Kegunaan daun bawang, daun sup, kucai dan sebagainya dalam masakan selalunya bukan dalam jumlah yang banyak.
Guna sikit saja selebihnya disimpan, kadangkala hingga berlendir atau rosak. Memang rugi terutama buat ibu-ibu yang jarang memasak.
Untuk elakkan perkara yang sama berulang bolehlah mempraktikkan petua yang dikongsi oleh Puan Naziati Abdullah ini. Caranya pun cukup mudah, potong dan bekukan.
1. Hiris daun bawang.
2. Isi dalam bekas kiub ais.
3. Tuang air, sebaiknya guna air sejuk untuk cepat beku.
4. Simpan dalam tempat beku peti sejuk. Bila mahu gunakan ambil seberapa banyak yang perlu dan terus masuk dalam masakan.
Langkah yang sama boleh juga dibuat untuk menyimpan lebihan daun sup, daun kari dan juga daun limau purut. Jadi taklah membazir!
Selamat mencuba.
Sumber: Naziati Abdullah
Elak Tanam Pokok Betik Dekat Dengan Rumah, Akarnya Bahaya! Ini Sebabnya
Ada pantang larang orang tua yang pesan jangan tanam pokok betik depan rumah. Kita pun ikut tapi ramai yang tak faham kenapa ia dilarang hingga ada yang mengaitkannya dengan perkara mistik.
Hakikatnya ia tiada kaitan dengan ilmu mistik atau perkara pelik lain. Tapi apa yang boleh kita faham dari pantang larang itu adalah secara logiknya ia berkait dengan akar pokok betik itu sendiri.
Akar pokok betik ini sebenarnya bersifat besar dan menyelinap di bawah tanah. Ia boleh menyebabkan lantai rumah atau longkang pecah jika ditanam berhampiran.
Perkara ini ditunjukkan oleh PuteraKe4 melalui satu perkongsian YouTube. Beliau menunjukkan betapa besarnya akar pokok betik yang baru ditanam 3 tahun.
Menurut beliau kebetulan pokok betik tumbang tapi masih hidup. Ia mennyebabkan akarnya membesar di atas tanah dan boleh dilihat.
Akar pokok betik yang ditanam ini katanya menjalar hingga berhampiran rumah menyebabkan ia perlu ditebang dan akarnya dikerat kerana bimbang menjejaskan lantai rumah.
Dalam video yang dikongsi dapat dilihat saiz akar pokok betik yang berjaya menjalar dan dikerat yang sememang besar.
Info akar pokok betik
Pokok jantan-akar tunjang (tidak berbuah, boleh tebang)
Pokok betina – akar serabut
Sumber: PuteraKe4
Cara Rebus Kerang Tanpa Air, Lagi Sedap. Isi Lebih Lembut, Tak Liat Dan Tak Berair
Rebus kerang tanpa air? Selalu nak makan kita rebus dengan air tapi kalau tanpa air macam mana pula.
Sebenarnya boleh saja dan hasil kerang yang direbus cara ini juga lebih sedap. Isi kerang lagi lembut, tidak liat dan tiadak berair.
Caranya boleh ikut perkongsian Syah Musafir.
Cara rebus kerang tanpa air
Untuk merebus kerang, ikut tip isteri saya Rahimah AR Zawjah Rahimah Ab.Rahman, tak perlu guna air pun.
Pelik, kan, rebus tak guna air? Tak guna air, sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.
Sebelum ini saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut dan tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah! Alhamdulillah.
Caranya seperti di bawah;
1.Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Api wajib kecil. Jangan guna api besar.
2.Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.
3.Nampak berasap macam ni sebab tak ada air.
4.Seketika kemudian, air dari kerang mulai keluar. Mendidih.
5.Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.
6.Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Syah Musafir
Buat Kek Pisang Guna Blender Saja. Hasilnya Tetap Gebu
Nak buat kek tapi baca resipi kena pakai mixer terus terbantut hasrat. Sebenarnya takde mixer pun boleh buat, kek pisang ini antaranya.
Cuma pakai blender yang ada kat rumah itu saja. Hasilnya kek elok gebu. Nak cuba boleh ikut perkongsian dari Aliah Yahaya, resepi asal dari Noraini Sulaiman.
Kek Pisang Gebu Guna Blender Saja
Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir (boleh ikut tahap kemanisan yang disukai)
1 cawan minyak jagung/ minyak masak
4 biji telur
8 biji pisang emas (saya guna pisang berangan dalam 5-6 biji)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
Sedikit garam (saya tambah)
Cara membuat:
1. Panaskan oven 10-15 minit suhu 160-170°c.
2. Campur tepung gandum , baking powder & baking soda. Ayak dan ketepikan.
3. Sediakan blender (pengisar) masukkan telur, gula & garam. Blend hingga kembang.
4. Masukkan minyak, blend lagi .
5. Masukkan pisang, blend halus. Tutup suis blender kemudian tuang adunan dalam mangkuk besar.
6. Ambil tepung diayak tadi, masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan. Gaul sebati. Jangan gaul lebih lebih ye. Asal sebati saja.
7.Lenserkan loyang dengan minyak dan lapik baking paper. Bakar 160-170°c /45-50minit ikut oven masing-masing.
Hasilnya!
Selamat mencuba.
Sumber: Aliah Yahaya Alia Resipi asal: Noraini Sulaiman