . Abah cukur sendiri . Majlis buat kemudian. Bagi Mak Fateh @puan_fazi_fuad habis berpantang dan sihat dulu. . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie #adamfazi❤️ #adamfatehlee #CinaMelayu
Bahagia melihat aksi angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang baru menimang cahaya mata kembar baru-baru ini.
Beliau juga sering dilihat berkongsi perkembangan bayi kembar lelaki mereka di instagram yang kini sudah pun berusia dua bulan. Tidak sekadar memuat naik foto terbaru, sebagai seorang doktor Dr. Sheikh Muszaphar turut berkongsi informasi berguna buat ibu bapa lain.
Contohnya baru-baru ini beliau menerangkan kelebihan bayi yang dilatih meniarap atau merangkak pada awal usia. Menariknya bayi kembarnya juga sudah diajar melakukan perkara tersebut seawal usia dua minggu. Wah awalnya!
Menurut Dr. Shiekh Muszaphar sebenarnya ada banyak kebaikan jika bayi diajar melakukan apa yang disebut tummy time ini sebaik dilahirkan. Berikut adalah perkongsian beliau yang dicatat dalam instagram miliknya.
Latih Adam merangkak pada usia dua minggu
“Penting sebenarnya untuk bayi baru lahir melakukan aktiviti meniarap atau tummy time. Saya mulakan tummy time pada anak sebaik mereka dilahirkan termasuklah anak perempuan saya.
Aktiviti ini akan menguatkan bahagian belakang dan juga leher mereka. Bayi baru lahir boleh kita ibaratkan seperti kura-kura, mereka tidak suka diangkat dan diposisikan dalam keadaan menelentang.
Dan lagi banyak mereka menjerit atau menangis ketika tummy time adalah lebih baik kerana ia akan mengembangkan paru-paru mereka.
Stimulasikan juga refleks cahaya untuk mereka kerana bayi baru lahir hanya dapat melihat hitam dan putih saja ketika ini. Selain itu stimulasikan Babinski reflleks di bahagian kaki yang boleh membantu bayi berjalan lebih awal.
Saya ingat lagi Bella sudah mula berjalan pada usia lapan bulan dan Tasha pada usia tujuh bulan yang mana pada saya satu pencapaian. Jadi sekiranya anda punya anak bayi baru lahir belum terlambat untuk melakukannya.”
Ini antara komen-komen yang VK baca bila mengikuti instagram sebuah keluarga Melayu yang menetap di Perancis iaitu light.km.
Video kanak-kanak perempuan bernama Jade, anak kepada seorang wanita berasal dari Malaysia ini menarik perhatian netizen bila dia bukan saja boleh berbahasa Melayu tapi bercakap ikut loghat Negeri sembilan.
Salah satu videonya yang tular memaparkan aksi lucunya memotong timun sambil memuji kerajinan diri sendiri ketika membantu ibunya, Norazmimah Mohd Karim.
Banyak memuat naik aksi-aksi bersama tiga anak-anaknya dalam akaun instagram namun sering menjadi perhatian dan mendapat puluhan ribu tontonan adalah keletah Jade yang berusia 6 tahun.
“Sebenarnya ayah saya yang berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Di sini ada masa saya memang akan bercakap nogori dengan anak-anak.
“Jade ni cepat tangkap dan suka mengajuk apa yang saya cakap walaupun dia sebenarnya bukanlah fasih mana pun loghat nogori.
“Kadang-kadang saya panggil dia, tetiba dia jawab ‘apokobondo eh.’ Pernah juga di sekolah dia bercakap dengan kawan terkeluar ayat “ekau nak apo”. Tercengang kawan-kawan dia,”cerita Norazmimah atau dipanggil Kak Nor yang sudah 16 tahun menetap di Perancis ketika dihubungi VK.
Ujar ibu kepada tiga orang cahaya mata yang berhijrah ke Perancis setelah mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang berasal dari sana, walaupun tinggal jauh dari Malaysia tapi kesemua anaknya fasih berbahasa Melayu.
Malah anaknya iaitu Adam Daniel Moulin, 15,Ida Aili Moulin, 11 dan Jade Nur Moulin,6, juga fasih berbahasa Perancis dan Inggeris.
Tahu akan videonya tular di Malaysia, Jade kata Norazimah bagaimanapun tidak kisah tentang perkara tersebut memandangkan dia masih kanak-kanak.
Bagi wanita yang mengusahakan perniagaan penghantaran nasi ayam di Paris ini pula video tersebut hanya sebagai perkongsian tentang anak-anak semata-mata.
“Tapi kalau ianya dapat membuka pintu rezeki dan jalan bagi kami untuk pindah ke Malaysia, bersyukur sangat-sangat,”ujarnya yang kini hamil anak keempat.
Bagi yang nak tengok lebih banyak cerita mereka sekeluarga boleh lah follow instagram light.km . Selain Jade, VK juga suka tengok keletah anak lelakinya yang pemalu dan aksi anak perempuannya Ida yang comel. Sebahagiannya VK belanja kat sini.
Berita tentang penyakit tangan, kaki dan mulut semakin kurang diperkatakan, namun hakikatnya wabak ini belum lagi reda. Malah beberapa minggu lalu ada kematian akibat penyakit ini. Statistik terbaru dari Kementerian Kesihatan menyatakan sebanyak 33,425 kes sudah dilaporkan dan angka ini bukanlah sedikit.
Justeru ibu bapa digesa supaya tidak memandang ringan akan penyakit yang turut boleh menjangkiti orang dewasa. Afiqah Ahmad adalah salah seorang ibu yang dijangkiti penyakit ini bersama dengan anaknya.
