Pernah disahkan menghidap kanser limfoma tahan 4 sebelum ini siapa sangka hari ini Ustaz Hanafiah Abdul Malek semakin sihat atas izin Allah SWT.
Pengalaman berdepan dengan kanser itu juga membolehkan dia berkongsi rawatan yang diamalkan. Antaranya dia berkongsi salad yang diamalkan selepas rawatan kanser.
Namun ujarnya salad yang diamalkan ini tak boleh dimakan sewaktu pesakit masih menjalani rawatan kerana mereka perlu mengelak dari makan makanan mentah. Bagaimanapun resipi salad kurma ini boleh dimakan selepas rawatan kemoterapi.
Ketika mengisi minyak kereta kebanyakan daripada kita akan memilih RON95 berbanding RON97 memandangkan harganya yang lebih murah.
Tiada masalah pun menggunakan minyak RON95 ini tapi pesan pakar automotif Datuk Ir Hj Mohammad B. Dalib yang juga Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ sekali sekala tangki perlu isi juga minyak RON97 untuk memastikan kereta mendapat kelajuan dan jarak yang optimum.
“Bila kita selalu pakai RON 95 akan berlaku proses carbonize. Sebab kita akan memandu dalam kawasan bandar, kelajuan hanya sekitar 60-70km. Kita takkan boleh memandu 100-120km sepanjang masa.
“Dalam kelajuan tersebut, ia akan mengumpul carbonize. Sekali sekala bila kita mengisi minyak RON 97 ia akan membakar habis carbonize. Inilah yang baik.
“Kita akan dapat isi penuh minyak dengan jarak yang lebih. Sekiranya tidak, jarak akan semakin menurun. Contohnya kita hanya dapat 380km perjalanan untuk satu tangki sedangkan sepatutnya 480km,”kata Datuk Ir Hj Mohammad dalam satu sesi wawancara bersama Radio IKIM.
Dalam pada itu seorang influencer automotif yang dikenali sebagai Gu Lee turut menyarankan hal yang sama. Namun memberi penerangan yang berbeza.
“Tak boleh hanya guna RON95 sahaja, sekali sekala kena pakai RON97 juga untuk jaga piston enjin kereta,” pesan beliau dalam hantaran tersebut.
Jelas Gu Lee, RON95 yang dijual pada harga murah bagi seliter petrol mempunyai kandungan ‘octane’ lebih rendah berbanding RON97.
“RON95 memang ekonomi sebab harganya murah, tapi ia kurang kandungan ‘octane’,” katanya.
Ujarnya lagi, kandungan ‘octane’ yang ada pada minyak petrol dapat menggurangkan enjin kenderaan daripada ‘knocking’.
Perkara itu berlaku kerana ‘octane’ yang masuk ke dalam enjin kenderaan dapat mengurangkan geseran pada bahagian omboh (piston) sekali gus membuatkan bahan api terbakar dengan sekata.
Kalau ada bercucuk tanam atau berkebun di rumah, masalah serangga memang tak boleh dielakkan. Boleh habis tanaman dikerjakan.
Biasanya untuk elak serangan perosak ini kita akan guna racun serangga walau pun tahu kesan penggunaan bahan kimia ini.
Tapi sebenarnya ada saja cara semula jadi yang boleh kita lakukan untuk elak penggunaan racun serangga ini. Caranya tanam 6 jenis tanaman penghalau serangga perosak dalam kebun.
6 jenis tanaman penghalau serangga perosak
1. Kucai elak kumbang
Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di tanaman.
2. Pudina halang lalat putih
Tanaman ini hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia hindari pepijat & belalang
Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang
4. Bayam duri halau ulat beluncas
Bayam ini adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir kebun untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Ulam Raja elak kupu-kupu tinggalkan larva
Ulam raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Ketumbar halau kumbang/hama
Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Posisi tanam tanaman penghalau serangga
Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran atau tanamkan pokok ini di setiap penjuru kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun.
Nota
Tumbuhan penghalau serangga yang lain
– Serai wangi
– Daun kesum
– Daun pandan
– Kemangi
– Bawang
– Limau purut