Orang perempuan memang geram bila tengok whitehead dan blackhead kat hidung dan serata wajah. Tangan ni geram-geram nak kutil kan.
Sebab tu la ramai sanggup habis berpuluh ringgit beli produk malah beratus untuk buat treatment hilangkan dua masalah ni.
Tapi menariknya Aznor Aziz hanya menggunakan petua bermodal 50 sen saja untuk menyelesaikan masalah blackhead dan white head ini.
Dia mengamalkannya seminggu sekali sejak usia remaja dan petua inilah juga yang jadikan kulitnya cerah dan gebu. Kalau ambil gambar tak payah guna filter dah nampak flawless!
Apasal murah sangat treatment dia ni? Sebab modal dia cuma guna telur dan kapas muka jer. Tapi berbaloi dengan hasil dia, kulit muka bersih macam buat rawatan kat spa.
Meh tengok cara dia, rasanya ramai yang dah tau petua ni, cuma kena rajin praktik barulah nampak hasil.
1. Sebelum kejadian memang ada whitehead dan blackhead halus-halus kat tepi hidung dan pipi
2. Macam ni caranya…
3. Make sure kapas dah betul-betul kering baru tarik. Barulah semua whitehead, blackhead dan bulu-bulu halus keluar lekat pada kapas tu.
3. Yeay boleh selfie tanpa filter!
Petua hilangkan blackhead dan whitehead guna putih telur ini sebenarnya mak-mak kita dulu pun praktik. VK pun dah tau lama cuma tak buat jer. Tapi lepas tengok muka Aznor ni dah cerah gebu rasanya kena mulakan amalkan semula.
Sumber: Aznor Aziz
Cara Paling Mudah Untuk Awet Muda, Minum Air Masak Sejuk Selepas Bangun. Ini Manfaat Dari Sudut Sains
Nak dapat kesan awet muda, memang macam-macam petua boleh kita ikuti. Namun ada satu petua yang paling mudah untuk kita buat setiap hari selepas bangun daripada tidur.
Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Hj Ahmad, menulis di instagram mengenai rahsia amalan minum air selepas bangun tidur. Namun ianya perlu dilakukan sebelum kita masuk ke bilik air dan mencuci mulut seperti berkumur-kumur dan gosok gigi.
Janda Presiden Soekarno, Hartini pun amalkan
Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yg mereka praktikkan kerana “diperturunkan” kepada mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.
Baru – baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno iaitu Hartini, yang terkenal sihat dan cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air kosong ) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.
Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya.
Nitric Oxide khasiat dari aspek sains
Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek Sains amalan ini. Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci? Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide ( NO ).
NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya.
Ada banyak cara Allah SWT yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita,makhluknya. Salah satu cara ialah dengan ada bakteria – bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semulajadi, terutamanya ketika kita tidur. NO yg terhasil itu terkumpul di dalam air liur yg terhasil semasa kita tidur itu, antaranya.
Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.
Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yg kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita. NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita, kesihatan jantung terutamanya.
A post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on
Mudah saja kan kalau nak awet muda. Tak perlu tunggu lagi, amalkan segera besok ya!
Sumber drzubaidi
Sejenis Kecacatan Yang Cantik, 5 Kelebihan Wanita Miliki Lesung Pipit
Satu kelebihan paling nyata adalah, mereka yang berlesung pipit ini akan nampak sentiasa sweet. Kalau senyum apatah lagi. Lihat saja Wawa Zainal ni kalau dia senyum memang boleh cair hati lelaki yang melihatnya.
Tapi bukan itu saja kelebihan mereka yang mengalami sejenis kecacatan cantik ini khususnya wanita. Mereka akan turut ada 5 kelebihan ini.
1. Hanya 20% manusia memilikinya
Mengikut kajian, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipit yang sebenarnya merupakan satu kecacatan yang ramai orang impikan.
2. Ramai yang tertarik
Menurut kajian lagi, lesung pipit mampu menambah daya penarik seseorang. Mereka akan tetap nampak cantik walaupun tak mekap.