Katanya meski hanya kelihatan seperti bintik-bintik merah kecil tapi katanya kesakitan yang dialami adalah cukup menyeksakan apatah lagi jika dialami oleh anak-anak kecil. Beliau berkongsi pengalamannya dijangkiti penyakit ini agar dapat dijadikan pengajaran dan panduan buat ibu bapa lain supaya lebih berhati-hati.
Pengalaman anak & diri sendiri terkena HFMD
Awal Januari tahun ni, anak Fiqa berusia kurang 1 tahun terkena jangkitan virus kaki, tangan & mulut. Kami tak pasti dari mana dapat virus ni. Wallahu’alam.
Kami memang tak pernah bawak anak jalan-jalan kat luar sebelum ni kecuali terpaksa sebab tak nak dia kena jangkitan penyakit apa-apa. Tapi bila Allah takdirkan benda nak jadi, memang akan terjadi juga.
Tapi paling tak sangka, bila diri sendiri pun dijangkiti HFMD. YES! Orang dewasa pun boleh kena HFMD! Ini pengalaman saya.
Minggu 1 (Anak)
Satu malam tu anak demam panas, memang melalak tak boleh tidur. Keesokan paginya satu badan naik rashes macam ruam panas & macam chicken pox (cuma takde ibu mata chicken pox tu).
Dalam tempoh 24 jam, kami bawa berjumpa dengan 3 doktor berlainan sebab masa awal-awal tu tak boleh nak confirmkan symptom awal rashes. Tunggu 2 hari jugak sebelum tahu HFMD bila rashes mula membesar dan melepuh.
Doktor confirmkan HFMD. Dia kata “incubation period” dalam 3-4 hari. Maksudnya, lepas kita dapat jangkitan virus tu, hanya selepas 3-4 hari baru keluar simtom bintik-bintik tu.
Masa tu memang anak tak boleh tidur, menangis memanjang. Nak menyusu pun susah. Dan belarutan selama seminggu. Mood dia okay bila rashes dah mula kering.
Minggu 2 (Diri sendiri)
Bila rashes HFMD anak dah mula kering and selera pun dah ok, ingat dah boleh bersuka ria, tapi jangkaanku meleset.
Siang tu Fiqa masak macam biasa. Bila dah malam, rasa jari hantu kanan macam ada papercut (gambar). Tapi takde pulak pegang kertas ke terhiris tangan ke masa masak tadi. So Fiqa cool je la.
Masa tu memang berdoa je harap-harap papercut biasa.
Esok nya, lagi banyak bintik-bintik keluar. Bayangkan, setiap bintik tu rasa macam tajam kena hiris kecil atau papercut. Pastu keluar kat kaki. Kalau ada 20 bintik, rasa macam 20 tempat kena papercut.
Masa tu macam nak jerit je Oh tidakkkk!!! Masa tu dah tahap #sisredha. Tapi paling tak tahan bila start melepuh.
Melepuh tu macam rupa kulit kita terkena minyak panas terpercik dan bernanah dari bawah kulit. Pedihnya sampai berdiri pun tak tahan.
Bila kulit yang melepuh tu kena air masa nak mandikan anak time Abang kerja, memang pedih yang amat!
Kita yang dewasa pun rasa sakit nak berdiri sebab tapak kaki habis melecur, nak pegang sudu nak makan pun pedih, tak boleh bayangkan kesakitan anak bila HFMD dia tengah teruk.
Sampai sekarang masih teringat lagi rasa pedih tu. Azab nya hanya Allah je yang tahu. Huhuhu
Nasib baik la HFMD Fiqa tak kena kat mulut. Masih boleh makan dengan bahagia.
Ok, Fiqa sharekan apa yang Fiqa buat ketika anak dijangkiti HFMD.
1️. Doktor bagi 3 ubat. Ubat demam, calamine lotion dan aloclair spray. Setakat ni tak ada ubat untuk bunuh virus HFMD, hanya ada ubat untuk meredakan simtom lain untuk melegakan sahaja supaya kita boleh continue makan dan stay hydrated.
2️. Fiqa ikut je arahan doktor untuk ubat. Tapi, anak memang tak suka aloclair spray tu sampai sanggup ketap mulut tak nak dispray. Jadi kami ikhtiar dengan yogurt Farm Fresh sejuk (gambar) perisa asli. Elakkan yang berperisa tau sebab terlalu banyak gula. Buah pinggang kanak-kanak berusia kurang 2 tahun belum cukup matang untuk process garam dan gula macam kita yang dewasa. Alhamdulillah membantu melegakan seketika supaya dia boleh menyusu macam biasa.
3️. Bila semua dah sihat, Fiqa basuh & sterilize semua mainan-mainan dia dan lap semua permukaan di rumah dengan sabun cecair pembasmi kuman. Baju dia pun rendam dalam air panas. Tak tahu la membantu ke tidak, tapi tak sanggup pisang berbuah dua kali. ?
4️. Walaupun HFMD anak dah reda dalam seminggu, tapi kami ambil keputusan untuk kuarantinkan dia selama 2 minggu sebelum dibenarkan keluar dari rumah supaya tak berjangkit dengan orang lain.
Itu je pengalaman yang nak dikongsikan. Kami follow je nasihat doktor sebab tak berani cuba-cuba. Sebelum nak ikhtiar dengan cara alternatif, rujuk kepada yang pakar.
Semoga kita dan anak-anak kita terlindung dari jangkitan virus ini.
Tanda beras usang adalah apabila sudah ada kehadiran bubuk atas kutu beras. Ulat kecil ini akan 'berkampung' bila beras lama tak digunakan atau lama disimpan.