Kalau anda sanggup membeli pencuci yang mahal untuk membersihkan kediaman, tip ini mungkin dapat membantu anda lebih jimat.
Selain digunakan untuk memasak, cuka yang sentiasa ada di dapur juga boleh digunakan untuk tujuan pembersihan sekitar di rumah. Malah hasilnya juga sama dengan menggunakan pencuci. Anda boleh gunakan cuka untuk membersihkan 5 bahagian ini:
1. Hapuskan kotoran pada karpet
Jika karpet terkena kotoran, campurkan cuka dan air dalam nisbah yang sama. Kemudian semburkan air cuka pada bahagian yang kotor. Biarkan selama dua minit selepas itu gosok kotoran dengan kain kering sehingga hilang.
2. Cuci mangkuk tandas
Air cuka juga boleh digunakan untuk membersihkan mangkuk tandas termasuk pada kotoran yang degil. Sembur air cuka lalu gosok dengan berus tandas.
Ads
3. Bersihkan cermin tingkap dan kaca
Campurkan cuka dan air dengan nisbah 50:50 kemudian lap pada permukaan cermin dan kaca sebelum dibersihkan dengan kain lembut.
Ads
4. Cuci lantai sampai berkilat
Petuanya ambil setengah baldi air campurkan dengan setengah penutup pelembut pakaian serta lima titik cuka (jangan lebih, nanti melekit). Kacau semua dan mop lantai seperti biasa. Hasilnya lantai akan bersih dan berkilat.
5. Lantai bilik mandi berkerak pun hilang
Kalau lantai bilik mandi berkerak, selain tuang Clorox boleh juga menggunakan cuka untuk membersihkannya.
Ads
Caranya campurkan garam dengan air cuka dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan pada lantai yang berdaki atau kotor. Gosok dengan berus kemudian bersihkan dengan air.
Bulan puasa jika satu famili ada di rumah, lauk untuk berbuka puasa mungkin kena 2 atau 3 jenis.
Jadi kalau nak mudah bahan memasak kena ready siap siap. Nak lagi senang standby jer pes macam yang dipraktikkan Awien Ariff.
Dia berkongsi cara membuat 6 jenis pes yang boleh menyediakan pelbagai hidangan dalam masa yang singkat dari sambal, masak lemak, goreng-goreng hinggalah ke ikan atau ayam bakar. Semuanya boleh! Kalau ada tetamu datang mengejut pun pun tak de masalah!
1.Pes Cili Kering
– Rebus cili kering dulu.
– Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih
– Cili kering lebih kurang 1/2 kilo, bawang besar 4 biji, bawang putih 10 biji
1. Tumis pes 1 ( 3 senduk) menggunakan 5 senduk minyak masak.
2. Dah pecah minyak, masukkan petai.
3. Masukkan udang & asam keping sedikit.
4. Rasakan dengan garam, perasa dan gula.
SIAP!
Nota: Cuci udang bersih-bersih dan buang kepalanya.
2. Santan Kotak
Kalau nak buat santan perah sendiri lagi bagus, letak dalam plastik bungkus masuk freezer.
3. Pes Ikan Bakar
– Kisar serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih, cili kering
– Kuantiti agak-agak saja, cuma serai lebih sikit. Seimbangkan rasa semua bahan-bahan.
– Dah siap, masak dulu. Masukkan garam, gula Melaka. Sejukkan kemudian simpan dalam peti ais.
Antara masakan yang boleh gunakan pes ini:
– Ikan Bakar – Rendang ayam – Rendang daging – Rendang kerang – Masak hitam – Kerutuk – Kuzi – Ayam Masak Merah – Ayam bakar
Contoh masakan : Ikan kembung bakar
Cara membuat:
1. Cuci ikan bersih-bersih.
2. Perap ikan guna PES 3.
3. Bakar!
Nota: Kita niaga ikan & ayam bakar memang pakai ni!
