Sempena menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-15 hari ini pelakon dan juga pelawak Sharifah Shahira atau Shiera mengimbas kembali kenangan hari pernikahannya bersama Ijoy.
Sejak beberapa hari lalu Shiera telah memuat naik beberapa foto hari pernikahan dan majlis persandingannya di instagram beliau . Tapi yang menimbulkan kelucuan adalah kisah di sebalik gambar-gambar itu.
Memang dikenali sebagai seorang yang kelakar, kapsyen gambar itu membuat netizen yang membacanya tersenyum dan ketawa.
Memang luculah Shiera ni. 15 tahun mendirikan rumah tangga hasil perkahwinan bersama Ijoy, mereka telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11, Auddra, 9 dan Adeena, 2 tahun.
Masih belum reda isu penggunaan tandas untuk golongan yang mengamalkan kehidupan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menerima banyak respon negatif daripada netizen akibat ‘lepas jawab’ secara spontan mengenai LGBT boleh menggunakan tandas wanita.
Kali ini Tmbalannya, Fuziah Salleh menerima respon daripada golongan orang kurang upaya (OKU) kerana menyarankan LGBT menggunakan tandas OKU. Pembaca berita, Ras Adiba Radzi telah memberikan surat terbuka kepada Fuziah melalui instagramnya meluahkan kekesalan kerana merasakan ketidakprihatinan pihak kementerian terhadap golongan kurang upaya dengan membenarkan orang lain menikmati kemudahan yang sepatutnya dimiliki khusus untuk golongan ini.
Assalamualaikum YB. Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan BANTAHAN kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami.
Maaf kami sebulat suara TIDAK SETUJU. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?
Tahukah YB bahawa tandas kami sering disalah gunakan Orang bukan OKU, juga untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan.
Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu?
Apa YB tidak membuat penyelidikan sebelum memberi cadangan ini dan apa YB tidak prihatin dengan keadaan kami ini?
YB perlu minta maaf kepada komuniti OKU
Saya pohon YB sebagai seorang Menteri meminta maaf kepada komuniti OKU di Malaysia, kerana tindakan YB ini membuat saya dan sahabat-sahabat OKU semua marah. Pohon berfikir dahulu dan hormati perasaan kami sebelum melulu memberikan cadangan tanpa tahu menahu akan hak kami.
Kalau selebriti lain sibuk buat Keke Challenge untuk dimuat naik dalam laman sosial, lain pulak couple yang tak pernah tak sweet nih Aeril Zafril & Wawa Zainal.
Mereka memuat naik aksi bermain Kaki Challenge, juga sejenis permainan zaman kanak-kanak yang dah lama kita tinggalkan.
“#kekechallenge tak ada, yang ada #kakichallenge je,” tulis Aeril.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan beberapa produk-produk kosmetik.
Produk kosmetik tersebut dikesan mengandungi racun berjadual iaitu hidrokuinon, tretinoin dan merkuri.
Salah satu daripadanya dikira agak popular kerana iklannya sering ditayangkan dalam salah satu drama yang sedang hit ketika ini.
Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang perkara tersebut.
****
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
Boleh tingkat risiko kanser kulit
Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.
Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.
Pedih, menggelupas
Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.
Ganggu perkembangan otak kanak-kanak
Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan.
Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/
Tanda beras usang adalah apabila sudah ada kehadiran bubuk atas kutu beras. Ulat kecil ini akan 'berkampung' bila beras lama tak digunakan atau lama disimpan.