Bagi yang bercucuk tanam, tapi dalam masa yang sama mahu jimatkan kos beli baja boleh ikut cara yang dikongsi oleh Syafiq Baharin.
Caranya buat sendiri baja subur menggunakan daun atau rumput kering. Boleh kutip dari kawasan rumah atau tepi jalan saja. Tak perlu keluarkan apa-apa kos kecuali jika mahu membeli tong.
Buat sendiri baja subur dari rumput & daun kering
Cara buat baja cecair ini saya belajar dari kaedah JADAM from Korea. Setakat ini, inilah baja utama yang saya pakai kerap di samping sekali sekala letak baja tinja kambing.
Hasilnya Alhamdulillah sangat subur. Dengan izin Allah SWT. Kosnya hampir RM0. Hanya kos beli tong saja, kalau pakai tong sedia ada, kira zero cost.
Sedia 3 bahan mudah ini saja
Bagi menyediakan baja ini hanya perlukan 3 bahan saja; 1. Air hujan
Kalau tiada guna air paip pun boleh tapi biarkan dalam 3-4 hari dulu sebelum buat baja. 2. Leaf mold
Cari mana-mana pokok besar, bawah pokok ada banyak daun kering gugur, lagi tebal daun kering terkumpul situ, lagi bagus. Cari satu spot, tolak daun-daun kering ke tepi. Akan nampak ada satu lapisan tanah yang warna gelap kehitaman. Ambil dalam dua genggam tanah gelap, itulah namanya Leaf Mold. 3. Rumput liar
Ambil rumput liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana (apa jenis rumput liar pun tak mengapa).
Inilah rupa leaf mold. Foto: www.growingwithnature.org
Cara membuat
1. Ambil satu tong, jenis tong terpulang janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh.
Ads
2. Penuhkan 2/3 dari tong dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong.
3. Penuhkan tong dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar.
4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah itu tenggelam dalam air.
5. Tutup dan biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu dalam tong.
Ads
6. Lepas 2 minggu, boleh mula pakai. Lagi lama peram, baja ini akan lagi ‘kaw’. Nak peram setahun pun takda masalah.
Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.
Cara penggunaan
Ratio penggunaan dia adalah 1:100. Maksudnya, setiap 1000 ml air, letak 10 ml air baja ini. Kacau sebati.
– Boleh siram pada apa-apa pokok seminggu sekali.
– Nak spray secara foliar pada daun pun boleh, tapi tapis dulu air baja supaya spray tak tersumbat.
Ads
Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja). Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru tambah kalau perlu.
Apabila baja ini hampir habis dan nak tambah, cuma tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong yang sama. Penuhkan semula rumput liar dan air hujan, itu saja.
Kos untuk buat baja ini rasanya pada tong saja, lain-lain semua barang dari sekeliling kita saja. Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar, pakai pula berapa ML je setiap kali pakai dan pokok memang subur insya-Allah, berapa lama dapat jimat kos baja?
Ketika ini situasi banjir di beberapa negeri masih lagi belum pulih. Malah ada tempat yang terus dinaiki air. Dalam hal ini pelbagai cara dikongsi oleh pemilik rumah untuk memastikan risiko banjir kepada harta benda dikurang.
Salah satunya dengan mencari cara untuk mengelakkan air bah masuk ke dalam rumah. Antara cara kreatif dan berkesan yang dikongsi oleh netizen sebelum ini adalah dengan menggunakan plastik dan plastersin.
Berdepan dengan masalah banjir saban tahun, ini antara yang dipraktikkan oleh Radzi Ghani. Berikut adalah cara yang beliau kongsi. Tip ini berguna untuk kediaman yang berpotensi dinaiki air.
Cara kurangkan kesan air banjir masuk dalam rumah
Dalam rumah masih selamat walaupun bahagian luar air banjir sudah memenuhi kawasan
Dalam gambar ini cara RG buat benteng dari air banjir masuk rumah. Cara ini agak sesuai bagi banjir yang tak besar dan bawah dari paras ketinggian 2 kaki.
Peralatan asas perlu ada.
1. Plastik (paling best plastik biru yang jual d ihardware sebab tebal & murah)
Benteng pertama batu bata, kemudian di alas dengan plastik, sebelum ditampal dengan plaster dan plastersin
2. Batu bata (ukur panjang ruang yang anda perlu tutup & ketinggian bata yang anda nak bubuh)
3. Plastersin (bagi tutup ruangan antara celah pintu belah dalam & luar khususnya ruangan pintu ke lantai rumah).
Semua pintu perlu dilekat plastersin bahagian dalam dan luar bagi benteng ke 3 selepas dibuat benteng batu bata & plastik. Fungsi plastersin untuk sekat air yang masuk jika melepasi benteng batu bata & plastik
4. Pam air tujuannya untuk sedut ayaq jika benteng banjir anda tadi dibolosi lebih2 lagi diruangan bilik air. )
Alhamdulillah 90% berjaya menyekat air masuk dan mampu mengurangkan risiko damage kepada harta benda anda serta tak penat sangat nak kemas rumah lepas banjir surut.
Cara ni hanya sesuai bagi hadapi banjir yang pada paras ketinggian 1- 2 kaki tinggi sahaja.Selebih dari tu sebaiknya eloklah berpindah ketempat yang lebih selamat.
Malah dia hanya menanamnya dalam pasu dan menggunakan kaedah tertentu bagi memastikan tumbuhan hidup subur.
Cara Tanam Ubi Kentang Dalam Pasu
Bahan-Bahan:
– Ubi kentang
– Pasu
– Tanah
– Lidi
Cara mudah tanam kentang.
Cara Menanam:
1. Ambil ubi kentang dan potong separuh. Rendam bahagian yang dipotong suku tenggelam selama 4 hari. Ia bertujuan supaya akar cepat keluar. Cucuk dengan lidi supaya kentang tak terendam habis. Jika kentang busuk, akar tidak akan keluar. ( 4 biji kentang dibelah dua).
Cucuk lidi.
2. Apabila kentang sudah naik tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian letak kentang.
Tanam dalam pasu.
3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Bila pucuk makin meninggi, tambah tanah lagi. Begitulah seterusnya.
Guna cara tertentu.
4. Siram pokok sehari sekali. ( Tidak letak baja cuma masa tanam ada campurkan dengan tanah sawit.)
Info Tambahan:
1. Waktu terbaik untuk tuai ubi kentang adalah apabila daun bawah mula menguning. (GAMBAR : hasil selepas 2 bulan, daun masih segar. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan)
2. Apabila pokok mula meninggi tambah lagi tanah sebab ubi kentang itu keluar melalui batang.
3. Daun kentang tidak boleh dimakan. Kentang juga kena tenggelam sepenuhnya, tidak boleh terdedah. Kentang yang terdedah matahari tidak bagus dimakan. Contohnya bila beli kentang, ada bahagian yang hijau, itu tidak bagus dimakan.
4. Mula-mula tanam, tanah biar separuh bekas saja, sudah naik anak pokok barulah tambah tanah lagi.
5. Hanya tanam dalam pasu saja, sebaiknya tanam dalam pasu yang lebih tinggi.