4. Pes Masak Lemak
– Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili akar warna hijau
– Bawang besar 3 biji
– Bawang putih 8 biji
– Halia seketul
– Kunyit hidup sebiji
– Cili Hijau (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
Antara masakan yang boleh gunakan pes ini:
1. Masak lemak ayam, 2. Masak lemak daging 3. Masak lemak ikan 4. Masak lemak ikan masin
Contoh masakan : Masak lemak ikan masin
Cara membuat:
1. Tumis pes 4 (3 sudu) bersama 1 batang serai yang diketuk.
2. Bila sudah naik bau, masukkan santan & air sedikit.
3. Masukkan asam keping
4. Masukkan ikan masin yang sudah dicuci terlebih dahulu.
5. Masukkan kentang yang sudah direbus terlebih dahulu.
6. Masukkan bendi, tomato dan daun kunyit yang disimpul.
7. Rasa dahulu, kalau kurang masin, letak garam sedikit.
5. Pes Cili Api
– Cili, bawang merah (kecil), bawang putih
– Cili 20 biji ( cili akar)
– Bawang merah 10 biji
– Bawang putih 5 biji
Antara masakan yang menggunakan pes ini:
– Nasi Goreng – Bihun Goreng – Mee Goreng – Maggie Goreng – Sambal ayam hijau – Ikan sambal cili api – Segala jenis tumis boleh guna pes ni (tumis sayur etc)
Nota: Kita berniaga ikan & ayam bakar memang pakai ni
Contoh masakan : Sambal cili ikan kembung
Cara membuat
1. Goreng ikan terlebih dahulu.
2. Tumis pes 5 senduk sampai terbit minyak dalam minyak gorengan ikan tadi.
3. Masukkan bawang merah yang dipotong bulat.
4. Masukkan garam & gula sedikit.
5. Masukkan ikan goreng tadi.
6. Pes Kari Ayam/Ikan
– Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili, serbuk kari
– Bawang merah 20 biji
– Bawang putih 10 biji
– Cili merah 5 biji
– Halia 3 inci (lebih kurang seketul)
– kunyit hidup 2 inci (lebih kurang seketul)
– Serbuk kari ayam (3 peket kecil)
ANTARA MASAKAN YANG BOLEH GUNA PES NI:
1. Kari ayam 2. Kari daging 3. Kari telur 4. Ikan Bakar Portugis
Kalau makan pizza di restoren ini selalu kita akan order ayam bakar ini juga. Memang sedap, ada rasa pedas dan manis sikit, confirm menjilat jari.
Tapi jika ramai yang nak makan, elok rasanya kita buat sendiri. Takdelah banyak belanjanya seperti kita beli. Jom buat, caranya dikongsi oleh Mihah Rosle.
Bahan-bahan
Ayam bahagian sayap 10 ketul – potong 2
Serbuk cili – 3 sudu
Madu – 3 sudu
Sos tiram – 3 sudu
Kicap manis – 3 sudu
Gula – 2 sudu
Limau kasturi kecil – 1 biji
Garam & serbuk perasa (secukup rasa)
1. Basuh ayam bersih dan gaul dengan semua bahan di atas. Jika tak suka manis, kurangkan gula. Tak mahu letak pun boleh.
2. Perap ayam, lagi lama lagi best. Ikut suka berapa lama nak perap. Jika tak sabar boleh saja bakar terus.
3. Saya guna air fryer suhu 170-180, 10-15 minit. Kemudian balikkan, suhu yang sama jugak.
Selalu bila makan limau, kulitnya kita buang. Tak terfikir ia sebenarnya ada kegunaan untuk mereka yang bercucuk tanam.
Kulit limau termasuk yang masam ini boleh dijadikan racun organik yang 100 peratus berkesan untuk membasmi serangga perosak tanaman selain memberi nutrien untuk pokok.
Cara membuat racun semburan organik dari kulit limau ini dikongsi oleh Kebun Pertanian.
DIY racun organik berkesan dari kulit limau
Racun organik 100% berkesan. Kulit limau yang masam jangan buang, saya guna limau jenis kecil-kecil yang masam.
Kulit yang dah dikupas kumpul dan letak dalam botol. Masuk sikit air, pastikan air masak ya jangan ada klorin. Saya pernah guna air ada klorin hasilnya kurang berkesan.
Peram lebih kurang dua minggu, lagi lama lagi bagus. Letak di tempat redup jangan kena cahaya. Kalau kena cahaya kira dah rosak.
Awal-awal peram air akan bau busuk sikit tapi lepas seminggu dah tiada bau busuk. Baunya macam sitrus sebab dah keluar pati essential. Ini yang bagus sebagai racun organik.
Cara penggunaan
Bila dah keluar pati masuk sikit dalam bekas dan campur air. Nisbah 1 penutup botol pati bersamaan dengan 1000ml air.
Sembur pada pokok sayur yang ada bena, kulat, karat daun, serangga perosak dan lain-lain. Insya-Allah hilang. Cara ini 100% organik selain beri nutrient pada pokok.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...