Dah tutup kepala paip atau stop cork shower tapi air tetap juga menitis. Kadang-kadang yang menitis tu banyak walaupun dah pulas ketat.
Kalau tukar kepala paip singki mungkin ada yang dah tahu tapi untuk kepala paip shower melekat pada tiles ada caranya. Salleh Tumari berkongsi langkah DIY yang beliau lakukan untuk menukar stop cork shower ini.
CARA TUKAR STOP CORK SHOWER
Saya nak share cara saya tukar stop cork untuk shower di bilik air saya. Bila tutup stop cork, air masih keluar di shower. Boleh penuh air 1 baldi.
Saya dapat ilmu baiki paip ini dari group Tukang Apa Hari Ini juga. Ramai yang kongsi ilmu di sini. Cara- cara nya ialah:
1. Cabut kepala stop cork dengan locking pliers dan adjustable wrench spanner.
2. Buat ruang lubang di keliling stop cork dengan drill.
Ads
3. Korek simen dalam mozek dengan besi dan tukul.
4. Bila locking pliers boleh grip stop cork.
5. Buka stop cork ikut arah lawan jam.
Ads
6. Cari stop cork baru yang boleh masuk dengan PEMBUKA PLUG MOTO.
7. Ikat stop cork mengikut arah jam.
Ads
8. Tutup lubang dengan WHITE CEMENT. Bancuh white cement dengan air dan ratakan pada lubang sekitar stop cork tadi.
Biasa berlaku cermin depan kereta mengalami retak kecil mungkin akibat terkena batu ketika memandu.
Retak kecil saja takkan nak ganti baru kan. Kalau nak tukar modalnya besar tak padan pulak dengan kerosakannya.
Buat yang ada masalah ini boleh atasinya dengan baiki sendiri retak kecil ini. Caranya ditunjukkan oleh Berani Buat.
Bajet RM10
Dengan bajet RM10 cermin kereta yang retak ini boleh pulihkan cuma dengan beli produk Windshield Repair yang boleh dibeli di MR DIY atau pun di Shopee.
Caranya boleh rujuk pada video yang dikongsi Berani Buat
Ringkasannya:
1. Lap cermin kereta
2. Letakkan alat atas cermin yang retak, ambil mini pam pusing untuk pastikan ia lekap kuat
3. Letak gam pada corong yang disediakan untuk gam masuk dalam rekahan. Kemudian cabut alat tadi
4. Anda akan dapati kesan retak pada cermin dan berkurang.
5. Tuang baki gam pada bahagian cermin yang retak kemudian letak plastik yang disertakan. Lurut untuk buangkan gelembung.
6. Jemur di tempat panas hingga kering.
7. Cabut plastik lalu kikis gam menggunakan pisau yang diberi.
8. Siap!
Sekiranya bercucuk tanam di rumah sama ada pokok sayur dan buah, antara yang dibimbangi adalah serangan serangga perosak.
Antara serangan biasa pada tanaman adalah kumbang, belalang, kulat putih, teritip, kutu daun, ulat bulu dan koya. Boleh habis tanaman dikerjakan oleh serangga ini.
Jalan mudah boleh saja guna racun serangga berasas bahan kimia tapi penggunaan memberi kesan yang tak elok pada manusia sendiri. Sebab itu jika tanam sayur dan buah sebaiknya kita hasilkan sendiri racun serangga organik. Lebih selamat untuk kita.
Caranya mudah dan bahan membuatnya semua ada di rumah. Panduannya dikongsi oleh Dymaz Agro.
Bahan-bahan:
1 liter air
1 sudu besar minyak masak/ minyak sayur
1 sudu besar sabun basuh
4-6 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cara-cara:
1. Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun dalam 1 liter air.
2. Masuk sekali bawang putih yang ditumbuk tadi dan masukkan ke dalam larutan tadi. Kacau dan tapis.
Cara penggunaan:
Gunakan sebagai air semburan dengan mencampurkan 1 bahagian larutan air tadi dengan 4 bahagian air.
Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan 2-3 biji cili api yang telah ditumbuk atau dihancurkan ke dalam bancuhan semburan.
Manakala serangan serangga jenis menghisap, campurkan beberapa halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit.
Kalau dah goreng ikan, kena ada lauk berkuah. Paling mantap gabungannya adalah masak lemak kobis ini. Ada pulak budu atau sambal belacan memang boleh licin nasi seperiuk mengadap lauk simple ini.
Cara buat masak lemak kubis ini pulak memang senang. Bahannya kobis, santan, bawang dan ikan bilis je. Kalau tak tahu juga caranya boleh ikut perkongsian Suisan Aliezsha ini.
Cara buat masak lemak kubis
Nah belanja menu hujan masak lemak kubis,ikan goreng & budu. Dah lama sangat tak buat. Licin nasi dalam periuk🤣! Ini cara-caranya;
1. Ambil sebiji setengah kelapa parut. Perah ambil pati sahaja, kalau kobis banyak lebihkan kelapa jangan kedekut santan.
2. Potong kubis, cuci dan toskan.
3. Bahan campuran, cili besar, bawang besar, ikan bilis. Boleh masuk bahan lain terpulang, udang kering atau sebagainya.
4. Masukkan santan & ikan bilis dalam kuali masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul.
5. Bila kuah dah masak & pekat, masukkan kobis lalu kacau. Masukkn cili besar & bawang besar, garam secukup rasa. Siap!
Hidang dengan ikan goreng dan budu atau sambal belacan memang mantap.