3. Kelihatan awet muda
Para saintis menyatakan kelebihan mereka ada lesung pipit ni ialah tampak muda dari usia sebenar. Dengan kata lain mereka yang ada lesung pipit wajahnya ‘babyface’.
4. Penyebar aura keceriaan
Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum orang yang melihatnya akan berasa senang hati. Kecomelan mereka yang berlesung pipit ini boleh menceriakan keadaan.
5. Ramai selebriti jadi terkenal sebab ada lesung pipit
Kalau di Malaysia Wawa Zainal yang merupakan artis paling comel yang mempunyai lesung pipit. Siapa tengok dia mesti terpikat punya kan!
Bagaimana kecacatan lesung pipit terjadi?
Ia dikatakan kecacatan disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia mengakibatkan otot wajah lebih pendek daripada biasa. Kesannya, apabila anda bercakap, senyum dan sebagainya, kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekuk pada pipi.
Lesung pipit bukan saja ada pada wajah, ia juga boleh berlaku di dagu (dagu terbelah) dan juga di punggung bahagian atas (biasa dilihat pada bayi baru lahir).
Lepas Bersalin, Kena Berpantang. Tapi Kalau Ada 7 Tanda Ni, Itu Petunjuk Ibu Belum Betul-Betul Sihat
Melahirkan bayi bukanlah satu perkara main-main. Ibu kena jaga kesihatan dengan betul. Sesi penjagaan ibu bersalin dipanggil sesi berpantang. Dalam tempoh ini, ibu selalunya menjaga pemakanan dan fizikal dengan baik.
Pun begitu, ada ibu-ibu yang masih tidak sihat walau sudah menjalani tempoh berpantang. Pakar berbidanan tradisional, Siti Aishah atau Kak Ice ada jawapannya.
Tanda-tanda ibu masih tidak sihat sepenuhnya selepas berpantang
1. Sakit kulit
– seperti kulit tiba-tiba menjadi kering, mengelupas, dermatitis, ruam2 dan juga gatal2 yg ekstrem dan ia berpindah randah dari satu bahagian tubuh ke bahagian yg lain
Kalau ibu-ibu ada hadapi masalah kulit macam ni, jangan tunggu lagi ya. Ini menunjukkan anda masih belum sihat sepenuhnya.
2. Sakit kepala yg ekstreme and kerap.
– Kalau ikut ilmu perbidanan, jika seorang wanita kerap sakit kepala selepas bersalin maksudnya si ibu menghidap masalah meroyan di mana darah kotor tidak habis dikeluarkan masa dalam pantang.
Sakit kepala kalau datang memang boleh buat perasaan tak tentu arah. Mana nak jaga kesihatan, mana nak jaga anak lagi. Betul tak ibu?
3. Kerap demam.
– Kadang2 disertai dengan menggigil yg teruk. Bila diberi antibiotik, demam hilang. Tapi bila habis je antibiotik, demam datang balik
Ini satu lagi. Jangan anggap demam tu perkara biasa ya. Sila peka dengan kesihatan diri sendiri.
4. Mudah diserang alergi.
– Sebelum bersalin boleh makan sesuatu makanan (contohnya ikan gatal atau seafood). Tapi habis je tempoh pantang, asal cuit sikit dah diserang alergik yg teruk.
Alergi atau alahan pun kena diperhatikan dengan betul.
5. Jerawat
– petanda darah kotor tak habis keluar
Tumbuh jerawat di muka selepas habis berpantang maknanya badan kita tak keluarkan betul-betul darah kotor.
6. Bisul
– petanda darah kotor tak habis dikeluarkan
Ini pun sama. Tanda darah kotor tak keluar habis.
7. Mudah diserang penyakit respiritori (pernafasan)
– mudah terkena lelah dan asma.
Hati-hati ye ibu kalau ada masalah asma ni.
Sumber: Blessed Beauty Centre