Pada hari ini, memang ramai orang berdepan dengan tekanan hidup. Maklumlah sana sini ada sahaja tekanan yang datang. Tak kiralah di jalan raya ke, di rumah ke, malah di tempat kerja pun ada tekanan yang perlu dihadapi.
Justeru, tidak hairanlah kalau ramai yang stres. Hidup pula dirasakan tak bahagia walaupun seseorang itu ada pasangan yang mencintainya, ada anak dan sebagainya.
IKLAN
Dalam instagram, Prof Dr Muhaya melalui video telah memberikan formula berkesan untuk seseorang individu itu berasa bahagia.
Bersiap-siaplah untuk solat berjemaah. Apa yang kita lakukan, semua Allah yang membantu kita.
Apa kata, jadikan aktiviti setiap hari sebenarnya menunggu solat. Aktiviti utama ialah solat. Apa yang kita lakukan selepas solat ialah untuk menunggu waktu solat yang seterusnya. Jadikan kehambaan kepada Allah, nak menghadap Allah, percayalah jika kita buat hal ini, pasti akan berlaku keajaiban.
Masalah kesihatan, ketenangan, kebahagiaan, kekayaan rezeki. tolong jaga solat. Insya-Allah semuanya akan berlaku dengan baik. Itu sahajalah formula kehidupan bahagia.
IKLAN
Berdasarkan video ini, Dr Muhaya menegaskan bahawa solat adalah satu-satunya cara untuk hidup bahagia. Orang yang ada masalah kesihatan, kebahagiaan dan kekayaan rezeki digalakkan supaya menukar gaya hidup dengan cara mengutamakan solat dalam kehidupan seharian.
Hanya dengan menjaga hubungan dengan Allah melalui solat, maka keajaiban akan berlaku iaitu jika dulu tak bahagia, maka kebahagiaan itu akan datang kepada empunya diri.
Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, mungkin boleh ikut perkongsian daripada Darina Sekeri. Bukan untuk dirinya tapi suami.
Setiap hari dia menyediakan menu diet ringkas namun berjaya membantu suaminya menurunkan berat 20 kg. Daripada saiz XL ke S. Dari saiz seluar 36 ke saiz 28. Dari 85 KG ke 65kg dan berat tersebut kekal dari tahun 2019 hingga sekarang.
Menariknya, menu yang disediakan adalah menu kampung yang mampu diterima oleh tekak kebanyakan kita. Berikut adalah perkongsian beliau.
Menu untuk turunkan berat badan suami 20 kg
Menu ini berjaya membantu suami saya lost 20kg, dari size XL ke size S, dari seluar size 36 ke size 28, dari 85 kg ke 65kg dan maintain dari tahun 2019-2020.
Ini antara menu bekal suami isteri. Saya suka bekal ulam sebab lebih senang nak prepare.
Ayam/ikan goreng guna airfryer (tanpa minyak). Suhu 200 Celsius selama 25 minit.
Nasi tu nampak saja putih, saya ada simpan budu sebotol kat ofis. Nak makan letak budu. Letak sikit takde masalah. Asalkan ada rasa.
Menu1
Menu 2
Menu 3
Menu 4
Menu 5
Menu 6
Menu 7
Menu 8
Menu 9
Menu 10
Menu 11
Menu 12
Menu 13
Menu 14
Menu 15
Menu 16
Menu 17
Menu 18
Menu 19
Menu 20
Menu 21
Menu ini selera org kampung. Nak kata eatclean org kata salah pulak sebab makan budu.
Air dan minuman manis kena stop. Sekali sekala makan karipap tu ok, sekali sekala minum starbucks pun boleh. Tapi tiap hari kena minum air kosong, kopi o kosong, limau kosong (semua tanpa gula).
Kena juga bersenam utk badan fit, barulah badan tak menggelebeh bila dah kurus.
Niat kita mungkin ingin menambah pahala membantu melancarkan ibadah korban dengan menolong melapah, memotong atau mengagihkan daging korban tapi tanpa disangka berakhir mendapat dosa.
Jangan terkejut perkara ini boleh berlaku dan paling malang tanpa kita sedari. Demikian perkongsian Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau DrMAZA.com tentang ibadah korban yang perlu kita fahami.
1. Ambil dulu bahagian yang disukai tanpa izin
Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban yang mereka sukai. Ini terutama bahagian-bahagian yang menarik untuk mereka.
Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian itu berasingan untuk mereka ambil selesai urusan pelapahan haiwan korban korban. Mereka menyembunyikan lebih awal ataupun tanpa malu mengambil secara terang-terangan.
Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian tersebut bahagian-bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.
Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diberikan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
2. Ambil daging korban atas dasar upah kerja
Kemudian mereka wajib tahu bahawa tidak boleh untuk mereka mengambil daging korban atas dasar upah kerja mereka. Mereka hanya boleh menerima upah berbentuk wang atau apa sahaja selain bahagian korban yang mereka terlibat.
Larangan memberikan daging atau selainnya sebagai upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:
أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ، وَأَنْ يَقْسِمَ بُدْنَهُ كُلَّهَا، لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلاَلَهَا، وَلاَ يُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا شَيْئًا “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku membahagikan kesemuanya; daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali:
نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.
Dibolehkan sekiranya…
Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dan pelapah dari bahagian korban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah.
Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya.
Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan korban.
Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: “Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikorban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa“. (3/633. Damsyik: Dar al-Fikr).
Hendaklah diingatkan bahawa mereka seperti mana orang lain, hanya boleh perolehinya jika diberikan oleh tuan empunya korban dengan hati yang redha, bukan dengan mereka pandai-pandai mengambilnya.
Firman Allah:
ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ (maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Seronok tengok hasil perkongsian Faizal Suhaimi ini. Sepakat dengan adik beradik mereka merancang mengubah suai kediaman ibu tersayang.
Lebih menarik semuanya dibuat sendiri bersama termasuk proses ubah suai dan dekorasi yang mengambil masa satu bulan. Hasilnya memang terbaekkk dan ibu pun suka…Untung ibu ada anak-anak begini.
Alhamdulillah mak suka!
“Hasil kami adik beradik renovate rumah mak, semua buat sendiri. Alhamdulillah mak suka.
Ambik masa lebih kurang 1 bulan sebab buat time free saja, itu yang lambat. Total habis deco bawah RM10k, tak ingat accurate bajet. So inilah hasilnya sebelum dan selepas.”
Sebelum
Dalam proses ubah suai
Hasilnya
Cantik kan hasil sentuhan adik beradik ni. Ini juga cara nak gembirakan hati ibu.
Tanda beras usang adalah apabila sudah ada kehadiran bubuk atas kutu beras. Ulat kecil ini akan 'berkampung' bila beras lama tak digunakan atau lama disimpan.